Monday, November 5, 2012

acar buah lagi...

Hari Sabtu (3/10/12) mesyuarat guru. Jamuan lepas mesyuarat makan nasi baryani Johor. Pengetua masak nasi dan ayam baryani. Saba sediakan dalca dan acar mentah. Penatnya masak untuk 130 orang. Nasib baik ada kekawan dtg tolong. 4.30 ptg dah mula potong2 sayur. curi masa sblm tidur buat acar buah sikit. Bangun jam 2.30 pg utk masak (buat sorang2lah, yg lain membuta lagi...). Alhamdulillah jam 6.15 siap. Ada masa lagi, sempat masak ayam baryani. Jam dah 7.15am, alamak belum bersiap, nasi tak masak lagi... apa lagi terus bersiaplah. Pesan kat anak, masak roti canai segera, nanti balik umi masak nasi...


Kali ni Saba buat acar letak lobak asin, buah prun, krenberi kering, 3 jenis asam dan kismis. Resepinya sama dgn en3 sblm ni.

Suami kata buah prun tak sesuai sbb lembik. lobak asin memang sedap, kismis ok.

Special thanks to Manisah and Wan Yusnita 4 their help. both of u are great.
Terima kasih sudi baca.

Sunday, October 28, 2012

Acar buah

Raya Aidiladha semalam, masak nasi baryani lengkap dengan acar buah. Sepupu suami, cikgu Asbi dan kawan Saba, Nani (& suaminya juga) suka sgt dgn acar buah tu...mintak resepi lagi.  Saba buat acar sebelum ni tak letak kerisik. Saba dpt idea drp myresepi (resepi kak Fida). Resepi kak Fida very simple. Saba ambik idea kerisik dan gabungkan dengan cara yg saba selalu buat. Saba buat tak de sukat2, since nani nak resepi, recall balik lah apa dan berapa byk bahan digunakan. Bahan di bawah ni anggaran je... ejas2 mana yg patut..

Bahan-bahan:
400 gm jeruk buah-buahan (snek asam2 yg byk jual kat kedai2 tu...)
              jeruk halia, buah pala, buah prun dll.  jumlahkan beratnya dlm 400gm
150 gm jeruk kulit limau - yg ni Saba memang buat sendiri. Spesel utk buat acar
7 ulas bawang merah dihiris
5 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris macam batang mancis
10 ulas bawang merah (kecil2 je) buang kulit, biarkan bulat
6 ulas bawang putih (kecil2 gak) buang kulit je
1 sudu besar ketumbar       }
1/2 sudu besar jintan kasar } sangan & kisar kering
1/2 sudu besar jintan halus }
2 sudu besar pes cili kering jenis pedas (kisar sendiri la.. x sedap guna pes beli)
1/2 sudu besar pes asam jawa - larutkan dengan 1 cwn air
4 sudu besar kerisik
3 sudu besar gula pasir (kalau tak manis tambah lagi)
garam
1 1/2 - 2 cwn minyak.(agak2lah, kalo minyak sikit, tak menjadi)

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan2 yg dihiris hingga agak garing.
2. masukkan pes cili. tumis lagi.
3. Masukkan rempah kisar. kacau selalu.
4. masukkan air asam jawa, garam gula.
5. Bila dah mesra, masukkan bebawang bulat2 tu..
6. nampak bwg dah layu sikit, masukkan segala macam jeruk buah-buahan.
7. Masukkan kerisik.
8. masak dengan api kecil hingga pekat.
9. Rasalah kesedapannya - manis2 pedas.
10. Siap.

Tips:
1. Jika terlalu kering, tambah air panas semasa memasak.
3. Kulit limau adalah penyedap acar buah. Kalau tak pandai buat, beli je  asam kulit limau..
4. Jangan gunakan jeruk yg ada serbuk putih2, menjejaskan rasa kuah.
5. Asam jawa boleh gantikan dengan cuka. Saba memang tak pakai cuka putih d rumah.
6. Kalau ada jeruk lobak asin, lagi sedap. Saba terlupa nak beli ari tu...





Terima kasih sudi baca.

Sunday, October 21, 2012

kuih kole kacang


Kalau balik Johor mesti cari kuih ni, maknanya setaun sekali baru jumpa. Setakat ni tak pernah jumpa di Sabah. Kesian pulak kat anak pompuan  tu yg nak makan (maknya juga !)... Tak pernah cuba buat sbb ingatkan susah dan leceh.
La... tak delah susah dan lama sangat.... puas hatilah dapat makan... cuma warnanya tak gelap sbb guna gula perang.

Bahan-bahannya:
1 cawan santan pekat di renehkan dan kacau  hingga jadi tahi minyak. keluarkan tahi minyak, biarkan minyaknya dlm periuk (ada la dlm 1 1/2 sudu)

1 cwn gula merah(dark brown) - lupa nak beli, terjumpa brown sugar, bantai jelah.
2 sudu besar gula pasir
1 cawan air.
                 * didihkan hingga gula cair. sejukkan.

1 1/4 cwn tepung kacang hijau }
2 1/2 cwn santan                       } bancuh semua termasuk air gula hingga tak de tpg bergentel2.
secubit garam.                           }

Masukkan dalam periuk berisi minyak tadi. Kacau hingga likat.
Masuk dalam loyang. tabur tahi minyak.
tunggu hingga sejuk baru dipotong.

catatan:
1. kuihnya agak padat, agaknya Saba kacau terlalu lama - tak tau sebenarnya bila patut diangkat.
2. saba guna loyang 6 1/2 x 6 1/2 in. Nampak mcm sikit tapi bila dah makan 2,3 potong.... kenyang suda...
Terima kasih sudi baca.

kek coklat moist fudge

dalam kesibukan pelajar2 nak exam, sempat jugaklah ambil tempahan sikit2. lama dah tak letak gambor kek cklt (sibuk la kononnya...). Dah lama jugak tak buat bunga2 butterkrim. ditempah oleh kakak kpd student saba -fadhli. Dah beberapa kali dia tempah kek yg sama.
Terima kasih sudi baca.

Thursday, September 20, 2012

brownies, kek buah pic, kek lapis evergreen

Cikgu Ashmir oder 2 bj kek. Mcm biasa ape2 aje. Bila bajet besar, buatlah kek yg mahal sikit bahan-bahannya.
1. Brownies chewy gowy
2 adunan. Nasib baik muat loyang tu... resepi dr rinchan/penyulawa/... ntah sape lg.



Ni kek lapis evergreen (kukus). Ambik resepi dr Dayangjack di Myresepi.
Dlm resepi ada guna sikit biskut marie, Saba tukar dgn nestum...
Sedap....

Yg ni oder dr kak Bainun. Utk dimakan d majlis yg sama. Kek buah Pic. Betul2 last minute oder. Dah dia nak juga, Saba buatkan kek yg ringan, cepat, sempoi ... Kek span 2 lapis. whip cream + sirap gula buah pic + yogut (Idea sendiri... sukatannya main agak2 ...). Separuh krim tadi dicampur dgn buah pic cincang kasar dan letak di tengah lapisan kek. Baki krim tadi salut atas dan tepi kek. susun buah pic dan galze dgn piping jel. siap...krimnya rasa masam2 manis. sedap...
Siap jugak 4 bj kek (termasuk kek dora xplorer)
* whip cream jenama rich memang dicampur cecair (1 bghn whip cream + 1/2 bhgn cecair)





Terima kasih sudi baca.

kek pelangi / rainbow dora the explorer

Oder dr cikgu Maslinah.


Kek Pelangi 1 1/2 adunan dengan whip cream.  Bila dah letak kartun Dora tu, berat bersih dah jadi 2.2kg. Saba caj ikut adunan + caj lukis (bukan ikut berat kek).
Saba mintak maslinah cari sendiri gambar yg dia nak dan sent. Jimat masa Saba drp nak mencari, memilih, mengoggle.... masa yg ada tu sgt penting utk buat kek2 yg lain.
Utk  1 1/2 adunan ni, Saba guna loyang 9 in. Nampak tinggilah jugak kek ni.
Alhamdulillah, Maslinah sms " sedap dan cantik kek akak.." Hehehe.... bolehlah....


Terima kasih sudi baca.

Wednesday, September 12, 2012

corat coret aidilfitri - tips rumah terbuka kecil2an

Syawal 2012 hampir kepenghujungnya. Setelah beberapa tahun beraya di kampung, tahun ni beraya di Kota Belud je. Ramai teman2 yg pulang ke kampung tapi masih ramai juga yg berhari raya di sini.

 Hampir 20 tahun tinggal di Kota Belud, telah 6 kali pindah rumah, dari taman ke taman, kampung ke kampung dan ke taman lagi... pelbagai suasana raya telah dirasa.

Berhari raya di perantauan zaman sekarang  berbeza dengan dahulu. Dulu, terasa keakraban dengan rakan2 tak kira dr mana asal mereka. Johor, Melaka, Kedah, Kelantan , Tganu dll... saling berziarah tanpa terikat dgn konsep rumah terbuka. Yang muda akan menziarahi yg tua. Tak perlu dijemput, tak perlu sms. berhari raya pada waktu yang sesuai. Tuan rumah memberi layanan sebaik mungkin. Berbual mesra sambil menjamah hidangan yang biasanya ikut trade mark negeri masing-masing.  Seronok berhariraya hingga  hilang kesedihan tak bersama keluarga d kampung.

Zaman sekarang lain halnya. Rumah hanya terbuka pada waktu tertentu sahaja, yang hadir biasanya yang dijemput sahaja. Masa pun ditetapkan 2 jam, 4 jam ... emmmm. bayangkanlah bila semua tetamu dtg serentak sbb masa dah ditetapkan, rumah d taman bukannya besar mana... tak terlayan tuan rumah.... yg dtg pun muka2 yg sama, pusing2 dlm lingkaran tu aje... emmmmm... Saba rasa hariraya ni mcm pesta makan je...

Apb buat rumah terbuka,  aneka ragam dan gaya tuan umah yang Saba jumpa. Dari situ Saba ambil iktibar. Yg baik diikut, yg kurang jadikan sempadan.  Suami Saba tak suka konsep umah terbuka 1 hari. Konsep kami ialah bahagikan kpd 3 hari, sebelah petang shj, sebab waktu pg kami jalan berhariraya. pertama  utk rakan2 d taman, ke2 utk kwn2 sekolah, ke3 utk anak2 murid. Masak tu tak jadi masalah sangat. Bila sikit kuantitinya tak delah kelam kabut. Persiapan yang baik, majlis berjalan lancar, badan tak penat, dapat melayan semua tetamu dan hati senang... Saba tak pernah buat majlis besar-besaran, so tak layaklah nak bagi panduan kat org lain sebenarnya. Tapi sekurang-kurangnya menjadi panduan kpd adik2 & anak2 muda sekarang utk buat majlis rumah terbuka kecil2an.

  1.  buat anggaran bilangan tetamu.
  2. tetapkan menu. Pastikan ada makanan yg sesuai utk kanak2. Banyak kali juga Saba tekena, anak2 tak de pilihan mknn yg sesuai utk mereka. semua pedas2. Jangan lupa backup menu cthnya mee goreng. Pastikan ada stok bahan mencukupi. 
  3. senaraikan bahan nak dibeli, bhn2 yg tahan lama - beli awal.
  4. rancang masa utk buat persiapan.   Suami saba beli bahan2 awal 3@4 hari sblm raya. cthnya: ikan utk laksa. Terus bersihkan, rebus, kisar isi  dan simpan dlm freezer. kerisik, cili kering, bebawang, halia, kupas siap2 masuk dlm tuperware, masuk peti ais. Daging dipotong terus ikut saiz yg sesuai utk jenis masakan. Utk rendang, potong nipis dan lebar,   utk kari/masak kicap/dalca asingkan dlm bekas dan bekukan ( sorrylah mana yg peti ais kecik, tak mampu buat mcm ni...).  mlm seblum majlis, pastikan semua bahan2 sudah disediakan, ayam sudah dipotong/diperap. Boleh terus tumis / tumis awal esok paginya.
  5. Lantik pembantu. Sediakan senarai tugas. Saba lantik anak2 jadi pembantu. tentukan tugas anak2, jaga makanan&minuman, cuci pinggan, angkat pinggan/gelas ke dapur. Masa nilah ajar anak bekerjasama. Anak Saba yg 8 tahun tu pun ikut sama buat kerja.
  6. sediakan tempat jamuan, peralatan hidangan. Zaman sekarang ramai juga guna pinggan pakai buang. Saba & suami tetap gunakan pinggan, sudu dan garpu asli. Pesan suami "bila kita jemput orang, beri layanan sebaik mungkin. hargai kehadiran mereka. leceh basuh pinggan jangan dijadikan alasan. Alang2 nak menjamu, berilah yg terbaik."  Pada pandangan Saba, boleh guna yg pakai buang tapi sekurang-kurangnya sedialah sudu besi.  Ada juga yg menggunakan bekas pakai buang ni utk menghidang. alahai..... kerja gaji beribu, apa salahnya beli bekas hidangan melamine ke, bekas plastik kedai 2 hinggit ke, kalo tak mampu beli giacomo/arcopal.... hormat sikit dgn tetamu ..... org kampung pun tau.... Lagi satu, kalau jemputan lebih 20 keluarga, sebagusnya buat dua bahagian. lelaki di luar, pompuan di dlm rumah. Nampak lecehlah pulak. nak kena sediakan byk bekas. Terpulanglah pd tuan rumah, kalau nak tetamu rasa selesa, buatlah yg terbaik.Menjaga syariat itu lebih baik.
  7.  Bajet masa memasak. pastikan semua siap selewat-lewatnya 2 jam sebelum tetamu datang. Kalau tuan rumah masih duk sibuk memasak, tetamu akan rasa kedatangannya menyusahkan tuan rumah. 
  8.  Siapkan diri. Lepas masak, siapkan diri. pakai baju cantik dan kemas. pakai sikit minyak wangi. jgn vogue pulak.. 
  9.  Susun hidangan di meja menghidang.  Biasanya makanan berat, makanan sampingan, puding, kuih muih, minuman. 
  10.  Jemput tetamu yg hadir . Persilakan mereka masuk, jamu selera. Sapa setiap org walaupun mungkin ada yg anda baru jumpa pertama kali. Jangan buat dono... tanyalah soalan2 yg sesuai, secara tak langsung anda akan mengenali tetamu anda (nanti boleh tanya suami). jangan sembang pilih orang. 
  11. Sentiasa pastikan makanan ada. Kalau makanan dah kurang, isi semula. Jgn bersembang dgn org ini, hingga org itu tak de makanan... kesian. tetamu takkan cakap dgn anda mknn dah habis (kecuali adik beradik). Kalau dah tinggal sikit tapi tetamu ada lagi, cepat2 masak backup menu (bwg, cili  ayam/daging  kan dah ready dlm peti ais). 
  12.  Hormat tetamu nak pulang.  Berdiri, salam dan ucap terima kasih. Kalau boleh, iring tetamu hingga ke pintu sekurang-kurangnya.
  13. Last sekali,tapi cukup penting... jangan lupa waktu solat. gilir-gilir solat dgn suami/anak2. 


Ni menu Saba tahun ni.
Raya pertama - nasi baryani, pulut kuning & rendang, koktail buah2an berlimau (bukan susu), aneka biskut raya, aneka kek, rempeyek (all hand made).
Raya ke2 - laksa johor, koktail buah2an berlimau, kek & biskut raya
raya ke3 - soto johor, koktail, biskut & kek
raya ntah ke berapa - sup cendawan berkrim, roti bawang putih, popcorn chicken, cheese cake, koktail.
Sate tak masuk menu tahun ni.....


Terima kasih sudi baca.

Saturday, September 1, 2012

Tumpi / rempeyek kacang hijau


Untuk ketiga kalinya membuat peyek (sebutan jawa) raya tahun ni. versi raya dah habis, raya ke 4 buat lg  utk kawan suami. licin jugak. Semalam tengok bapak bebudak ni duk makan serdak2nya. kesianlah pulak. buat lg mlm tadi.

Bahan-bahannya:
250 - 300gm kacang hijau - rendam 6 jam. (kalau tak keras mcm batu la...) (ni versi byk kacang)
1/2 peket tepung beras (250 gm)
2 sudu besar tepung ubi (tak de pun tak pe- jadi juga)
1 bj kelapa dptkan 2 1/2  - 3 cwn santan
2 ulas bwg putih (tak letak pun ok)
1/2 cwn ikan bilis - rendam sekejap, toskan
1/4 cwn biji ketumbar
2 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
1 bj telur
1/2 sudu teh air kapur
1 sd teh gula
1 -2 sd teh garam (secukup rasalah)

Cara-caranya
1. tumbuk lumat bawang putih. tumbuk kasar  ikan bilis. 
2. kisar ketumbar dan jintan. jgn halus sangat.
3. bancuh tepung dengan 2 cwn santan dulu. masukkan bahan tumbuk, bahan kisar, garam gula, kapur. gaul sebati. masukkan telur. gaul rata. dah cukup rasa, lihat kepekatannya. kalau pekat sangat masukkan baki santan tadi. ikut pengalaman 2 1/2 cwn tu ok. kalau guna 3 cwn santan, masa goreng, panjang  ekornya...
4. Teknik mengoreng. 
     a. panaskan minyak banyak dlm kuali. ratakan minyak kat tepi2 kuali tu.
     b. masukkan sesenduk adunan dlm mangkuk. masukkan kacang hijau secukupnya (agak2 lah)
     c. ambil sesudu adunan dan lenserkan kat tepi kuali, mcm gambar kat bawah ni.
     d. siram2kan minyak panas  kat atasnya, bila dah mcm dlm gambar tu,  tolak pelan2 ketengah, balikkan. biar hingga garing.angkat dan  toskan. ulang lg proses hingga habis.


catatan:
i. 2 jam baru siap sebab kuali kecik. kuali besar yg ada tak boleh pakai - melekat.
ii.kalau guna kacang tanah, saba sangan separuh masak kacangnya/ masuk oven. (zaman dulu2 mak jemur). Kalau ambil terus dr plastik, nanti bila digoreng tepung dah garing, kacang tak cukup masak, biar lama2 hanguslah pulak.
iii. NI tips yg paling penting, JANGAN GUNA santan/kelapa parut dlm peti ais. rangupnya lain - mbeling kata orang jawa. santan kotak tak main lah.
iv. boleh juga guna acuan yg dijual di pasaran. Saba suka yg tradisional ni, mengingatkan diri dgn arwah mak. dulu selalu tolong buat.
Terima kasih sudi baca.

Kek rainbow / pelangi 2



Sibuk di bulan ramadhan dan syawal sudah berlalu, barulah sempat nak update blog. Kek rainbow ni dioder oleh Cikgu Eva. Dia nak kek tinggi.
Saba Ambil resepi ni yg dah ramai org cuba. sedap. lebih sedap drp resepi kek span pelangi. manisnya sedang-sedang saja...lupalah copy dr blog mana...


KEK PELANGI
Bahan-bahan:
-3 cwn tepung gandum* - saba guna tepung superfine
-4 sudu kecil baking powder*
-1/2 sudu teh garam* - tak letak
-1 buku butter
-1 1/2 cwn gula kastor
-1 1/2 cwn susu segar
-5 biji putih telur suhu bilik
-2 sudu teh esen vanila -
Pewarna merah, biru, hijau, kuning, oren, ungu

Cara-cara:
-panaskan oven 15minit dgn suhu 170c..
-ayak sume yg bertanda *
1-pukul butter dan gula hingga kembang,putih
2-masukkan putih telur dan pukul hingga gebu
3-masukkan esen..pukul sebati
4-masukkan bahan diayak* tadi selang seli dengan susu segar..dan pukul dengan perlahan setiap kali dimasukkan..
5-bahagikan adunan kepada 6 bahagian..masukkan warna dan kacau sebati..
6-masukkan satu bahagian dalam loyang 8' yg dialas dan digris..bakar selama 10-15minit suhu 170..
7-ulang sampai habis..


Catatan:
i.  Saba guna loyang 6 in sbb  Eva nak ke tinggi. Memang tinggilah, terlebihsikit  dr ketinggian kotak. kalau 7 in rasanya pas-pas dgn ketinggian kotak.
ii. Mulakan dgn warna purple, biru, hijau, kuning oren dan merah.
iii. Saba gunakan whip cream jenama rich - 400ml + air 200 ml (ikut arahan pd kotak).  Banyak krimnya sebab buat ala-ala bunga ros seluruh kek (mcm kek mat salleh). 
Terima kasih sudi baca.

Wednesday, June 27, 2012

colourful blossom 4 in 1

blossom 1200 biji utk sambutan hari guru peringkat daerah kota belud 26/6/2012. Hari Ahad seharian dapat buat 1000 bj dgn bantuan anak pompuan. Anak2 yg lain siapkan reben & stiker. Kerjasama sekeluarga. Seronok bebudak tu buat kerja ramai-ramai (sebenornya nak upah je...). Sekurang-kurangnya dapat latih diaorg macamana nak cari duit, dan tau susahnya nak dapat duit.


Blossom pink & putih  - inti kacang hitam, oren - kaya, dan hijau - pandan. Rm1.60 per pek siap reben (tak termasuk stiker). Stiker tu atas tugas Saba sebagai setiausaha program hari guru daerah. (2 in 1 - sambil bertugas duit masyuk....)

Terima kasih sudi baca.

Monday, June 18, 2012

kek upin ipin & kek hari bapa


Dalam kesibukan tugas di sekolah sempat juga menyiapkan  2 bj kek tempahan kak Ton yg diambil pd hari berlainan.


Kek sempena hari Bapa. Bluberi coklat kek.


Kek Upin Ipin menggunakan buttercream transfer dengan kek yam mousse yg disalut dgn whipped cream. 
Saba gunakan kek span dipotong 3. setiap lapis diselang dengan yam mousse. resepinya seperti di bawah.

adapted from Richard Goh

Ingredients for Yam Mousse Filling
300g yam (weigh after peeling) + few pieces of pandan leaves
50g sugar
2 egg yolks
150g coconut milk
Few drops of violet food colouring (optional)
100g fresh cream, whipped till stiff (I whipped 250g and use the remaining for decoration)
200g dairy cream (cold) + 20g fine sugar
1 tsp gelatin powder + 2 tbsp water (melt and set aside)

Method:
1) Cut the yam into thin slices and steam till soft with a few pieces of pandan leaves.
2) Discard the pandan leaves and mash the yam while it is hot.  Stir in sugar, egg yolks and coconut milk. 
3) Cook the yam mixture in a non-stick pan over low heat till thick.  Set the yam paste aside to cool.  
4) Place a mixing bowl in the freezer for 5 minutes.  Get ready some ice cubes or ice water.  Pour the dairy cream and sugar in the cold mixing bowl (placed the bowl over a bigger bowl filled with ice cubes/water) and whisk the cream till soft peak.  Pour in the cool gelatin mixture and continue to whisk till stiff.  Do not over-whisk or the cream will curdle.  Keep the diary whipped cream in fridge.    
5) Mix 100g of fresh whipped cream and food colouring into the cooled yam paste.  Mix well.
6) Gently fold in the dairy whipped cream.  
7) Assemble the cake with the yam mousse filling


Saba  hanya gunakan 300gm whipped cream utk campuran dalam mousse. putar lg 100gm utk salut  kek dan hiasan. Oh ya, Saba tak gunakan gelatin sebaliknya gantikan dengan 10gm serbuk agar-agar. Actually saba tak tau mcmana nak kaedah yg betul masak agar-agar tu. sbb bila ikut step di atas, agar2 + air ia jadi kental tak cair mcm gelatin. apa lg try & error je lah. campurkan bancuhan agar2 tu dlm periuk berisi keladi dan kacau hingga pekat ( tak letak kuning telur ).sejukkan. campur dgn 300gm whipped cream yg dah dipukul kembang. Nampaknya jadi jugalah... resepi atas tu utk 1kg kek. Saba doublekan sukatan utk 2kg kek (actually jd 2.8kg  berat total + gambor upin ipin).
Terima kasih sudi baca.

Friday, June 1, 2012

bluberi cis kek

ada orang suka cis kek, ada org sebaliknya. Aku sendiri & anak2 pd awalnya memang tak suka kek keju yg pure rasa keju ( adunan tepungnya sikit - muak). 
minggu lepas kami sekeluarga ke 1Borneo, jln2 cari makan... singgah kat restoran yg memang terkenal seantero malaya. Kek-keknya memang cantik, tinggi menawan. cuba 3 potong kek, NY cis kek, tiramisu & black forest. Habis makan...kesimpulannya tak yahlah gi lagi...

balik pada kek bluberi ni, pg tadi ustzh hasnah ambil. ptg dia sms "aiya kak.. ank2 saya dan papanya bkn mat salleh. x laku kek kita...". 

Kesimpulan yg aku buat berdasarkan feedback rakan2 pengoder, peng test, kek keju yg banyak keju memang tak berapa digemari - makan sikit rasa muak. kek keju versi malaysia mcm span cis kek dgn krim cis bersusu atau kek butter keju itu lebih sedap dan tak boleh tolak...

Terima kasih sudi baca.

kek hari guru lagi

kek coklat cis dengan krim putar perisa coklat. Anak bawak utk jamuan hari guru di sekolah agama. sebab kek free kann.... ala kadar je hiasannya, 15 minit sblm bergerak ke sklh... siap jugak.

Terima kasih sudi baca.

kek hari guru SMARD 2012


Sambutan hari Guru Peringkat sekolah 2012. Kelab guru minta 3 bj kek. Cecelia pesan "ndak mau kaler terang-terang, mau kek sihat..." Aku fahamlah. kek yang banyak krim, byk kaler mcm kek rainbow dulu tu, reject!!!!!
Dgn bajet yg diberi, aku congak-congak kek yang berpadanan. yg pertama tu kek lobak walnut (carrot walnut) dgn krim cis (sbb yg ni memang digemari cgu2) 1 1/2 adunan. ke2 aku buat kek coklat fudge (also the most popular) 1 1/2 adunan jugak. Yg hujung tu kek lapis buah kukus.
Habis licin semua kek-kek ku itu...

Terima kasih sudi baca.

Saturday, May 26, 2012

Pertandingan memasak perkhemahan unit beruniform smk arshad 2012

Tugas rutin setiap tahun. Menyelaras merangkap ketua hakim pertandingan memasak.
Konsep masakan ala rimba.
Saba tetapkan konsep 4 jenis hidangan - nasi, telur, ikan, sayur dan satu masakan berdasarkan bahan rahsia yang diberikan 1/2 jam selepas pertandingan bermula (2 biji kentang je...)
Acara sepatutnya bermula jam 8pg. Sampai je di sana, urusetia kata tunda ke petang. Ait... pehal ?  Saba dan Jaafar (penyelaras pertandingan pandu arah) argue tak nak ubah. ikut jadual asal... mana boleh ubah2 tanpa persetujuan para hakim... akhirnya mereka mengalah.
So, acara dimulakan juga jam 9.00 - 11.30am. Semua berjalan lancar.
Masak menggunakan kayu api, tanpa periuk dan kuali. Budak-budak ni biasa dengan kerja2 kampung. no hallah masak di bawah panas terik. bambu, kayu api, ikan sungai tak jadi masalah nak diperolehi.

 Proses menyediakan bahan. Tumbuk bahan dalam buluh. Inovasi pada tahun ni. Sebelum2 ni tak de... kreatif kan budak2 Asrhad.

 Ni nak masak nasi dlm buluh. Buluh kena cuci dulu.

 Buat kerabu mangga. Menu kegemaran peserta saban tahun

 Apa yang penting, kerjasama.... (ada markah jugak)

 Unit KRS - sikitnya kayu api. Unit sebelah tengok je...

 Chef popular SMK Arshad. Apa lagi masa nilah nak tunjuk skil...Hadhari

 kebersihan perlu diutamakan. cuci bersih-bersih

 jangan tabur garam banyak-banyak...

 Menyediak tempat menghidang... masuk markah tu..

 Ala rimba... ada nenas, labu ? Tempat menghidang ikan tu sangat bagus.. menu baru - kentang bakar dengan sos rasberi kampung

 Kreatif tempat menghidang... BSMM juara bertahan... juara lagi tahun ni...1st. paling kemas &  bersih. bekas minuman dibalut dgn daun pisang.

 Besarnya ikan... 4th

 Ketua hakim dah datang...." harap2 oklah masakan kami ni..." manyaknye munga..

 Seriusnya muka hakim.. telur di bakar dalam bawang tu sedap...


 unit PPIM...2nd

Para hakim sibuk merasa dan  bincang..

Markah berdasarkan : 
hiasan dan  kreativiti 20%
kebersihan    20%
kualiti makanan 30%
keaslian penggunaan bahan 20%
kerjasama 10%


Terima kasih sudi baca.

Monday, May 21, 2012

kek coklat lapis keju ben10



Kali pertama melukis Ben10. Sebenarnya cgu Juditah mintak edible imej ben10. Cari punya cari, punya jelajah bakery supplier di KK, tak dak stok da... mostly dah tinggal gambor kartun tak popular. Apalah kedai kek ni, kalau dah nak abis, cepat2 lah oder lagi...
Ada 2 pilihan, nak guna piping jel atau buttercream transfer. Aku nak try buttercream transfer. Suspen juga sbb memang tak pandai melukis. Dan akhirnya..... "pandailah umi lukis..." kata anakku Nabila. Hehehe.... boleh la....
Dalamnya kek coklat moist  lapis keju, gunakan resepi kek coklat Zaima (tapi saba edit bahan2 & sukatan).   Topping menggunakan buttercream.

Cara Saba gunakan Kaedah buttercream transfer
Bahan2 diperlukan
Gambar ben10 terbalik
cooking cklt cair
buttercream putih, hijau gelap, hijau kelabu, hijau muda, sedikit kuning
beberapa keping piping beg gunting sikit  hujungnya

1.  Print gambar ikut saiz yang dikehendaki. Guna arahan  mirror printing. So, gambar tu terbalik dari yang asal. Saba print 2 sbb 1 buat base, 1 lg utk rujukan semasa melukis.
2. Letak gambar tadi atas sekeping kaca/ papan kek/lapik loyang.
3. Letak baking sheet (kertas minyak utk alas loyang tu..)  atas gambar tadi. Selotepkan kedua-duanya pada cermin/board tadi supaya tak bergerak bila nak lukis nanti.
4. Masukkan   buttercream coklat/hitam (Saba gunakan cooking coklat cair + buttercream)  dlm piping beg dan gunting sikit hujungnya. Paipkan untuk rangka gambar- semua line termasuk yg halus-halus pada jam tangan - part paling mencabar kesabaranku.. Gambar tu pun gelap, bila tracing bukannya nampak line2 halus tu. masa ni gunakan gambar 1 lg sebagi panduan. Zaman sekolah dulu guna tracing paper nak lukis peta, mcm tulah nak buat ni...
5. Paipkan buttercream ikut warna dalam gambar.paipkan pelan2 dan rata hingga sentuh line coklat tadi. Buatlah untuk semua bahagian hingga selesai. utk warna hitam saba gunakan je buttercream cookign cklt tadi. 
5. langkah seterusnya, paipkan buttercream putih atas semua lakaran tadi. rata2. Dah tak nampak warna lain, putih je.
6. Masukkan dalam freezer hingga beku.
7. Sementara tu, sapu buttercream pada kek. Kemaskan hingga licin atasnya (gunakan pisau celup dlm air panas, lap dan buat gerakan perlahan atas cream sekali lalu, jgn tarik ke kiri kanan). Yang tepi saba sapu nipis je sbb  nak letak buttercream jalur2.
8. Keluarkan krim ben10 tadi,  Sebelum tu pastikan betul2 mana nak letak gambar tu, tak boleh nak alih2 lg.Perlahan2 terbalikkan atas kek. Buang baking sheet tadi. .Taraaaa....nampaklah rupa ben10 tu... 
9. Paipkan warna digemari untuk frame ben10. saba gunakan warna biru.

Itulah hasilnya, belajar dari tnet (maleh nak kuar modal gi belajar dgn org). Aku tak percaya aku boleh buat....



Terima kasih sudi baca.

Sunday, May 13, 2012

kek keladi lagi

Masih lg dengan kek sempena Hari Ibu. Versi tulisan jawi.

Terima kasih sudi baca.

kek lapis keladi berkeju / yam layer cheese cake

Kali pertama buat kek keladi dengan keju. Mula-mula dengan permintaan Eva, rasa pelik jugak. keladi + keju? Dah orang nak, dengan penuh yakin aku terima. Jumpa dan ambil resepi disini  .

 Resepi krim keladi tu Saba edit sikit ikut kesesuaian bahan yang ada.

Ingredients for Filling: 
- 250g Creamcheese
- 80g Caster sugar
 
- 40g fresh milk                                                          (*saba gantikan dgn 100gm susu cair)
-  350g Yam puree (steam and mashed into puree)
                                                             (Saba guna *200gm keladi rebus dan tambah air sikit masuk dlm blander)
-  1 tsp yam paste
-  1 tbsp gelatine + 3 tbsp water  
- 200g whipping cream + 15g caster sugar    (* saba kurangkan 100gm) 
-  100g top whipping cream (whipped)
 

yg lain tu bacalah di blog tu...

Hiasan tu ikut permintaan Eva. Moga ibunya cepat sembuh.

Terima kasih sudi baca.

kek keju bluberi


bluberry cheese cake. Ordered by Ustz. Siti SK St Edmund.
Dasar kek gunakan kek span berwarna unggu dan sedikit bluberi. Kemudian dituang adunan keju dan dibakar secara double boil. hiasan dengan krim putar.
Dah beberapa kali ustz oder kek yang sama.

Terima kasih sudi baca.

kek angry bird

 Kek moist chocolate cheese ditempah oleh cgu Muni untuk anaknya. kek coklat kukus dua lapis, tengah-tengahnya ada cheese. . Saba gunakan whip cream untuk dekorasi .Musim angry bird. pembuat kek pun kena peka trend semasa. 


Kek angry bird lagi. Yg ni kek bluberry (2 lapis).  Cgu Rohana mintak angry bird ada reben. kalau reben tu tinggi sikit lagi cantik ... hiasan guna whip cream & coklat cair utk mata dan border.


Terima kasih sudi baca.

Monday, May 7, 2012

colourful blossom

Aneka versi blossom. Inti coklat/kaya/kelapa berkacang/strawberi/kacang hitam.
Kelemahan blosom  Saba ni, tak sesuai dengan inti yang agak cair mcm kaya/jem, intinya turun ke bawah. pernah cuba kaya tu simpan beberapa hari dlm peti ais hingga kental baru cantik hasilnya..... leceh pulak kaedah tu.. tak boleh buat on the spot. Nak buat inti sendiri aduhai malasnya.....




Terima kasih sudi baca.

kek asam manis

kek asam manis kukus. Antara kek yang jadi pilihan kekawan....

selalunya saba gunakan 3 warna untuk sebiji kek dan gunakan loyang 9 in. Kalau rajin dapatlah 12 lapis, selalunya 10 lapis je...ambil masa 2 1/2jam dari mula mengadun hingga siap.
Terima kasih sudi baca.

Monday, April 30, 2012

kek nombor 6

Kek coklat kukus moist disalut dengan buttercream. Dalam kek dilapisi dengan coklat fudge.
Untuk membuat kek ni Saba kukus 2 bj kek coklat loyang bulat 9 inci. 1 bj biar gitu je sengaja tak nak tebuk tengah. ambik kertas putih gunting bulat 9 in. buat bentuk untuk kepala 6 tu. letak kertas atas 1 bj lagi kek dan potong perlahan2 untuk mendapat bentuk yang tepat dan kemas (kek tu masuk dlm peti ais dulu dalam sejam dua, supaya senang nak potong). Cantumkan kedua-dua kek. kek tu saba dah potong melintang jadi 2 lapis. letak inti coklat fudge. sapu  seluruh kek dengan lapisan nipis buttercream. simpan dalam peti ais biar krim keras sikit. Barulah sapu tebal sikit. Cara ni mudah so, serdak kek tak melekat-lekat pada krim. Lebihan coklat fudge tadi cairkan sikit lagi dengan air panas. so, boleh guna untuk tulisan dan buat corak2 macam pagar.


Order daripada cikgu Sembirai (lupa namanya) via Ustz Hasnah. Kek ni dibawa ke Marina Court KK. pengoder ni kata mereka selalu beli di Secret Receipe, atas sebab2 tertentu beralih ke home made pulak. Mekasih le banyak2 pd ustzh yg tolong promote pd kekawan dia.... harap2 lah mereka puashati. 

(kek ni mula dikukus sebelah petang. jam 2 pagi baru siap. sebabnya tinggal2 sekejap  selesaikan kerja2 umah. esok nak gi kursus di KK  untuk PBS tingkatan 6).


Terima kasih sudi baca.