Showing posts with label kek coklat. Show all posts
Showing posts with label kek coklat. Show all posts

Sunday, May 19, 2013

kek coklat moist oreo

belum letak oreo dah snap gambar

Kek 2 tingkat Hari Guru SMK Arshad 2013. Moist chocolate cake oreo. Saba gunakan kek coklat moist yang biasa, lepas tu lapis dengan fresh krim letak perisa kopi sikit. kek tu potong  3 lapis. setiap lapis salut dengan fresh krim dan tabur dgn serbuk biskut oreo ramas kasar-kasar sikit. Walla.... memang sedap.....
Terima kasih sudi baca.

Sunday, October 21, 2012

kek coklat moist fudge

dalam kesibukan pelajar2 nak exam, sempat jugaklah ambil tempahan sikit2. lama dah tak letak gambor kek cklt (sibuk la kononnya...). Dah lama jugak tak buat bunga2 butterkrim. ditempah oleh kakak kpd student saba -fadhli. Dah beberapa kali dia tempah kek yg sama.
Terima kasih sudi baca.

Tuesday, April 24, 2012

kek coklat keju mint

First time try buat kek coklat berkeju. Buat utk cikgu Ashmir (oder dari kak Ton). Harap2 ok lah rasanya.....

Resepi ambil di sini http://yatiememories.blogspot.com
Saba tak buat ikut teknik asal empunya resepi, lapis2kan adunana dan bakar.
Saba cuba kukus. Adunan cklt di bahagi 2. Saba kukus lapisan pertama 20 mnit (tambah lg 5 minit sbb bila disentuh masih lembik, api kurang besar). Lepas tu tuang adunan keju. Kukus lagi 20 minit. Tuang baki adunan cklt dan kukus 30 minit (rasanya mcm lebih, sbb sibuk  buat kek lain). Pastikan sebelum tuang adunan berikutnya, permukan kek tidak lembik bila disentuh.

First time jugak buat coklat daun. Tak cantik hasilnya. Dalam buku daunya melengkung2. Agaknya lepas sapu coklat pada daun bentukkan daun tu baru letak di loyang hingga keras. Tak terpikir pulak masa buat tadi. Saba letak rata je atas loyang. Bila dibuang daunnya, mcm tu le hasilnya... kena prkatis lagi ni...

Topping tu Saba edit drp topping cklt fudge yang selalu Saba guna, cuma kurangkan tepung jagung &  tambah perisa pudina. agak cair adunannya dan bila disapu, meleleh-leleh ke tepi. Memang saje nak buat mcm tu... Anak2 suka betul dgn cklt perisa pudina ni....licin saki bakinya kat periuk.

topping fudge mint:
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn air
1/2 cwn susu cair
1 sd besar tepung jagung
1/2 cwn gula (ikut kemanisan yg disukai)
1/2 cmc teh perisa pepermint
*campur semua bahan dan blander.
Masak hingga kepekatan yang disukai.

Tadi jumpa cgu Ashmir, "sedap kek tadi rasa mint, lain kali nak oder mcm ni lah..."


Terima kasih sudi baca.

Sunday, April 22, 2012

kek coklat bluberi

Lakaran kras tangan wajah ala-ala ana muslim.


Kek span coklat dilapis dengan bluberi dan krim putar. tulisan tu menggunakan piping gel. Tepinya tabur dengan coklat urai.
Oder dr Hjh Habibah utk anak bongsunya.
sms hjh, anak dia kata "sedap betul keknya". dlm kereta dah cubit-cubit keknya.


Terima kasih sudi baca.

Wednesday, October 12, 2011

kek coklat moist

kek coklat yang penuh dengan ceri atas permintaan anak Zyaliah. Hitam merah memang menawan.
kek coklat lg....pengoder setia - gayah.
Terima kasih sudi baca.

Thursday, October 21, 2010

kek span coklat no 5



Request dari Cikgu Was. Nak kek span coklat no 5 & ada gambar ben10. Kek ben 10 biasanya mesti ada kaler hijau, putih, itam. Mujur semua kaler tu ada stok tapi edible imej tak de, sib baik bole gunakan yg plastik. selesai masalah....
pestime buat kek bentuk nombor...cari panduan kat tnet matsalleh. Jumpa pun....
Bakar 1 bj kek 4segi loyang 8 in, then bakar 1 lg bentuk bulat loyang 9 in. Amik yg bulat, tebuk sikit kat tengah - aku tekap guna acuan goreng telur bulat.Pastu, amik kek 4 segi, ukur 3 x 8 (untuk tepi) dan 3 x 6.5 (utk atas).
Semua bentuk tadi aku potong 3 lapis dan sapu buttercream. Susun kemas2. Baki potong tadi aku buat 2 bj bulat kecil utk omnitrex. Anak2 tolong beri idea & melakar. Malah di tepi kek pun anak2 lakar dgn omnitrex & star.
Tengahari tadi aku bagi pada Cikgu Was dan katanya "cantik la kak..". Hehehe.... sukanya aku bila customer puji.
Terima kasih sudi baca.

Monday, August 16, 2010

kek coklat frech cream


Fresh ceam choc cake. Ni Sempena birthday Syahmi. keknya mcm resepi biasa topping guna 400gm whipping cream putar hingga kembang (kelajuan sederhana 5 minit). Cairkan sikit cooking choc (kaedah double boiler, biarkan sejuk sikit. Campurkan dan sapu atas kek. Ok gak kek ni. Lepas ni nak cuba black forest lak.
Terima kasih sudi baca.

Sunday, June 27, 2010

luv cmc



Ni pun oder dari Nora. Bila dpt msg apa nak tulis atas kek, terkedu sekejap. Panjangnya.....mcmana nak tulis ? Member sblh, Gayah bg idea, tulis atas kad & pacak. Senang keja...
Kek luv tu utk kawan dia. Hopefully dia suka.
Sms dr Nora "sedap sangat2..."
Terima kasih sudi baca.

Wednesday, May 19, 2010

another CMC



Terima kasih sudi baca.

Tuesday, April 6, 2010

lagi,lagi kek coklat

Ni semua CMC yg pernah dibuat menggunakan topping choc fudge. Tima kasih kpd pengoder2 setia.







Terima kasih sudi baca.

Saturday, April 3, 2010

Kek Coklat + ganache



Kek coklat dgn ganache. Ganache ialah topping menggunakan coklat masakan + whipping cream. Choc. fudge pulak ialah topping yg dibuat menggunakan serbuk koko + susu cair. Ganache lebih senang disediakan berbanding fudge.
Semalam dpt sms dr kakak ipar Atineh. Saba minta dia decide mana yg lebih sedap samada menggunakan topping fudge atau ganache. Jawapan dia "dua-dua sedap tapi rasanya ingat2 lupa mcm yg dulu lebih sedap". So, walaupun buat fudge agak leceh sikit, tapi bagi Saba memang ia lebih sedap sikit bila digandingkan dgn CMC.

Cara buat cho ganache:
250 gm cooking coklat
1 sudu besar majerin
1/2 cawan fresh cream/whipping cream
Cara:
1. Cairkan cooking coklat secara double-boil.
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan sfresh cream/whipping cream dan majerin dan kacau sehingga sebati.
3. Tuangkan atas kek dan hiaslah mengikut citarasa sendiri.
Terima kasih sudi baca.

Friday, March 5, 2010

moist choc cake


Keputusan STPM diumumkan. Alhamudillah % lulus eko naik. 4 org pelajar Saba dapat A utk paper 1 yg Saba ajar. Dah janji dgn mereka, sapa dpt A, cikgu bagi sebiji kek sorang satu. Kek coklat disalut dgn cho. ganache utk Yati dan Kek oren disalut choc ganache utk Nordia.


Ni order dari Suraya utk hubby dia. First time hadiahkan kek pd suami.
Terima kasih sudi baca.

Saturday, January 16, 2010

ke coklat


Oder dari Nanie....org Johor gak. Antara cigu yg rajin di Arshad. Sponsor kek utk anak murid.
Saba pilih tema coklat utk deko...
Nanie cukup puashati. Bawak balik sikit bagi hubby dia. Shahrul kata kek kak Saba memang sedap. Perasanlah sikit...
Tanx nanie.
Terima kasih sudi baca.

Kek coklat ...


Oder dari UBK. Ni pun last minute juga. Cikgu Ku mintak 2 biji tapi tempahan dah penuh.
Mampu buat 1 je...
Cikgu-cikgu ni dah bagi tahu dah. Buat tempahan awal. Boleh la Saba rancang masa nak membuatnya. kalau esok nak, hari ni baru oder... susah juga.

Saba tak puashati dgn deko yg ni. Warna dah ok tapi nampak tak seimbang.
Kek tu jadi nampak senget...kan...
Terima kasih sudi baca.

Moist Chocolate Cake with Chocolate Fudge lagi ...


Kek coklat lagi....
Masih menggunakan resepi sendiri.
Kek coklat paling besar pernah Saba buat untuk sambutan hari lahir guru-guru.
Beratnya 4 kg.
Terima kasih sudi baca.

Sunday, November 1, 2009

MOIST CHOCOLATE CAKE


MOIST CHOCOLATE CAKE

Siapa tak suka coklat kek ? Semua org tentu suka terutamanya budak-budak. Saba dah selalu buat untuk tempahan,makanya sekarang ni mcm dah tak lalu nak makan CC. Last request bulan ni dari Linda utk suaminya. Dia nak gambar superman & princess. Pelik gak. Biasanya budak-budak je suka gambar kartun. Tak kisahlah... Saba ni pembuat kek amatur, so dekorasinya memang tak kemas. Di KB ni ada beberapa kedai kek tapi 'C' punya. Sebab tu kawan-kawan terutamanya di SMK Arshad & SK edmund lebih suka order dgn Saba. Toppingnya lain sikit daripada kebanyakan resepi. Ibarat kata Cikgu Ashmir, walau di kedai mana dia beli, tak boleh lawan kek Saba.Ha...ha...ha... macam tak caya je...
Saba sedia kongsi resepi dgn kekawan. Resepi yg selalu saba guna tu,ok juga cuma beratnya sebelum topping 960gm je. So, cari resepi lain yg beratnya 1kglebih. Ubahsuai sikit berdasarkan pengalaman. Apa salahnya kongsi kan...Mudah-mudahan rezeki Saba makin bertambah. Pelbagai resepi kek coklat dah dicuba. Utk kek Linda ni, Saba cuba resepi Kak Hanieliza.

MOIST CHOCOLATE CAKE
Bahan-bahannya:
180gm butter
250gm gula halus
3 biji telur gred B
300ml air
250gm tepung gandum
50gm serbuk koko (saba guna 1/2cwn)
1 sdt baking powder
1 sdt soda

Cara-caranya (cara yg biasa saba guna):
1. Asingkan putih dan kuning telur. Ayak tepung,koko, soda dan baking powder. Panaskan oven 180C selama 10 minit.
2. Pukul putih telur dan sedikit gula halus hingga kembang (maringue).Ketepikan.
3. Pukul butter dan baki gula hingga gebu. Masukkan kuning telur satu persatu.
4. Masukkan tepung berselang seli dgn putih telur dan air. Gunakan senduk kayu untuk kaup balik. Pusing satu hala je.
5. Sediakan loyang bulat 9in. Sapu sedikit majerin di dasar dan tepi loyang.Letak kertas minyak.
6. Bakar kek 30 minit dgn suhu 180C gunakan lower heat, teruskan 10 minit lagi upper&lower heat. Cucuk tengah kek menggunakan kek tester. Kalau tak melekat dah masaklah tu. Kalau melekat, masukkan balik dlm oven bakar hingga masak. Kepanasan oven ni ikut oven masing-masing.
7. Bila dah sejuk potong 2. Sapu topping choc.Berat kek sebelum topping 1.13kg.




Topping:(resepi sendiri)
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn tepung jagung
1 cwn susu cair
3/4 cwn air
3/4 hingga 1 cwn gula pasir (biasa guna 3/4 cwn;kurangkan manis)

2 sudu besar majerin

Cara membuat topping:
1. Campur semua bahan kecuali majerin dlm blander.
2. Tuang dlm periuk. Masak dengan api sederhana hingga pekat.Sentiasa kacau, jgn tinggal.
3. Matikan api. Masukkan majerin. Kacau rata.
4. Apabila sudah suam, lapiskan pada kek dan seluruh kek. Cukup utk kek 9inci bulat.
Nak buat ganache ni kena banyak praktis utk dapat kelikatan yg sesuai, sebab kalau terlebih pekat, susah nak salut atas kek, kalau cair tak cukup masak, lain pulak rasanya...

petuanya, kalau terlebih pekat, tambah sikit air panas, kacau rata.
Terima kasih sudi baca.