Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts
Thursday, June 13, 2013
kek coklat oreo dengan krim cheese, hello kitty
Selepas jamuan hari Guru, ramai kekawan yg order kek oreo ni... alhamdulillah. Yg ni versi krim keju di pesan oleh cikgu Maswati. nampak besar sebab 2 1/2 adunan. Siap dengan gambar hello kitty.
Terima kasih sudi baca.
Sunday, May 19, 2013
kek carrot dengan krim cheese lagi...
Kek carrot cream cheese ditempah oleh puan Dayang (PK Petang). Ramai peminat kek carrot esp cikgu-cikgu lama ni....
krim cis ni nampak tembal sikit sebab Saba campur dengan fresh cream. Kalau resepi sebelum ni Saba gunakan cis + susu pekat je, tak boleh nak hias bentuk bunga2... cari2 kat majalah jumpa resepi cis +fresh cream. Saba edit2 sukatan + jus limau + susu pekat sikit..... emmmm marbeles...

kek coklat moist oreo
belum letak oreo dah snap gambar
Kek 2 tingkat Hari Guru SMK Arshad 2013. Moist chocolate cake oreo. Saba gunakan kek coklat moist yang biasa, lepas tu lapis dengan fresh krim letak perisa kopi sikit. kek tu potong 3 lapis. setiap lapis salut dengan fresh krim dan tabur dgn
kek ultraman dan angry bird biru
Order dr cikgu Rohana. Kek span fruit cocktail fresh cream. Saba gunakan piping gel utk lukis muka ultraman.
Lupa pulak sapa tempah kek ni. Angry bird biru. dalamnya kek coklat salut dengan fresh cream.
Terima kasih sudi baca.
Lupa pulak sapa tempah kek ni. Angry bird biru. dalamnya kek coklat salut dengan fresh cream.
kek span cheese bluberry
Pengorder kek ni pada asalnya mintak bluberry cis kek dengan edible image. EI tak leh letak atas bluberry. So, Saba cadangkan kek span cis dilapis dengan krim cis dan bluberry di dalamnya. Terjadilah kek di atas 1 1/2kg dgn cupcake red velvet 12 biji.
Sunday, October 21, 2012
kek coklat moist fudge
dalam kesibukan pelajar2 nak exam, sempat jugaklah ambil tempahan sikit2. lama dah tak letak gambor kek cklt (sibuk la kononnya...). Dah lama jugak tak buat bunga2 butterkrim. ditempah oleh kakak kpd student saba -fadhli. Dah beberapa kali dia tempah kek yg sama.
Terima kasih sudi baca.
Thursday, September 20, 2012
brownies, kek buah pic, kek lapis evergreen
Cikgu Ashmir oder 2 bj kek. Mcm biasa ape2 aje. Bila bajet besar, buatlah kek yg mahal sikit bahan-bahannya.
1. Brownies chewy gowy
2 adunan. Nasib baik muat loyang tu... resepi dr rinchan/penyulawa/... ntah sape lg.
Ni kek lapis evergreen (kukus). Ambik resepi dr Dayangjack di Myresepi.
Dlm resepi ada guna sikit biskut marie, Saba tukar dgn nestum...
Sedap....
Yg ni oder dr kak Bainun. Utk dimakan d majlis yg sama. Kek buah Pic. Betul2 last minute oder. Dah dia nak juga, Saba buatkan kek yg ringan, cepat, sempoi ... Kek span 2 lapis. whip cream + sirap gula buah pic + yogut (Idea sendiri... sukatannya main agak2 ...). Separuh krim tadi dicampur dgn buah pic cincang kasar dan letak di tengah lapisan kek. Baki krim tadi salut atas dan tepi kek. susun buah pic dan galze dgn piping jel. siap...krimnya rasa masam2 manis. sedap...
Siap jugak 4 bj kek (termasuk kek dora xplorer)
* whip cream jenama rich memang dicampur cecair (1 bghn whip cream + 1/2 bhgn cecair)
kek pelangi / rainbow dora the explorer
Oder dr cikgu Maslinah.
Terima kasih sudi baca.
Kek Pelangi 1 1/2 adunan dengan whip cream. Bila dah letak kartun Dora tu, berat bersih dah jadi 2.2kg. Saba caj ikut adunan + caj lukis (bukan ikut berat kek).
Saba mintak maslinah cari sendiri gambar yg dia nak dan sent. Jimat masa Saba drp nak mencari, memilih, mengoggle.... masa yg ada tu sgt penting utk buat kek2 yg lain.
Utk 1 1/2 adunan ni, Saba guna loyang 9 in. Nampak tinggilah jugak kek ni.
Alhamdulillah, Maslinah sms " sedap dan cantik kek akak.." Hehehe.... bolehlah....
Saturday, September 1, 2012
Kek rainbow / pelangi 2
Sibuk di bulan ramadhan dan syawal sudah berlalu, barulah sempat nak update blog. Kek rainbow ni dioder oleh Cikgu Eva. Dia nak kek tinggi.
Saba Ambil resepi ni yg dah ramai org cuba. sedap. lebih sedap drp resepi kek span pelangi. manisnya sedang-sedang saja...lupalah copy dr blog mana...
KEK PELANGI
Bahan-bahan:-3 cwn tepung gandum* - saba guna tepung superfine
-4 sudu kecil baking powder*
-1/2 sudu teh garam* - tak letak
-1 buku butter
-1 1/2 cwn gula kastor
-1 1/2 cwn susu segar
-5 biji putih telur suhu bilik
-2 sudu teh esen vanila -
Pewarna merah, biru, hijau, kuning, oren, ungu
Cara-cara:
-panaskan oven 15minit dgn suhu 170c..
-ayak sume yg bertanda *
1-pukul butter dan gula hingga kembang,putih
2-masukkan putih telur dan pukul hingga gebu
3-masukkan esen..pukul sebati
4-masukkan bahan diayak* tadi selang seli dengan susu segar..dan pukul dengan perlahan setiap kali dimasukkan..
5-bahagikan adunan kepada 6 bahagian..masukkan warna dan kacau sebati..
6-masukkan satu bahagian dalam loyang 8' yg dialas dan digris..bakar selama 10-15minit suhu 170..
7-ulang sampai habis..
Catatan:
i. Saba guna loyang 6 in sbb Eva nak ke tinggi. Memang tinggilah, terlebihsikit dr ketinggian kotak. kalau 7 in rasanya pas-pas dgn ketinggian kotak.
ii. Mulakan dgn warna purple, biru, hijau, kuning oren dan merah.
iii. Saba gunakan whip cream jenama rich - 400ml + air 200 ml (ikut arahan pd kotak). Banyak krimnya sebab buat ala-ala bunga ros seluruh kek (mcm kek mat salleh).
Sunday, May 13, 2012
kek angry bird
Kek moist chocolate cheese ditempah oleh cgu Muni untuk anaknya. kek coklat kukus dua lapis, tengah-tengahnya ada cheese. . Saba gunakan whip cream untuk dekorasi .Musim angry bird. pembuat kek pun kena peka trend semasa.
Kek angry bird lagi. Yg ni kek bluberry (2 lapis). Cgu Rohana mintak angry bird ada reben. kalau reben tu tinggi sikit lagi cantik ... hiasan guna whip cream & coklat cair utk mata dan border.
Friday, April 27, 2012
kek rainbow
teruja tengok kek pelangi di blog hasue. Saba gunakan resepi kek span tepung optima. Bakar selapis-selapis dan cantum gunakan buttercream. Rasa kek ni biasa je, kalernya yang buat orang teruja...
Sekolah oder 2 biji 3kg setiap satu utk sesi pagi dan petang.
Tuesday, April 24, 2012
kek coklat keju mint
First time try buat kek coklat berkeju. Buat utk cikgu Ashmir (oder dari kak Ton). Harap2 ok lah rasanya.....
Resepi ambil di sini http://yatiememories.blogspot.com
Saba tak buat ikut teknik asal empunya resepi, lapis2kan adunana dan bakar.
Saba cuba kukus. Adunan cklt di bahagi 2. Saba kukus lapisan pertama 20 mnit (tambah lg 5 minit sbb bila disentuh masih lembik, api kurang besar). Lepas tu tuang adunan keju. Kukus lagi 20 minit. Tuang baki adunan cklt dan kukus 30 minit (rasanya mcm lebih, sbb sibuk buat kek lain). Pastikan sebelum tuang adunan berikutnya, permukan kek tidak lembik bila disentuh.
First time jugak buat coklat daun. Tak cantik hasilnya. Dalam buku daunya melengkung2. Agaknya lepas sapu coklat pada daun bentukkan daun tu baru letak di loyang hingga keras. Tak terpikir pulak masa buat tadi. Saba letak rata je atas loyang. Bila dibuang daunnya, mcm tu le hasilnya... kena prkatis lagi ni...
Topping tu Saba edit drp topping cklt fudge yang selalu Saba guna, cuma kurangkan tepung jagung & tambah perisa pudina. agak cair adunannya dan bila disapu, meleleh-leleh ke tepi. Memang saje nak buat mcm tu... Anak2 suka betul dgn cklt perisa pudina ni....licin saki bakinya kat periuk.
topping fudge mint:
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn air
1/2 cwn susu cair
1 sd besar tepung jagung
1/2 cwn gula (ikut kemanisan yg disukai)
1/2 cmc teh perisa pepermint
*campur semua bahan dan blander.
Masak hingga kepekatan yang disukai.
Tadi jumpa cgu Ashmir, "sedap kek tadi rasa mint, lain kali nak oder mcm ni lah..."

Saturday, October 22, 2011
Kek minnie mouse
Percubaan pertama buat kek bentuk kartun minnie mouse. Kira ok lah.... cacat sikit tang reben tu.
Saba bakar 3 bj kek. 2 bj saiz 6 in (satu adunan kek span) dan 1 adunan 9 in. Untuk telinga saba lepa dgn fresh krim warna hitam (jenama chefmaster), tapi tak cukup hitam mcm kelabu sikit. Nak bg lagi happening, ambik biskut sewaktu dgn oreo, buang krim, kisar halus, tabur ckit kat setiap lapis & salutkan kat telinga dia.
lakaran kat muka, syahmi yg buat (dia ni memang terror melukis), harapkan tangan ni.... muka senyum jadi sedih nanti.... saba cuma hias dgn whip cream.
Ptg semalam dpt sms dr hasnah. panjang msg nya. licin selicin2nya tinggal pisau & papan katanya. besday girl pun tak dpt mkn 2 kali, kesiannya....

Sunday, October 16, 2011
Kek buah kukus
Kek buah kukus yg org tua-tua suka makan. aku pun suka sangat (tapi aku belum tua!!!!!!). Banyak jugalah dpt tempahan raya tempohari. resepi kek kukus ni banyak versi. cari jelah d tnet. semuanya ok bg aku. tengok blog sini .
Tapi ramai kekawan d sekolah kata kenapa diaorg buat buahnya mendak. Yg Sebenarnya Saba dulu pun buat tak jadi2. Utk jual, saba guna resepi kek buah rebus, rebus dulu mix fruit dgn butter, air & biar sejuk. adun dgn bahan2 lain. Confirm tak mendak.
Tahun ni Saba praktis kek buah kukus lak.. study betul2 resepi dan teknik sblm buat.alhamdulillah jadi....
rupa-rupanya kek buah ni banyak pantangnya.
1. gula+butter tak boleh pukul kembang sangat - setakat gula hancur je. lepas tu masuk telur, kacau-kacau je guna sudip/wisk.masukkn tepung.
2. Then, part yg paling mencabar - Masuk gula hangus panas2. Kacau cepat2 (panas wooo.....must be very careful). setitikair gula kena tangan ke, jari ke, mak oiiii.... sakitnya. tak boleh nak sapu sbb tangan sedang kacau adunan tak boleh stop langsung.
3. dah sekata barulah masuk buah yg dah d gaul dgn sedikit tepung. jangan kacau lama - asal buah sekata dah cukup.
4. 1 lg part yg kena jaga - mengukus. Air kukusan betul2 mendidih (api besar). Masuk adunan dlm loyang. tutuployang rapat2 dgn aluminium foil. kukus 3 jam. Tambah dgn air panas bila air dah kurang.
1.2 kg Saba jual rm35 (murah kan ????). Punyalah cerewet buat kek macam ni pun ada yg mintak diskaun. Sabo jelah.....

Resepi di atas dpt 2 biji. Saba guna loyang 6x6x3. Pengukus saiz 38 in (agaknyalah...). Sekali kukus boleh masuk 2 loyang. Kalo saiz 7 in tak muat pengukusnya, buang gas nak kukus banyak kali. Saba tak pernah cuba kukus 2 tingkat sekali. Mungkin boleh gaknya....
Wednesday, October 12, 2011
Kek Strawberi
kek strawberi. Kek span 3 lapis dgn krim putar dan strawberi filling. Atas sekali saba letak black pitted cerries.
Ini pun permintaan dr Zyaliah. Keluarga dia kata sedap kek tu...
Terima kasih sudi baca.
Tuesday, May 4, 2010
RED VELVET CAKE
First time buat kek red velvet. Cari dr tenet. baca ulasan diaorg mcm sedap je kek ni.so last weekend tried lah. not so bad. kek saba ni agak kering cikit. utk topping saba guna butter cream lemon. sepatutnya guna cream cheese frosting. tapi sebab anak2 tak suka cis kek, so tukar butter cream lah.
resepinya:
Bahan-bahan ( 1 biji )
• 2 1/2 cup tepung kek/tepung naik sendiri diayak
• 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
• 2 sudu besar serbuk koko
• 2 oz pewarna merah (saba guna 1 sudu besar. nak ltk 2 sd mcm bnyk sgt)
• 1/2 cup butter
• 1 1/2 cup gula (saba kasi kurang lg 1/4cwn - jadi tak manis )
• 2 biji telur pada suhu bilik
• 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
• 1 cup buttermilk pada suhu bilik.
• 1 sudu kecil cuka putih
• 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
•
• Buttermilk
• 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
• sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon
•
• Cream cheese frosting
• 2 buku cream cheese, dilembutkan
• 1/2 cup butter dilembutkan
• 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
• 2 cup gila icing, diayak.
Saba guna butter cream:
400 gm creamwell
100 gm butter
200 gm icing sugar
1 sd teh perisa lemon
Putar semua bahan pd kelajuan sederhana hingga gebu
Cara-cara
1. BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.
2. KEK: sapukan butter loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun loyang 4 segi bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
3. Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
4. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
5. Bakar hingga masak
Tuesday, March 9, 2010
Kek span
Saturday, February 6, 2010
Carrot Cake With Cream Cheese
Peanut Butter Fudge
Antara kek yang Saba rasa paling sedap, wangi dan menyelerakan. Kek ni campuran butter, yogurt, biskut marie. Kek ni saba potong dua. Letak topping kacang tanah tumbuk dicampur dgn cooking coklat dan susu pekat. Memanglah agak tinggi kalorinya. So, makan sikit-sikit lah. Resepinya nanti bila ada kelapangan, Sba tulis kay....
Butter cake
Subscribe to:
Posts (Atom)