Showing posts with label masakan. Show all posts
Showing posts with label masakan. Show all posts

Saturday, September 1, 2012

Tumpi / rempeyek kacang hijau


Untuk ketiga kalinya membuat peyek (sebutan jawa) raya tahun ni. versi raya dah habis, raya ke 4 buat lg  utk kawan suami. licin jugak. Semalam tengok bapak bebudak ni duk makan serdak2nya. kesianlah pulak. buat lg mlm tadi.

Bahan-bahannya:
250 - 300gm kacang hijau - rendam 6 jam. (kalau tak keras mcm batu la...) (ni versi byk kacang)
1/2 peket tepung beras (250 gm)
2 sudu besar tepung ubi (tak de pun tak pe- jadi juga)
1 bj kelapa dptkan 2 1/2  - 3 cwn santan
2 ulas bwg putih (tak letak pun ok)
1/2 cwn ikan bilis - rendam sekejap, toskan
1/4 cwn biji ketumbar
2 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
1 bj telur
1/2 sudu teh air kapur
1 sd teh gula
1 -2 sd teh garam (secukup rasalah)

Cara-caranya
1. tumbuk lumat bawang putih. tumbuk kasar  ikan bilis. 
2. kisar ketumbar dan jintan. jgn halus sangat.
3. bancuh tepung dengan 2 cwn santan dulu. masukkan bahan tumbuk, bahan kisar, garam gula, kapur. gaul sebati. masukkan telur. gaul rata. dah cukup rasa, lihat kepekatannya. kalau pekat sangat masukkan baki santan tadi. ikut pengalaman 2 1/2 cwn tu ok. kalau guna 3 cwn santan, masa goreng, panjang  ekornya...
4. Teknik mengoreng. 
     a. panaskan minyak banyak dlm kuali. ratakan minyak kat tepi2 kuali tu.
     b. masukkan sesenduk adunan dlm mangkuk. masukkan kacang hijau secukupnya (agak2 lah)
     c. ambil sesudu adunan dan lenserkan kat tepi kuali, mcm gambar kat bawah ni.
     d. siram2kan minyak panas  kat atasnya, bila dah mcm dlm gambar tu,  tolak pelan2 ketengah, balikkan. biar hingga garing.angkat dan  toskan. ulang lg proses hingga habis.


catatan:
i. 2 jam baru siap sebab kuali kecik. kuali besar yg ada tak boleh pakai - melekat.
ii.kalau guna kacang tanah, saba sangan separuh masak kacangnya/ masuk oven. (zaman dulu2 mak jemur). Kalau ambil terus dr plastik, nanti bila digoreng tepung dah garing, kacang tak cukup masak, biar lama2 hanguslah pulak.
iii. NI tips yg paling penting, JANGAN GUNA santan/kelapa parut dlm peti ais. rangupnya lain - mbeling kata orang jawa. santan kotak tak main lah.
iv. boleh juga guna acuan yg dijual di pasaran. Saba suka yg tradisional ni, mengingatkan diri dgn arwah mak. dulu selalu tolong buat.
Terima kasih sudi baca.

Saturday, November 19, 2011

Bengkel : Product of Soys - Taufufa, tauhu & Okara

Tarikh: 15 November 2011 (Selasa)
Masa : 8.00 - 10.00 pagi
Tempat : Beranda Surau SMARD
Ustaz2 pun minat nak belajar.  Faham betul2 ustaz...
Ust. Lah, jangan lawan tokey plak lepas ni...

Peserta2 pompuan. Ustz rohani & zura sanggup lewat gi mesyuarat sbb nak belajar ni...
Rugi sapa tak datang.... (perasan bagus jek...)


Gaya seorang cikgu...

Mr. Martin... peserta paling awal datang n paling bersemangat. 

Lagi gambo cikgu beraksi. Bersemangat sungguh....


Terima kasih sudi baca.

Saturday, October 29, 2011

Roti John Sempoi - untuk bekal anak sekolah

Nak share idea utk ibu2 yg selalu bawakkan bekal utk anak2. Roti ni pebret anak2, sampai ke petang tak jamah nasi pun tak pe. kenyang katanya...

Bahan2:
200 -250 gm daging kisar (jenama Ramly pilihan saya)
1/2biji bawang besar - cincang halus ]
3 ulas bawang putih - cincang halus ] saba kisar guna chopper
sedikit serbuk lada hitam
2 cmc teh serbuk pati ayam
sayur campur / lobak merah disagat
3 biji telur
garam
3 sudu minyakzaiton /minyak biasa bole je..
5 biji bun burger / roti utk sosej bun / 8-10 kpg roti putih biasa pun boleh
(roti bun saba buat sendiri)

Cara2nya:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang2, masukkan serbuk kari jika suka pedas.
2. masukkan daging. Kacau2 biarkan hingga masak.
3. Masukkan lada serbuk lada hitam, serbuk pati ayam, sayur campur/carrot sagat.
4. Masukkan garam. Dah cukup rasa matikan api.
5. Kacau sikit telur, pas tu masukkan daging ke dlm bancuhan telur. kacau rata.

Ok Sekarang cara nak masak benda ni...

1. Belah 2 roti bun.
2. ratakan sedikit minyak pada kuali leper. Guna non-stick lagi senang, tak de lekat langsung... Panaskan
3. Ambik 2 sudu adunan ratakan atas roti (lebih pun boleh, ikut suka hati - nak tebal ke nipis. anak ramai buat nipis sikit)
4. Tebalikkan roti kat kuali. biarkan hingga masak. gunakan api kecil. cepat je masaknya ni.
Nak lagi faham tengok gambar bawah ni.
5. angkat dan tebalikkan (bhgn roti sebelah bawah) atas redai.
6. Siap. OPs....sblm makan letaklah sos ke, mayonis ke, slice cheese ke, lagi sedap....

Masa penyediaan: 30 minit.

Tips:
1. Dah masak, letak atas redai. Jgn terus letak dipinggan. Wapnya akan menyebabkan roti lembik esp kalo guna roti keping. Dah sejuk baru masuk dlm tuperware anak.
2. Bg anak2 yg tak suka sayur, sagat carrot dgn penyagat halus. Diaorg tak perasan ada sayur dlm tu...
3. Telur mesti cukup. Kalau tak cukup basah, daging tak melekat pada roti. ada yg berterabur kat kuali nanti....
4. Hidangan ringkas, kenyang, diet seimbang.
Terima kasih sudi baca.

Sunday, October 23, 2011

Home made tauhu



air soya & tauhu bagus utk kesihatan. bila tengok d utube mcmana org buat tauhu (ada yg belengging je!!!) terbantut selera nak beli kat luar. apa bhn yg d guna ? simen plaster ? ada kesan pd kesihatan? better buat sendiri.

bahan buat tauhu

300 gm kcg soya cuci & rendam 4-6 jam
2 liter air
1 cmc teh GDL (diperbuat drp xtract buah-buahan, lebih slmt berbanding saiko: itu yg saba terbaca)
2 sd besar tpg jagung.

blend kcg dgn 2 liter air (buat sikit2 ikut muat blander :jgn tambah air, boleh guna balik yg dah ditapis tu). tapis dgn kain muslin kalo tak de guna penapis teh jenis kain @ kain tudung bawal putih yg bersih.
Jerang atas api hingga mendidih. sementara tu bancuh GDL, tpg jagung dgn 1/4 cwn air. masukkan dlm bekas yg sesuai. Tuang air soya cepat2 & tinggi. Biarkan 15 minit. (JGN GOYANG!!!).

Utk bekasnya Saba gunakan bekas aiskrim saiz 4 segi (jgn besar sangat). tebuk-tebuk lubang di dasar dan tepi guna skrew driver (ala... plastik tu nipis tak susah pun.. pakai pisau pun boleh, korek2 kasi lubang kecik2). Letakkan kain muslin/ cheese cloth.kain kotton tak boleh sbb air susah nak keluar, kain tudung bawal boleh kot,t-shirt pagoda yg baru beli pun bole.. kain tu mesti besar sikit hingga keluar dr bekas.

Tuang taufufa tadi.. then lipat ke dlm lebihan kain yg terkeluar tu. Tindih dgn 1 lg bekas ais krim dan benda berat- lesung batu ke, batu bata ke... apa2 jelah yg berat. Biarkan 1/2 jam atau lebih. nak lg padat tambah la masa... alihkan lesung batu. Saba biarkan ia sejuk pd suhu bilik. then potong dan masukkan dlm tupperware yg berisi air. simpan atau terus goreng pun boleh.
Saba try 1/2 adunan. hasilnya mcm dlm gambar tu.
Terima kasih sudi baca.

Wednesday, October 12, 2011

resepi rendang daging cili api


pot-luck hari raya (betul2 ari terkahir). Aku bawak bluberry cheese tart, pulut kuning & rendang daging cili api.
Saba tukang masak, kekawan As,gayah, judith sponsor daging. Paling best, pengetua bawak nasi baryani.
Paling seronok tengok ckgu cikgi berebut2 ambil mknn. Saat cam yg sukar dilupakan. Maklumlah Saba dah bercadang nak balik terus Johor tahun depan. Harap2 dapat.

Resepi rendang cili api kak Mon

1 kg daging dihiris nipis dan lebar
20 ulas bwg merah (saba guna 2 bj bawng besar) *
1 buku bwg putih *
1 in halia *
1 in lengkuas *
3 batang serai *
1 genggam cili api (hijau + merah sikit) *
- kisar semua bhn2 *
1 1/2 bj kelapa perah santannya
- leburkan semua dlm periuk ke, kuali ke....... biar hingga kuahnya pekat dan daging empuk.

masukkan kerisik (drp 1/2 bj kelapa)
1/2 cwn gula melaka
2 sd teh garam
2 kpg asam keping
2- 3 helai daun kunyit dihiris halus.
masaklah hingga tahap kepekatan/kering disukai

Pesan kak Mon: pilih daun kunyit atau daun limau purut. jgn letak 2-2 sekali.. nanti berlawan rasanya....
Terima kasih sudi baca.

Saturday, February 6, 2010

Sup Ketam


Dah lama tak makan seafood. Cik Abang balik bawa ketam kecil2 2 kilo. Alang-alang masak je semua. Anak-anak memang suka sup ketam. Simple je masakan ni. Paling best bila hirup kuahnya. sruuuup....sruuuup.....sruuup.....

Bahan-bahan ( sekeluarga )

* 4 - 5 ekor ketam
* 2 ulas bawang putih - diketuk
* 1 1/2 inci halia - ditumbuk pecah aje. tak perlu lumat
* rempah 4 beradik - kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih
* 1 sudu makan rempah sup, 1 sudu teh serbuk lada hitam ajishio (dlm botol kecil tu)- kalau tak de, tumbuk sendiri la...
* daup sup
* bawang goreng
* 4 ulas bawang merah - dimayang
* sedikit minyak utk menumis - guna minyak zaiton/bunga matahari lagi baik
* Air secukupnya

Cara-cara

1. Bersihkan ketam. Jika besar potong 2.
2. Panaskan minyak. Masukkan rempah 4 beradik.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia.
4. Bila dah wangi, masukkan rempah sup (tak perlu bancuh dgn air- campak je). Kacau-kacau sekejap.
5. Masukkan air. Biar hingga mendidih
6. Masukkan ketam. Biar hingga masak.
7. Tambah lada hitam dan garam secukup rasa.
8. Sebelum menghidang, taburkan daun sup dan bawang goreng. Sedap dimakan waktu tengahari di hujung minggu.
Terima kasih sudi baca.

Saturday, January 9, 2010

Pencuk Nanas


Tak da selera nak makan ? Cuba pencuk ni. Sedap banget makan dgn nasi panas. Tak da lauk lain pun tak pe. Mak mentua lalu sebelah pun tak perasan.

Bahan-bahannya:
Setengah biji nenas
3 ulas bawang merah
3 -5 biji cili api.
belacan sebesar ibu jari - dibakar
1 sudu besar gula
sedikit garam

Cara-caranya:
1. Kupas nenas. Racik-racik sederhana halus.
2. Tumbuk bawang merah, cili api dan belacan.
3. Gaulkan semua bahan.
4. Siap.
Terima kasih sudi baca.