Showing posts with label cheese cake. Show all posts
Showing posts with label cheese cake. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

kek coklat oreo dengan krim cheese, hello kitty

Selepas jamuan hari Guru, ramai kekawan yg order kek oreo ni... alhamdulillah. Yg ni versi krim keju di pesan oleh cikgu Maswati. nampak besar sebab 2 1/2 adunan. Siap dengan gambar hello kitty.
Terima kasih sudi baca.

Sunday, May 19, 2013

kek carrot dengan krim cheese lagi...

Kek carrot cream cheese ditempah oleh puan Dayang (PK Petang). Ramai peminat kek carrot esp cikgu-cikgu lama ni....
krim cis ni nampak tembal sikit sebab Saba campur dengan fresh cream. Kalau resepi sebelum ni Saba gunakan cis + susu pekat je, tak boleh nak hias bentuk bunga2... cari2 kat majalah jumpa resepi cis +fresh cream. Saba edit2 sukatan + jus limau +  susu pekat sikit..... emmmm marbeles...
Terima kasih sudi baca.

kek span cheese bluberry


Pengorder kek ni pada asalnya mintak bluberry cis kek dengan edible image. EI tak leh letak atas bluberry. So, Saba cadangkan kek span cis dilapis dengan krim cis dan bluberry di dalamnya. Terjadilah kek di atas 1 1/2kg dgn cupcake red velvet 12 biji.
Terima kasih sudi baca.

Friday, June 1, 2012

kek hari guru lagi

kek coklat cis dengan krim putar perisa coklat. Anak bawak utk jamuan hari guru di sekolah agama. sebab kek free kann.... ala kadar je hiasannya, 15 minit sblm bergerak ke sklh... siap jugak.

Terima kasih sudi baca.

Monday, May 21, 2012

kek coklat lapis keju ben10



Kali pertama melukis Ben10. Sebenarnya cgu Juditah mintak edible imej ben10. Cari punya cari, punya jelajah bakery supplier di KK, tak dak stok da... mostly dah tinggal gambor kartun tak popular. Apalah kedai kek ni, kalau dah nak abis, cepat2 lah oder lagi...
Ada 2 pilihan, nak guna piping jel atau buttercream transfer. Aku nak try buttercream transfer. Suspen juga sbb memang tak pandai melukis. Dan akhirnya..... "pandailah umi lukis..." kata anakku Nabila. Hehehe.... boleh la....
Dalamnya kek coklat moist  lapis keju, gunakan resepi kek coklat Zaima (tapi saba edit bahan2 & sukatan).   Topping menggunakan buttercream.

Cara Saba gunakan Kaedah buttercream transfer
Bahan2 diperlukan
Gambar ben10 terbalik
cooking cklt cair
buttercream putih, hijau gelap, hijau kelabu, hijau muda, sedikit kuning
beberapa keping piping beg gunting sikit  hujungnya

1.  Print gambar ikut saiz yang dikehendaki. Guna arahan  mirror printing. So, gambar tu terbalik dari yang asal. Saba print 2 sbb 1 buat base, 1 lg utk rujukan semasa melukis.
2. Letak gambar tadi atas sekeping kaca/ papan kek/lapik loyang.
3. Letak baking sheet (kertas minyak utk alas loyang tu..)  atas gambar tadi. Selotepkan kedua-duanya pada cermin/board tadi supaya tak bergerak bila nak lukis nanti.
4. Masukkan   buttercream coklat/hitam (Saba gunakan cooking coklat cair + buttercream)  dlm piping beg dan gunting sikit hujungnya. Paipkan untuk rangka gambar- semua line termasuk yg halus-halus pada jam tangan - part paling mencabar kesabaranku.. Gambar tu pun gelap, bila tracing bukannya nampak line2 halus tu. masa ni gunakan gambar 1 lg sebagi panduan. Zaman sekolah dulu guna tracing paper nak lukis peta, mcm tulah nak buat ni...
5. Paipkan buttercream ikut warna dalam gambar.paipkan pelan2 dan rata hingga sentuh line coklat tadi. Buatlah untuk semua bahagian hingga selesai. utk warna hitam saba gunakan je buttercream cookign cklt tadi. 
5. langkah seterusnya, paipkan buttercream putih atas semua lakaran tadi. rata2. Dah tak nampak warna lain, putih je.
6. Masukkan dalam freezer hingga beku.
7. Sementara tu, sapu buttercream pada kek. Kemaskan hingga licin atasnya (gunakan pisau celup dlm air panas, lap dan buat gerakan perlahan atas cream sekali lalu, jgn tarik ke kiri kanan). Yang tepi saba sapu nipis je sbb  nak letak buttercream jalur2.
8. Keluarkan krim ben10 tadi,  Sebelum tu pastikan betul2 mana nak letak gambar tu, tak boleh nak alih2 lg.Perlahan2 terbalikkan atas kek. Buang baking sheet tadi. .Taraaaa....nampaklah rupa ben10 tu... 
9. Paipkan warna digemari untuk frame ben10. saba gunakan warna biru.

Itulah hasilnya, belajar dari tnet (maleh nak kuar modal gi belajar dgn org). Aku tak percaya aku boleh buat....



Terima kasih sudi baca.

Sunday, May 13, 2012

kek keju bluberi


bluberry cheese cake. Ordered by Ustz. Siti SK St Edmund.
Dasar kek gunakan kek span berwarna unggu dan sedikit bluberi. Kemudian dituang adunan keju dan dibakar secara double boil. hiasan dengan krim putar.
Dah beberapa kali ustz oder kek yang sama.

Terima kasih sudi baca.

Tuesday, April 24, 2012

kek coklat keju mint

First time try buat kek coklat berkeju. Buat utk cikgu Ashmir (oder dari kak Ton). Harap2 ok lah rasanya.....

Resepi ambil di sini http://yatiememories.blogspot.com
Saba tak buat ikut teknik asal empunya resepi, lapis2kan adunana dan bakar.
Saba cuba kukus. Adunan cklt di bahagi 2. Saba kukus lapisan pertama 20 mnit (tambah lg 5 minit sbb bila disentuh masih lembik, api kurang besar). Lepas tu tuang adunan keju. Kukus lagi 20 minit. Tuang baki adunan cklt dan kukus 30 minit (rasanya mcm lebih, sbb sibuk  buat kek lain). Pastikan sebelum tuang adunan berikutnya, permukan kek tidak lembik bila disentuh.

First time jugak buat coklat daun. Tak cantik hasilnya. Dalam buku daunya melengkung2. Agaknya lepas sapu coklat pada daun bentukkan daun tu baru letak di loyang hingga keras. Tak terpikir pulak masa buat tadi. Saba letak rata je atas loyang. Bila dibuang daunnya, mcm tu le hasilnya... kena prkatis lagi ni...

Topping tu Saba edit drp topping cklt fudge yang selalu Saba guna, cuma kurangkan tepung jagung &  tambah perisa pudina. agak cair adunannya dan bila disapu, meleleh-leleh ke tepi. Memang saje nak buat mcm tu... Anak2 suka betul dgn cklt perisa pudina ni....licin saki bakinya kat periuk.

topping fudge mint:
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn air
1/2 cwn susu cair
1 sd besar tepung jagung
1/2 cwn gula (ikut kemanisan yg disukai)
1/2 cmc teh perisa pepermint
*campur semua bahan dan blander.
Masak hingga kepekatan yang disukai.

Tadi jumpa cgu Ashmir, "sedap kek tadi rasa mint, lain kali nak oder mcm ni lah..."


Terima kasih sudi baca.

Wednesday, April 18, 2012

kek span keju aka sponge cheese cake

kek span keju ni rekaan sendiri, modifai resepi kek span. Keknya ringan, lembut, rasa keju tapi tak terlalu kuat. Sesuai untuk yang tak suka sangat bau keju macam saba. Kek ni tak memuakkan bila dimakan dan tidak banyak krimnya. nipis je salutannya.
Tak pasti macamana boleh datang idea ni, saje cuba-cuba sebab tak nak makan kek butter chis yang selalu jugak buat tu...kalori tinggi da...
Kawan2 yang dah makan kek ni memang puashati... sedap lah tu...


250 gm tepung sponge mix / tepung optima pun boleh
5 biji telur B / 4 biji telur A
1 sudu besar ovelette
50 ml air
70 ml butter/majerin/minyak
125 gm cream cheese (pada suhu bilik) - potong kecil-kecil
50gm keju ceddar diparut halus(untuk hiasan)

Cara-cara:
1. Cairkan butter secara double boil(periuk atas air mendidih-tak perlu mendidih betul2, api sedang). Masukkan keju. Kacau hingga keju lembut. Keju ni tak cair cuma ia lebih lembut dr asal. Jangan panik. memang macam tu sebab tak de campuran air, just butter yg dah mencair jadi minyak. lenyek-lenyek je keju tu, pastikan lembutnya sekata. Angkat dan biarkan sejuk sebentar.
2. setkan oven 200 degree utk 10 minit.
3.Sediakan bahan-bahan lain. Masukkan tepung, telur dan ovelet. Putar speed perlahan biar ia mesra dulu. Kemudian putar high speed 3 minit.
4. Masukkan air. Putar lg high speed 3 minit. Pastikan ia kembang 2 kali ganda, ringan dan tak cair.. Kalau cair tak jadi le tu...
5. Masukkan campuran butter dan keju tadi. Gaul sekata guna sudip. Kalau mesin besar mcm kenwood boleh guna putaran 1/2 minima (putaran paling pelan). Pastikan tak de minyak di dasar. Campuran yang sekata bila diangkat dengan sudip jatuh sekata licinnya tak de nampak berminyak. itu yang cantik keknya.
6. Sediakan loyang 9 inci. Lapik dengan kertas minyak. Jangan sapu butter/majerin kelilingnya (Kalau disapu nanti kek mengecut tepinya).
7. Tuang adunan. Ratakan. jangan dihentak loyangnya.
8. Masuk dalam oven. Turunkan suhu ke 170 degree. Bakar 30 minit guna rak tengah (oven Saba guna 160 je, kalo 170 keknya merekah, maklumlah oven baru..hehehe...). ikut oven masing-masinglah.

Ok. sediakan pulak krimnya.

125gm krim keju
1/2 cawan susu pekat
50 gm butter
jus 1 biji limau kasturi /jus lemon - ikut tahap kemasaman yang disukai

1. Putar semua bahan hingga sebati. kalau suka masam letaklah jus lemon tu, kalau tak suka tak payahlah. Saba suka rasa masam-masam sikit seimbangkan dengan rasa keju.


Cara dekorasi.
1. Kek yang dah masak tadi terus keluarkan dari oven. Terbalikkan atas redai selama 5 minit (elakkan guna redai tak berkaki direct atas meja. haba panas kek akan menyebabkan ia terperangkap antara kek dan meja dan perpeluhan berlaku. Kek akan lembab...hancus...). Maksudnya letaklah redai/jaring tu atas loyang yang tinggi atau ape2 je yang udara mudah lalu. Kecuali permukaan kek betul2 kering masaknya.
2. Gunakan spatula longgarkan tepi kek dari loyang. Terbalikkan atas papan kek. Biarkan hingga kek betul-betul sejuk (nak senang masuk je dalam peti ais).
3. Potong kek kepada 2 lapis menggunakan pisau bergerigi (Kena praktis ni barulah potongan tu sama tebal). Selalunya saba terbalikkan kek tu. Permukaan kek akan menjadi dasar kek atas papan.
4. bahagi krim kepada 3 bahagian.
5. Sapu 1 bahagian krim pada kek pertama. Letak lapisan ke 2. Sapu lagi satu bahagian krim. Lebihan krim untuk sapu tepi-tepinya dan buat hiasan simple jika perlu.
6. Tabur keju ceddar rata-rata.
7. Simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 30 minit.


Terima kasih sudi baca.

Thursday, May 20, 2010

Kek Keju Bluberry first order



Selamat Hari Guru kepada semua yg telah memberikan ilmu kepadaku. masih lg dalam suasana sambutan hari guru. Kali ni order dr SK St Edmund. Biasa mereka order blueberry fresh cream tapi kali ni nak blueberry cheese cake. Hari isnin test new receipe & bawak ckit ke skolah utk test market. Aslamah kata sedap lebih sedap dr secret receipe tapi base biskut tak berapa ok. Dia cadangkan gunakan kek & letak warna purple. Good idea tu...So, semalam buat kek span letak bluberri filling sikit + warna purple. Cikgu Tailun order 2 kg, tapi memandangkan ni first time buat & bimbang tak jadi, Saba buat 2 biji. Kira ok lah tu. harap2 mereka suka.
Yg di belakang tu kek keju blm kena makeup.Base kek span bluberri nampak lebih tebal berbanding jika guna biskut chipsmore.Berat kek 1.2kg dgn harga RM50.00 je.
Terima kasih sudi baca.

Wednesday, May 19, 2010

Kek Keju Bluberri


Ada permintaan untuk kek keju. Hari ni cuba try test resepi kek keju. Alamak tak de stok biskut sedap lak, cuma ada biskut cracker tapi tak cukup 200 gm. Hah ada setin nestum. So, utk base Saba gunakan biskut kracker + nestum dikisar halus. Saba biasa guna telur gred B, tapi ikut resepi tu 3 bj gred A. Saba tukar kpd 4 bj telur gred B.Limau kasturi ? betul ke ? itu yg terfikir di kepala sbb biasanya guna lemon. OK gak hasilnya.

Full receipe seperti berikut:
Bahan-bahan
Bahan A [Crust]
200 gm biskut chipsmore
80 gm butter

Bahan B [Filling ]
250 gm Krim Keju
30 gm mentega
30 gm gula kastor
3 biji kuning telur grade A
2 biji limau kasturi..ambil jusnya
1 s/k esen vanilla

Bahan C
3 biji putih telur grade A
30 gm gula kastor
1/2 s/k cream of tartar
2 s/b tepung jagung
Hiasan
strawberry filling /bluberry filling
fresh cream
Cara Memasak
Bahan A [Crust]
1. Biskut dihancurkan.
2. Gaulkan dengan butter sehinga boleh dikepal.
3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat.
4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 160′C selama 10 minit.
1. Pukulkan krim keju, mentega, dan gula dalam mangkuk sehingga kembang.
2. Masukkan telur kuning satu persatu.
3. Masukkan perlahan esen vanilla dn jus limau kasturi.
4. Masukkan semua bahan C dalam mangkuk yg lain dan pukul sehingga menjadi ringan dn gebu.
5. Campurkan bahan C kedalam bahan B. Kacau rata.
6. Masukkan tepung jagung kedalam adunan perlahan. Kacau rata.
7. Masukkan adunan dalam acuan yg sedia ada Bahan A tadi.
8. Bakar pada suhu 150′C selama 70 minit.
10. Biarkan kek dalam oven beberapa jam.
11. Hiaskan dengan fresh cream dan strawberry filling.
12. Masukkan dalam petisejuk untuk semalaman.
13. Potong gunakan pisau yg telah dipanaskan atas api.
Terima kasih sudi baca.

Saturday, April 17, 2010

marble cheese cake



Org kata kek keju sedap. betul ke ? but my family is not a fan of cheese cake. anak2 suka makan keju tapi bila buat kek keju....lambat nak habis. hubby lg lah tak minat. sempena birthday syahmi, saba buat kek ni. anak2 pun kata, oklah umi cuba...
Keknya nampak cantik dan gebu dan dah tentu rasa keju. Pinjam resepi kak Hanieliza.

Bahan A
250 gm Krim Keju
30 gm mentega
30 gm gula kastor
3 biji kuning telur grade A
2 biji limau kasturi..ambil jusnya
1 s/k esen vanilla

Bahan B
3 biji putih telur grade A
30 gm gula kastor
1/2 s/k cream of tartar

1 s/b tepung jagung

1 s/k coklat emulco

Oven setting 140'C
Masa Bakar 1 jam secara steam-bake

Cara:
1. Pukulkan krim keju, mentega, dan gula dalam mangkuk sehingga kembang.
2. Masukkan telur kuning satu persatu.
3. Masukkan perlahan esen vanilla dn jus limau kasturi.
4. Masukkan semua bahan B dalam mangkuk yg lain dan pukul sehingga menjadi ringan dn gebu.
5. Campurkan bahan B kedalam bahan A. Kacau rata.
6. Masukkan tepung jagung kedalam adunan perlahan. Kacau rata.
7. Bahagikan adunan pada 2 mangkuk.
8. 1 bahagian dibiarkan warna asal dan 1 bahgian ndicampurkan coklat emulco.
9. Kacau adunan yg coklat supaya sama rata warnanya.
10. Lapikkan loyang dengan 2 lapis kertas minyak.
11. Masukkan adunan dalam acuan berselang seli warna asal dan coklat.
12. Masukkan acuan ini dalam acauan yg lebih besar dan masukkan air.
13. Bakar sehingga masak.
14. Bila nak potong gunakan pisau pelastik yg telah dicelupkan dalam air panas.
15. Sejukkan betul2 sebelum dipotong dan hidangkan.
Terima kasih sudi baca.