Kali pertama melukis Ben10. Sebenarnya cgu Juditah mintak edible imej ben10. Cari punya cari, punya jelajah bakery supplier di KK, tak dak stok da... mostly dah tinggal gambor kartun tak popular. Apalah kedai kek ni, kalau dah nak abis, cepat2 lah oder lagi...
Ada 2 pilihan, nak guna piping jel atau buttercream transfer. Aku nak try buttercream transfer. Suspen juga sbb memang tak pandai melukis. Dan akhirnya..... "pandailah umi lukis..." kata anakku Nabila. Hehehe.... boleh la....
Dalamnya kek coklat moist lapis keju, gunakan resepi kek coklat Zaima (tapi saba edit bahan2 & sukatan). Topping menggunakan buttercream.
Cara Saba gunakan Kaedah buttercream transfer
Bahan2 diperlukan
Gambar ben10 terbalik
cooking cklt cair
buttercream putih, hijau gelap, hijau kelabu, hijau muda, sedikit kuning
beberapa keping piping beg gunting sikit hujungnya
1. Print gambar ikut saiz yang dikehendaki. Guna arahan mirror printing. So, gambar tu terbalik dari yang asal. Saba print 2 sbb 1 buat base, 1 lg utk rujukan semasa melukis.
2. Letak gambar tadi atas sekeping kaca/ papan kek/lapik loyang.
3. Letak baking sheet (kertas minyak utk alas loyang tu..) atas gambar tadi. Selotepkan kedua-duanya pada cermin/board tadi supaya tak bergerak bila nak lukis nanti.
4. Masukkan buttercream coklat/hitam (Saba gunakan cooking coklat cair + buttercream) dlm piping beg dan gunting sikit hujungnya. Paipkan untuk rangka gambar- semua line termasuk yg halus-halus pada jam tangan - part paling mencabar kesabaranku.. Gambar tu pun gelap, bila tracing bukannya nampak line2 halus tu. masa ni gunakan gambar 1 lg sebagi panduan. Zaman sekolah dulu guna tracing paper nak lukis peta, mcm tulah nak buat ni...
5. Paipkan buttercream ikut warna dalam gambar.paipkan pelan2 dan rata hingga sentuh line coklat tadi. Buatlah untuk semua bahagian hingga selesai. utk warna hitam saba gunakan je buttercream cookign cklt tadi.
5. langkah seterusnya, paipkan buttercream putih atas semua lakaran tadi. rata2. Dah tak nampak warna lain, putih je.
6. Masukkan dalam freezer hingga beku.
7. Sementara tu, sapu buttercream pada kek. Kemaskan hingga licin atasnya (gunakan pisau celup dlm air panas, lap dan buat gerakan perlahan atas cream sekali lalu, jgn tarik ke kiri kanan). Yang tepi saba sapu nipis je sbb nak letak buttercream jalur2.
8. Keluarkan krim ben10 tadi, Sebelum tu pastikan betul2 mana nak letak gambar tu, tak boleh nak alih2 lg.Perlahan2 terbalikkan atas kek. Buang baking sheet tadi. .Taraaaa....nampaklah rupa ben10 tu...
9. Paipkan warna digemari untuk frame ben10. saba gunakan warna biru.
Itulah hasilnya, belajar dari tnet (maleh nak kuar modal gi belajar dgn org). Aku tak percaya aku boleh buat....
No comments:
Post a Comment