Showing posts with label Kek Lapis Kukus. Show all posts
Showing posts with label Kek Lapis Kukus. Show all posts

Monday, May 7, 2012

kek asam manis

kek asam manis kukus. Antara kek yang jadi pilihan kekawan....

selalunya saba gunakan 3 warna untuk sebiji kek dan gunakan loyang 9 in. Kalau rajin dapatlah 12 lapis, selalunya 10 lapis je...ambil masa 2 1/2jam dari mula mengadun hingga siap.
Terima kasih sudi baca.

Saturday, November 6, 2010

Kek lapis kukus

Kek lapis evergreen. Sedap, rasa pandan.


Yang ni kek lapis kukus strawberi milo. Nama asalnya apa ntah, aku tukar suka2 je. Kek ni masih rasa manis w'pun dah dikurangkan sukatan gula. Ada campuran horlick, milo, jem strawberi & kaya. Memang patut pun manis.


kek lapis kukus biskut coklat. Saba guna biskut chipsmore. Keknya tak manis sangat & rasa pahit chipsmore.

Setelah beberapa kali buat kek lapis,kesimpulan yg aku dpt ialah kek ni tak boleh makan banyak2. kandungan manisan sangat tinggi - kaya, jem, horlicks, susu...wow!!! seram aku. and then, nak tau berapa banyak pewarna di guna ? banyak woo...kek yg saba buat tu ckit jer pewarnanya sbb tu tak cantik hasilnya. Kalo ikut sukatan yg betul, memang cantik tapi..... (Minta maaflah pada penggemar kek lapis, kalo makan tu ingat2 sikit...)
Terima kasih sudi baca.

Saturday, April 3, 2010

Kek Lapis Strawberri Pandan


Cikgu Ahsmir pengorder tetap kek hasil tanganku. Utk hari jadi kekawan, utk pelajar atau saja2 nak makan kek, dia mesti cari Sabar. Hai...untung sapa jadi kawan baik dia...dpt kek percuma. Cikgu Ashmir tak pernah tetapkan jenis kek asalkan jangan berkrim mcm di kedai. Kerana dialah Saba dah mencuba pelbagai jenis kek dan kemahiran pun meningkat. So, ini hasilnya kek lapis kukus strawberi pandan. Keknya sedap dan wangi.
Terima kasih sudi baca.

Kek Lapis Buah Kukus



Kek lapis memang sedap tetapi nak membuatnya memerlukan kesabaran dan ketenangan. Saba lebih suka membuat kek lapis kukus kerana sambil mengukus boleh buat kerja lain. Anak nak susu pun taklah terganggu. Kek lapis buah ni antara kek yang digemari oleh guru2 SMK Arshad. Lapis pertama ditabur dengan buah campur,ke-2 letak buah kurma cincang, ke-3 rasberry kering, ke-4 ceri cincang, ke-5 dan seterusnya ulang balik. Tak da ketetapan nak letak buah apa pun, tapi syaratnya mesti buah2an kering (ikut stok brgn didapur- jgn letak cili sudahlah). Setiap lapis dikukus lebih kurang 10 minit - keseluruhannya lebih drp 1 1/2 jam.
Terima kasih sudi baca.