Yg di bawah ni red velvet cupcakes 50 biji ditempah oleh Cikgu Gayah.
Showing posts with label Cup Cakes. Show all posts
Showing posts with label Cup Cakes. Show all posts
Sunday, May 19, 2013
cupcake coklat moist & red velvet
kek coklat moist dengan topping coklat fudge.
Yg di bawah ni red velvet cupcakes 50 biji ditempah oleh Cikgu Gayah.
Terima kasih sudi baca.
Yg di bawah ni red velvet cupcakes 50 biji ditempah oleh Cikgu Gayah.
Friday, August 12, 2011
butter cupcakes
vanilla butter cupcakes ni utk kak faridah sempena hari jadi anak dia.
Lupa la pulak sapa yg oder ni...
Resepi yg pernah Saba cuba:
resepi 1
200gm butter
200gm gula castor
1 sudu besar ovelette
4 biji telur
1 1/2 sudu teh baking powder ]
270 gm tepung superfine ] ayak
3 sudu besar susu pekat ]
3 sudu besar susu cair ] bancuh
cara-caranya:
1. putar 3 bahan pertama hingga gebu.
2. masukkan telur satu persatu.
3. masukkan tepung.
4. masukkan bancuhan susu.
5. masukkan dlmcupcakes. Nak senang gunakan skoop aiskrim yg kecil. utk casing saiz M - 1 skoop penuh.
6. Bakar di rak tengah, gunakan api atas bawah. suhu 175c (ikut oven la..) lebih kurang 15-20 minit.
resepi 2
250 butter
5 biji telur gred B
200 gm gula castor
210gm tepung naik sendiri
1 sudu teh esen vanilla.
cara-caranya sama mcm resepi 1.
Sunday, August 22, 2010
red velvet cupcakes
taraaa.... inilah red velvet cupcakes. Ni kali ke2 buat. First time buat, keknya kurang gebu. Saba tak puas hati, then study beberapa resepi termasuklah resepi omputeh. Dah puas study, akhirnya aku try 1 resepi aku lupa resepi sapa...hasilnya memang marbeles. So, kalo ada yg nak cupcakes apa2 aje, aku sediakan kek ni atau kek coklat. harganya mahal sikit sbb bahannya lebih sikit drp cupcakes butter.
2nd oder from Nora. Tambah lg le pelanggan tetap aku....hopefully berterusan.. bila nampak je kek ni "cantiknyaaaaaaaaaa..." itu yg terungkap di bibirnya. Nora ni memng peminat kek. Dia suka sgt kek coklat katanya "padat & yummy".
Cikgu Nabila nak pindah. Apa lagi oder ngan mak, nak bagi cupcakes. Demi anak tercinta, dalam sibuk2, aku gagahkan jugak buat cupcakes ni. Ada lukisan kartun sikit2. kira oklah tu...
Sunday, June 27, 2010
luv cupcakes
Oder dari Nora, sedara ustz Rohaidah. Dia mkn cuppies kawin ari tu, dia kata sedap sangat & nak oder. Byk dia oder utk parti dgn kekawan. 60 biji cuppies dgn 3 perisa : bluberry cheese cake, peanut butter fudge & butter susu. Tunggu fback dr dia.....
Dlm smsnya "suka sangat kak.Belemak...sedap.semlm saya makan 20 biji".
Hasil kerja aku tak la lawa sangat tapi kalo org kata sedap sangat tu maksudnya memang sedaplah (atau diaorg ni nak puji aku je ????)
Friday, June 4, 2010
wedding cuppies
Tempahan paling banyak sepanjang bulan Mei ni. Itu pun ada yg terpaksaku tolak. Cuppies ni order ustzh Rohaidah utk anak buah dia. Dlm smsnya dia kata suami ckp sedap sangat and cantik betul. First time buat bunga ros gunakan royal icing dan hasilnya memuaskan, senang diletak dan keras, tak bimbang rosak. Wording tu saba tulis atas coklat. Ime kasey lah ustzh. Boleh tlg promo ni...
Friday, March 5, 2010
Blue cuppies
Ni order dari Eva utk majlis tunangnya. Tanx Eva sbb beri kepercayaan pd kak Saba. Harap semua tetamu puashati.Saba gunakan butter cream susu. Rasanya lemak manis. Lecehnya, ia very soft. So, kena jaga betul-betul jgn sampai tersentuh. Susah nak betulkan. Letak sikit bunga gum paste biru.
Saturday, January 16, 2010
1st cuppies pertunangan - torquish colour
Linda's order untuk adiknya. Pertama kali buat utk hantaran. Banyak survey resepi, harga, bahan-bahan dll. Tengok internet, beli buku, belek majalah. Ambik masa 2-3 bulan juga. Saba ni bila buat sesuatu mesti bersungguh-sungguh. Sooo... 2-3 kali percubaan. Anak-anak jadi QC.
Inilah hasilnya...
Susah juga nak kenal warna ni....
Ni kira hampir warna temalah..
Linda pula, banyak juga requestnya. Nak 2 perasa, coklat & vanilla.
Cuppies Pertunangan
Kak Dayang oder lagi .... Tanx kak. Senang bisnes dgn kakak ni..
16 biji cuppies. Last minute oder juga. Stok yg ada cuma buttercream. So, buat coklat cupcakes dgn deko buttercream. Sprinkles sikit dgn gula manik.
Tema hantaran... gold colour.
Corak hiasan ni Saba tiru cikit-cikit dr internet. Sorrylah pd empunya deko asal. mintak maaf ciplak idea...
Susah juga nak main dgn warna ni. 3 kali percubaan baru dpt warna yg ok. Syahmi jadi supervisor warna.
nak cari reben pun satu hal juga. Musim hujan pulak tu... Gi kedai time peak hour.. leceh betul.
Alahai kak Dayang, nilah masalahnya oder saat-saat akhir. Terburu-buru kesana-sini dapatkan bahan yg diperlukan.
Mujur bahan-bahan utama masih ada dlm simpanan. Soufle cup, kotak, creamwell semua tu tak ada di KB cuma ada di KK. Selamat.....
Kira berbaloilah dgn harga yg Saba berikan.
Birthday Cupcakes
Order dari Kak Dayang lagi.... 50 biji cupcakes utk besday anak sulungnya WAwa. Buat mlm Jumaat.
Paginya bila Khayrin tengok, "umi, 14 tahun lah bukan 13...".
La... nasib baik anak perasan. Wawa ni rakan sekelas Khayrin.
Mcm mana boleh silap ya...
K Dayang ni suka oder last minute. Mujur semua bahan ada.
Tapi yang senangnya dgn dia ni tak banyak cerewet. Bila d tanya pasal warna dan hiasan, senang je jawabnya "Pandai-pandai kaulah Saba. Aku tau kau boleh...."
Siap dgn 4 batang lilin ...
Subscribe to:
Posts (Atom)