Showing posts with label RESEPI KEGEMARANKU. Show all posts
Showing posts with label RESEPI KEGEMARANKU. Show all posts

Sunday, October 28, 2012

Acar buah

Raya Aidiladha semalam, masak nasi baryani lengkap dengan acar buah. Sepupu suami, cikgu Asbi dan kawan Saba, Nani (& suaminya juga) suka sgt dgn acar buah tu...mintak resepi lagi.  Saba buat acar sebelum ni tak letak kerisik. Saba dpt idea drp myresepi (resepi kak Fida). Resepi kak Fida very simple. Saba ambik idea kerisik dan gabungkan dengan cara yg saba selalu buat. Saba buat tak de sukat2, since nani nak resepi, recall balik lah apa dan berapa byk bahan digunakan. Bahan di bawah ni anggaran je... ejas2 mana yg patut..

Bahan-bahan:
400 gm jeruk buah-buahan (snek asam2 yg byk jual kat kedai2 tu...)
              jeruk halia, buah pala, buah prun dll.  jumlahkan beratnya dlm 400gm
150 gm jeruk kulit limau - yg ni Saba memang buat sendiri. Spesel utk buat acar
7 ulas bawang merah dihiris
5 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris macam batang mancis
10 ulas bawang merah (kecil2 je) buang kulit, biarkan bulat
6 ulas bawang putih (kecil2 gak) buang kulit je
1 sudu besar ketumbar       }
1/2 sudu besar jintan kasar } sangan & kisar kering
1/2 sudu besar jintan halus }
2 sudu besar pes cili kering jenis pedas (kisar sendiri la.. x sedap guna pes beli)
1/2 sudu besar pes asam jawa - larutkan dengan 1 cwn air
4 sudu besar kerisik
3 sudu besar gula pasir (kalau tak manis tambah lagi)
garam
1 1/2 - 2 cwn minyak.(agak2lah, kalo minyak sikit, tak menjadi)

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan2 yg dihiris hingga agak garing.
2. masukkan pes cili. tumis lagi.
3. Masukkan rempah kisar. kacau selalu.
4. masukkan air asam jawa, garam gula.
5. Bila dah mesra, masukkan bebawang bulat2 tu..
6. nampak bwg dah layu sikit, masukkan segala macam jeruk buah-buahan.
7. Masukkan kerisik.
8. masak dengan api kecil hingga pekat.
9. Rasalah kesedapannya - manis2 pedas.
10. Siap.

Tips:
1. Jika terlalu kering, tambah air panas semasa memasak.
3. Kulit limau adalah penyedap acar buah. Kalau tak pandai buat, beli je  asam kulit limau..
4. Jangan gunakan jeruk yg ada serbuk putih2, menjejaskan rasa kuah.
5. Asam jawa boleh gantikan dengan cuka. Saba memang tak pakai cuka putih d rumah.
6. Kalau ada jeruk lobak asin, lagi sedap. Saba terlupa nak beli ari tu...





Terima kasih sudi baca.

Friday, August 12, 2011

butter cupcakes


vanilla butter cupcakes ni utk kak faridah sempena hari jadi anak dia.


Lupa la pulak sapa yg oder ni...

Resepi yg pernah Saba cuba:
resepi 1

200gm butter
200gm gula castor
1 sudu besar ovelette

4 biji telur

1 1/2 sudu teh baking powder ]
270 gm tepung superfine ] ayak

3 sudu besar susu pekat ]
3 sudu besar susu cair ] bancuh

cara-caranya:
1. putar 3 bahan pertama hingga gebu.
2. masukkan telur satu persatu.
3. masukkan tepung.
4. masukkan bancuhan susu.
5. masukkan dlmcupcakes. Nak senang gunakan skoop aiskrim yg kecil. utk casing saiz M - 1 skoop penuh.
6. Bakar di rak tengah, gunakan api atas bawah. suhu 175c (ikut oven la..) lebih kurang 15-20 minit.


resepi 2

250 butter
5 biji telur gred B
200 gm gula castor
210gm tepung naik sendiri
1 sudu teh esen vanilla.

cara-caranya sama mcm resepi 1.
Terima kasih sudi baca.

Saturday, November 6, 2010

resepi kek coklat

Resepi kek coklat yg biasa saba buat. Ni kira resepi sendirilah yg dah adjust drp beberapa resepi, yg memang customer suka.

200 gm butter/majerin = 1 cwn
250 gm gula castor = 1 1/4 cwn
200 gm tepung gandum = 2 cwn
55 gm serbuk koko = 1/2 - 3/4 cwn
165 ml air = 7/8 cwn air (kira hampir penuh la)
4 biji telur gred B
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder

Teknik yg biasa saba guna:
1. Asingkn putih & kuning telur.
2. Ayak tpg gandum, soda, baking powder.
3. Panaskan oven 200 dgree, 10 minit.
4. Alas loyang bulat 9 in @ loyang 4 segi 8 in dgn krts minyak, sapu keliling dgn butter.
5. Putar putih telur dgn sedikit gula kastor hingga kembang, terbalik tak tumpah.
6. Putar butter dgn gula kastor hingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur satu persatu. setiap kali masuk putar 1 minit.
7. Masukkan putih telur dlm adunan butter selang seli dgn tepung gandum & air.
8. Proses 5,6, 7 tidak melebihi 10 minit.
9. masukkan adunan dlm loyang. Hentak 1 x loyang tu.
10. Putar suhu oven 45 minit, suhu 175 dgree.. Bakar guna api bawah 25 minit, lepas tu baru atas bawah utk 20 mnit berikutnya.
11. dah masak, keluarkan dr oven. Biar sejuk. Kek akan lebih lembab keesokan harinya. So, kena buat 1 hari sblm nak makan, baru sedap.
Tps; air boleh ganti dgn susu segar/susu cair.
Saba guna sukatan metrik sbb lebih tepat.
Berat kek ni 1kg sblm ltk topping.
Komen kastemer - keknya moist, lembab & rasa coklatnya ngam (tak pahit).
Nak jadikan cupcakes pun boleh. Bakar guna api atas bawah 15-20 minit.
Terima kasih sudi baca.

Saturday, May 29, 2010

RESEPI CUPCAKES

For Vna request. Sorry lah lambat reply. Ni beberapa resepi yg biasa Saba gunakan:

Chocolate cupcakes

Bahan2:
A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat -ayak semua ni

B
4 biji telur
2 cwn gula halus

C
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak jagung

D
1 1/2 cwn air panas

Cara-caranya:
1. Pukul B high speed.
2. Masukkan C - putar dgn low speed
3. Masukkan A. Kacau rata
4. Last sekali masukkan D. Adunan ni cair but don't be khuatir.
5. Masukkan dlm acuan 1/2 penuh @ 3/4.
6. Bakar lebih kurang 15 minit dgn suhu 175C.


Vanilla Cupcakes
bahan-bahan:
1 1/2 cwn selfraising flour
1 1/4 cwn tepung all purpose/gandum/ superfine
1 cwn butter
2 cwn gula
4 biji telur
1 cwn susu segar
1 sudu teh serbuk vanilla (jgn guna jenis cecair :ada campuran alkohol)

cara-caranya:
1. Buat mcm mengadun kek biasa.
2. Masukkan dlm acuan 1/2 penuh.

Utk first time buat, bakar sikit dulu. try test & tengok banyak mana nak isi dlm acuan. Saba selalu masukkan 1/2 penuh je. kalau 3/4 terlalu penuh naiknya & kena trim bagi kemas sebelum sapu cream....wasting time & cakes.


Butter Cream:
200 gm creamwell
100 gm butter
90 gm gula icing (diayak)
3 sudu besar susu pekat

Pukul creamwell& butter hingga kembang. Masukkan gula icing & susu.
Putar dgn kelajuan sederhana lebih kurang 10 minit hingga gebu.
Tambah perisa kegemaran.
Bubuh pewarna. kacau rata.
Hias pada kek.
Terima kasih sudi baca.