Showing posts with label pizza. Show all posts
Showing posts with label pizza. Show all posts

Monday, November 16, 2009

Pizza Sate




Pizza lagi. 5hb Nov adalah 14th aniversary kami. Saba masih cuti jaga Nabila. Sediakan special sikit hari ni. Pizza sate & pizza tuna, kek agar2 buah pic (resepi sendiri), bluberi swissroll. Kami menyambutnya dlm cahaya suram ... black outlah. Lupa pulak nak ambil gambar kek. Next timelah. Kali ni cuba teknik minah salleh pulak.

Doh pizza:
3 cawan tepung high protein/tepung roti
1 sdt garam
3 sdb gula
1/2 sudu besar yis (1/2 peket)
1 sdt bread improver (optional)
1 cwn air suam
1 sdb minyak zaiton

Kaedah Ulian tangan:
1. Campur gula, yis dan air suam dlm mangkuk. Biarkan 10 minit. pastikan ada buih.
2. Gaul tepung, bread improver dan garam dlm mangkuk. Buat lubang di tengah. Masukkan bancuhan yis tadi. Uli hingga jadi doh kasar. Tambah minyak zaiton.
3. Uli dan uli dan uli lagi hingga tak melekat ditangan. Lebih kurang 15 - 20 minit. Biarkan doh naik 2x ganda (40 minit).[Gi siapkan sate pulak]
4. Tumbuk doh. Masukkan dlm bekas yg telah disapu minyak. Tutup dan simpan dlm peti ais semalaman. Saba buat siang hari tak sempatlah nak tunggu malam, simpan 4 jam dlm peti ais. Tak sangka ia naik 3x ganda.
5. Keluarkan dari peti ais dan biarkan sejam. Sediakan 2 loyang saiz 9 inci. Doh dibahagi 2. Canai leper dan besar sikit dari saiz loyang. Potong kecil dan memanjang sedikit keju mozarella, letakkan 1/2 in dari keliling hujung doh. Lepas tu, tutup keju tu dgn hujung doh, tekan2 bagi padat . Jadilah stuff crust pizza. ala... yg ada keju didalam kulit tu. cucuk2 dgn garpu. renjis2 minyak zaiton. Biarkan sementara tunggu oven panas.
6. panaskan oven 200c selama 10 minit.
7. Bakar doh selama 5 minit suhu 190c.
8. Keluarkan, sapu sos dan tabur topping.

Kali ni nak buat simple sikit. tak nak banyak sangat taburan.

9.Sapu sos tomato + sos cili.
10. Tabur sedikit mozarella parut.
11. Letak sate ayam. (sekeping lagi tukar dgn tuna spread)
12. tabur cendawan hiris (celur dulu)
13. tabur cili benggala yg dipotong dadu.
14. tabur potongan2 kecil nenas.
15. Letak mayonis.
16. tabur slice cheese yg dah dipotong2.
17. Last sekali tabur mozarella parut.
18. Bakar 15 minit dgn suhu 190c.

Satenya:
1. 1 keping dada ayam. Potong kecil2.
2. 3 sudu besar gula perang. 1 sdt garam, sedikit kicap manis.madu
3. Kisarkan sebatang serai, 4 bj bawang merah, 2 ulas bwg putih, 2 sudu teh ketumbar, 1/2 sdt jintan manis, 1/2sdt jintan putih, 1 inc halia.
4. Gaulkan semua bahan. perap 2 jam.
5. Panaskan sedikit minyak dlm kuali. masukkan sate, kacau hingga kering.
Saba guna pemanggang bulat yg letak atas dapur gas tu. Letak aluminium foil dan letak sate, renjis2 minyak, balikkan dgn sudip hingga garing. Ada ke org guna teknik mcm ni. Rasanya tak de lagi kat dunia ni. Ha...ha...ha... tak kuasa nak cucuk setakat nak tabur di pizza.
Terima kasih sudi baca.

Sunday, November 1, 2009

YUMMY PIZZA




Pizza lah pulak. Dari semalam asyik menguli tepung je. Syiok juga walaupun penat. Proses buat doh hinggalah pizza siap mengambil masa 4 jam. Lama tu... Itupun guna mixer sebab nak jimat tenaga. Banyak lagi urusan dlm rumah nak diselesaikan. Kali ni saba pinjam resepi CMG. Layan....

Bahan Doh:
500gm tepung high protein (kedai Gmart ada;tepung roti)
1 peket yis = 11gm
1 sdb gula halus
1 sdt garam
4 sdb mentega - (Saba guna 1 1/2sdb shortening + 1 1/2sdb minyak zaiton)
1 sdt bread softner/magic soft (tak da pun tak apa)
1 sdt bread improver (kedai Gmart ada)
250ml air = 1 1/4 cwn air suam

Cara-caranya:
1. Macam biasa bancuh yis, 1/2 air suam dan gula. Biar hingga berbuih. Saba suka cara ni sebab pasti doh boleh naik. Kalau bancuhan ni tak berbuih, memang x boleh pakai.
2. Gaul tepung, garam, bread improver, bread softner. Ramas softner tu dgn tepung. Buat lubang ditengah adunan. Masukkan bancuhan yis. Putar mesin dgn kadar low speed selama 3 minit sambil masuk baki air sikit-sikit.
3. masukkan shortening & myk zaiton. Putar lagi low speed 2 minit. Lepas tu putar dgn medium speed 10 minit.Tujuan shortening/majerin/butter dimasukkan akhir adalah utk menjadikan kulit pizza rangup diluar, lembut didalam.
Perhatian: Minit ke7-8, mesin tu boleh jalan sendiri (Mixer Saba kecil je, mungkin sbb tu dia boleh bergerak sikit). jangan tinggal, kasi pegang sama dia.Lepas tu, oklah dia.
4. Kalau guna tangan, buat ikut urutan di atas tapi kena uli lama sikit, paling kurang 20 minit. Mcm cuci kain guna tangan. Tolak kedepan guna tapak tangan. Jgn buat dlm besen. Penat. Buat di dulang / papan pencanai.
5. Masuk doh dlm besen dlm keadaan bulat. Tutup dgn tuala lembab/dulang/plastik. Rehatkan 45 minit.
6. Tumbuk doh guna penumbuk tangan sendiri; takkan pakai lesung kot. Uli sekejap.
7. Bahagi 2. Bahagian yg pertama bahagi lagi 2. Setiap satu 200gm. Tabur tepung atas papan pencanai, letak 1 doh, gelek setiap satu. masukkan dlm loyang 9 inci yg telah disapu minyak.Saba suka kulit yg nipis, taklah rasa mcm makan roti.
8. bahagian yg kedua tu, bahagi 8. Setiap satu 50gm (lebih kuranglah). Buat mcm tadi. canai nipis jadilah pizza mini.
9. Dah siap, tutup dgn plastik, rehat lagi 20 - 30 minit. Panaskan oven 200C selama 10minit. Cucuk-cucuk doh dengan garpu spy tak gelembung bila dibakar.
10. 2 keping pizza yg besar tu, Saba guna teknik yg berbeza. Utk pizza ayam, mula-mula bakar doh selama 5 minit pd suhu 180C. Keluarkan. Sejukkan sekejap.
Teknik topping:
Sapu sos, tabur mozarela,letak inti ayam (ni baki minggu lepas),
tabur sayur campur, baby corn, hirisan tomato, filet ketam,nenas,sedikit oregano
last sekali tabur mozarella (nak sedap tabur banyak jadi bertali bila dimakan).
Bakar 15 minit suhu 190C.
11. Kepingan ke2 pulak tak dibakar, terus je sapu sos, letak tuna spread & lain-lain bahan. Bakar 20 minit, suhu 190C.
12. Utk mini pizza, buat mcm step 11, kali ni letak sosej yg dibelah 2 & tabur2 baki bahan2 yg ada. Sosej dan sayur2 mentah tu dicelur dulu.

Hasilnya (ewah! mcm buat RPH pulak. Cikgulah katakan...)
1. Pizza ayam tu lebih sedap kulitnya berbanding pizza tuna. Doh yg dibakar dahulu, lebih garing dan rangup diluar, lembut didalam.K'rin & Syahmi x nak makan tuna sekarang ni selepas baca bahaya makan sardin. So, stok yg ada abah & umi kena kasi habislah.Beela dan Hilmi x minat mkn pizza, cuma ambil nenasnya aje.
2. Doh yg dibakar menggunakan loyang hitam lebih cepat masak, garing dan cantik keperangannya. Nampaknya memang kena beli pizza pan ni.
3. Buat pizza kena sabar, sbb banyak kali rehatkan doh barulah hasilnya memuaskan.
4. 2 kpg yg besar tu better letak dlm loyang 8 in. tebal siikit...
Tips saiz loyang : 9 inci - 3 keping pizza
11 @ 12 inci - 2 keping pizza

Lupa lak bahan sosnya. Macam ni...

3 ulas bawang putih dicincang
1 sd besar sos tiram
6 sudu besar sos cili
9 sudu besar sos tomato.

1. Tumis bwg putih dgn minyak zaiton, masukkan lain2 bahan. Siap utk disapu.
2. Nak lagi senang & jimat masa, campur sos tomato dgn sos cili dlm mangkuk dan sapu pada doh.

Bahan tabur yang sesuai:
200gm keju mozarella -di parut
nenas bulat dlm tin - potong kecil2
filet ketam
cendawan butang dlm tin - hiris dan celur sekejap
tuna spread
capsicum
tomato dihiris
pucuk jagung - celur sekejap
sosej - celur

Inti ayam :(banyak ni)
1 labu bwg besar didadu
3 keping dada ayam (isi sahaja)- dicincang/dikisar kasar/didadu
3 ulas bwg putih - tumbuk
Cendawan dlm tin dihiris nipis
secawan sos tomato
2 sudu besar gula pasir
sedikit garam
1 sdt daun parsley
1 sdt oregano
Minyak zaiton utk menumis

Tumiskan bawang mcm biasa. Masuk semua bahan. masak hingga agak kering. Pastikan rasanya agak manis sikit.

Saba gunakan minyak zaiton sebab ia baik utk kesihatan. Lagi pun ia kasi balance dgn berapa banyak keju yg masuk perut. makan tu tak de masalah, tapi sendiri mau ingat, apa yg kita makan, itulah yang kita dapat dan itulah diri kita :-)
Terima kasih sudi baca.