Showing posts with label Cartoon Cake. Show all posts
Showing posts with label Cartoon Cake. Show all posts
Thursday, June 13, 2013
kek coklat oreo dengan krim cheese, hello kitty
Selepas jamuan hari Guru, ramai kekawan yg order kek oreo ni... alhamdulillah. Yg ni versi krim keju di pesan oleh cikgu Maswati. nampak besar sebab 2 1/2 adunan. Siap dengan gambar hello kitty.
Terima kasih sudi baca.
Sunday, May 19, 2013
kek ultraman dan angry bird biru
Order dr cikgu Rohana. Kek span fruit cocktail fresh cream. Saba gunakan piping gel utk lukis muka ultraman.
Lupa pulak sapa tempah kek ni. Angry bird biru. dalamnya kek coklat salut dengan fresh cream.
Terima kasih sudi baca.
Lupa pulak sapa tempah kek ni. Angry bird biru. dalamnya kek coklat salut dengan fresh cream.
Thursday, September 20, 2012
kek pelangi / rainbow dora the explorer
Oder dr cikgu Maslinah.
Terima kasih sudi baca.
Kek Pelangi 1 1/2 adunan dengan whip cream. Bila dah letak kartun Dora tu, berat bersih dah jadi 2.2kg. Saba caj ikut adunan + caj lukis (bukan ikut berat kek).
Saba mintak maslinah cari sendiri gambar yg dia nak dan sent. Jimat masa Saba drp nak mencari, memilih, mengoggle.... masa yg ada tu sgt penting utk buat kek2 yg lain.
Utk 1 1/2 adunan ni, Saba guna loyang 9 in. Nampak tinggilah jugak kek ni.
Alhamdulillah, Maslinah sms " sedap dan cantik kek akak.." Hehehe.... bolehlah....
Monday, June 18, 2012
kek upin ipin & kek hari bapa
Dalam kesibukan tugas di sekolah sempat juga menyiapkan 2 bj kek tempahan kak Ton yg diambil pd hari berlainan.
Kek sempena hari Bapa. Bluberi coklat kek.
Kek Upin Ipin menggunakan buttercream transfer dengan kek yam mousse yg disalut dgn whipped cream.
Saba gunakan kek span dipotong 3. setiap lapis diselang dengan yam mousse. resepinya seperti di bawah.
adapted from Richard Goh
Ingredients for Yam Mousse Filling
300g yam (weigh after peeling) +
few pieces of pandan leaves
50g sugar
2 egg yolks
150g coconut milk
Few drops of violet food colouring (optional)
100g fresh cream, whipped till stiff (I
whipped 250g and use the remaining for decoration)
200g dairy cream (cold) + 20g fine sugar
1 tsp gelatin powder + 2 tbsp water (melt
and set aside)
Method:
1) Cut the yam into thin slices and
steam till soft with a few pieces of pandan leaves.
2) Discard the pandan leaves and mash
the yam while it is hot. Stir in sugar, egg yolks and coconut milk.
3) Cook the yam mixture in a
non-stick pan over low heat till thick. Set the yam paste aside
to cool.
4) Place a mixing bowl in the freezer
for 5 minutes. Get ready some ice cubes or ice water. Pour the
dairy cream and sugar in the cold mixing bowl (placed the bowl over a bigger
bowl filled with ice cubes/water) and whisk the cream till soft peak.
Pour in the cool gelatin mixture and continue to whisk till stiff.
Do not over-whisk or the cream will curdle. Keep the diary whipped
cream in fridge.
5) Mix 100g of fresh whipped cream
and food colouring into the cooled yam paste. Mix well.
6) Gently fold in the dairy whipped
cream.
7) Assemble the cake with the yam
mousse filling
Saba hanya gunakan 300gm whipped cream utk campuran dalam mousse. putar lg 100gm utk salut kek dan hiasan. Oh ya, Saba tak gunakan gelatin sebaliknya gantikan dengan 10gm serbuk agar-agar. Actually saba tak tau mcmana nak kaedah yg betul masak agar-agar tu. sbb bila ikut step di atas, agar2 + air ia jadi kental tak cair mcm gelatin. apa lg try & error je lah. campurkan bancuhan agar2 tu dlm periuk berisi keladi dan kacau hingga pekat ( tak letak kuning telur ).sejukkan. campur dgn 300gm whipped cream yg dah dipukul kembang. Nampaknya jadi jugalah... resepi atas tu utk 1kg kek. Saba doublekan sukatan utk 2kg kek (actually jd 2.8kg berat total + gambor upin ipin).
Monday, May 21, 2012
kek coklat lapis keju ben10
Kali pertama melukis Ben10. Sebenarnya cgu Juditah mintak edible imej ben10. Cari punya cari, punya jelajah bakery supplier di KK, tak dak stok da... mostly dah tinggal gambor kartun tak popular. Apalah kedai kek ni, kalau dah nak abis, cepat2 lah oder lagi...
Ada 2 pilihan, nak guna piping jel atau buttercream transfer. Aku nak try buttercream transfer. Suspen juga sbb memang tak pandai melukis. Dan akhirnya..... "pandailah umi lukis..." kata anakku Nabila. Hehehe.... boleh la....
Dalamnya kek coklat moist lapis keju, gunakan resepi kek coklat Zaima (tapi saba edit bahan2 & sukatan). Topping menggunakan buttercream.
Cara Saba gunakan Kaedah buttercream transfer
Bahan2 diperlukan
Gambar ben10 terbalik
cooking cklt cair
buttercream putih, hijau gelap, hijau kelabu, hijau muda, sedikit kuning
beberapa keping piping beg gunting sikit hujungnya
1. Print gambar ikut saiz yang dikehendaki. Guna arahan mirror printing. So, gambar tu terbalik dari yang asal. Saba print 2 sbb 1 buat base, 1 lg utk rujukan semasa melukis.
2. Letak gambar tadi atas sekeping kaca/ papan kek/lapik loyang.
3. Letak baking sheet (kertas minyak utk alas loyang tu..) atas gambar tadi. Selotepkan kedua-duanya pada cermin/board tadi supaya tak bergerak bila nak lukis nanti.
4. Masukkan buttercream coklat/hitam (Saba gunakan cooking coklat cair + buttercream) dlm piping beg dan gunting sikit hujungnya. Paipkan untuk rangka gambar- semua line termasuk yg halus-halus pada jam tangan - part paling mencabar kesabaranku.. Gambar tu pun gelap, bila tracing bukannya nampak line2 halus tu. masa ni gunakan gambar 1 lg sebagi panduan. Zaman sekolah dulu guna tracing paper nak lukis peta, mcm tulah nak buat ni...
5. Paipkan buttercream ikut warna dalam gambar.paipkan pelan2 dan rata hingga sentuh line coklat tadi. Buatlah untuk semua bahagian hingga selesai. utk warna hitam saba gunakan je buttercream cookign cklt tadi.
5. langkah seterusnya, paipkan buttercream putih atas semua lakaran tadi. rata2. Dah tak nampak warna lain, putih je.
6. Masukkan dalam freezer hingga beku.
7. Sementara tu, sapu buttercream pada kek. Kemaskan hingga licin atasnya (gunakan pisau celup dlm air panas, lap dan buat gerakan perlahan atas cream sekali lalu, jgn tarik ke kiri kanan). Yang tepi saba sapu nipis je sbb nak letak buttercream jalur2.
8. Keluarkan krim ben10 tadi, Sebelum tu pastikan betul2 mana nak letak gambar tu, tak boleh nak alih2 lg.Perlahan2 terbalikkan atas kek. Buang baking sheet tadi. .Taraaaa....nampaklah rupa ben10 tu...
9. Paipkan warna digemari untuk frame ben10. saba gunakan warna biru.
Itulah hasilnya, belajar dari tnet (maleh nak kuar modal gi belajar dgn org). Aku tak percaya aku boleh buat....
Sunday, May 13, 2012
kek angry bird
Kek moist chocolate cheese ditempah oleh cgu Muni untuk anaknya. kek coklat kukus dua lapis, tengah-tengahnya ada cheese. . Saba gunakan whip cream untuk dekorasi .Musim angry bird. pembuat kek pun kena peka trend semasa.
Kek angry bird lagi. Yg ni kek bluberry (2 lapis). Cgu Rohana mintak angry bird ada reben. kalau reben tu tinggi sikit lagi cantik ... hiasan guna whip cream & coklat cair utk mata dan border.
Saturday, October 22, 2011
Kek minnie mouse
Percubaan pertama buat kek bentuk kartun minnie mouse. Kira ok lah.... cacat sikit tang reben tu.
Saba bakar 3 bj kek. 2 bj saiz 6 in (satu adunan kek span) dan 1 adunan 9 in. Untuk telinga saba lepa dgn fresh krim warna hitam (jenama chefmaster), tapi tak cukup hitam mcm kelabu sikit. Nak bg lagi happening, ambik biskut sewaktu dgn oreo, buang krim, kisar halus, tabur ckit kat setiap lapis & salutkan kat telinga dia.
lakaran kat muka, syahmi yg buat (dia ni memang terror melukis), harapkan tangan ni.... muka senyum jadi sedih nanti.... saba cuma hias dgn whip cream.
Ptg semalam dpt sms dr hasnah. panjang msg nya. licin selicin2nya tinggal pisau & papan katanya. besday girl pun tak dpt mkn 2 kali, kesiannya....
Terima kasih sudi baca.
Saba bakar 3 bj kek. 2 bj saiz 6 in (satu adunan kek span) dan 1 adunan 9 in. Untuk telinga saba lepa dgn fresh krim warna hitam (jenama chefmaster), tapi tak cukup hitam mcm kelabu sikit. Nak bg lagi happening, ambik biskut sewaktu dgn oreo, buang krim, kisar halus, tabur ckit kat setiap lapis & salutkan kat telinga dia.
lakaran kat muka, syahmi yg buat (dia ni memang terror melukis), harapkan tangan ni.... muka senyum jadi sedih nanti.... saba cuma hias dgn whip cream.
Ptg semalam dpt sms dr hasnah. panjang msg nya. licin selicin2nya tinggal pisau & papan katanya. besday girl pun tak dpt mkn 2 kali, kesiannya....
Sunday, June 20, 2010
cartoon cake
Test buat steam buttercream and cartoon artwork menggunakan piping gel. Ni kek alakadar so tak lah cantik sangat finishing touch kali ni. Menggunakan teknik steam buttercream memang senang tapi rasa creamnya ada lari sikit dari yg biasa. Bagi saba lagi sedap buttercream biasa aje walaupun susah nak melepa.
Seterusnya buat gambar cartoon. malas nak cairkan cooking coklat, so jln mudahnya gunakan buttercream coklat utk line kartun arnab. simpan dlm freeze sekejap. terbalikkan atas kek dan kemudian kerja-kerja melukis menggunakan piping gel. Akhir sekali letak rumput2 & bunga2 yg ada dlm stok (baki buat kek pengantin tempohari).
Nampaknya seronok jugak lukis kartun pada kek ni..aku akan cuba lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)

