Showing posts with label Pudding layer cake. Show all posts
Showing posts with label Pudding layer cake. Show all posts

Sunday, May 13, 2012

kek keladi lagi

Masih lg dengan kek sempena Hari Ibu. Versi tulisan jawi.

Terima kasih sudi baca.

Friday, June 10, 2011

Kek keladi aka yam layer cake


Lamanya tak update blog. Dah bersawang namapaknya. Tak de masa nak bersihkan.
Sibuk kerja d sekolah, buat kek, buat blosom, jahit baju... Badan pun dah kurus sikit, hehehe....

Kali ni Saba buat kek yam lagi. Banyak & mcm2 resepi dlm blog org ttg kek ni. ada letak gelatin, agar2, tepung hon kwee, banyak tpg jagung, fresh cream dll. So, kali ni decide nak lihat perbezaan gunakan lebih tepung jagung berbanding resepi saba sebelum ni.

Bahan2 Pudding (gunakan stok apa yg ada kat dapur):
Bahan A
2 peket agar2 tali
1 peket (7 gm) agar2 serbuk warna merah
4 cwn air
(saba gunakan agar2 tali sbb kat KB ni kekadang agar2 serbuk tak de yg plain. kalau ada, guna 2 20 gm agar2 serbuk pun dah cukup, air 3 cwn je).

Bahan B
250- 300gm keladi rebus
200 gm santan pekat (pakai dlm kotak je)
1 cwn air
6 sudu besar tpg jagung
2 sudu besar tepung gandum

Bahan C
1 cwn gula pasir (utk yg tak suka manis mcm saya) boleh lebihkan ikut suka
perisa keladi
pewarna unggu

Bahan kek:
1 bj kek span saiz 9 in.
150gm whip cream - putar hingga kembang (5 minit)
ceri
bunga utk hiasan

Cara-caranya:
1. Masak bahan A hingga larut.
2. Blend bahan B hingga halus.
3. Masukkan bahan B dlm A. Kacau rata. Api jgn besar.
4. Masukkan C. Sentiasa kacau hingga pekat.
5. matikan api. Bahagi 3 bahagian.
6. ambil kek span dan potong 3.
7. letak 1 keping kek dlm loyang 9 in. Tuang 1 bhgn pudding. ratakan sampai ke celah tepi.
8. letak kepingan kek ke 2. tuang puding ke2.
9. letak kek ke 3. tuang puding ke3. Ratakan sampai ke celah2 tepi. hentakkan loyang.
10. masuk peti es utk 2-3 jam.
11. Oleh kerana loyang yg saba guna bukan loose base, caranya: letak plastik atas kek, tebalikkan kek atas papan kek. Pelan2 angkat loyang. Ambil 1 lg papan kek, tebalikkan sekali lg. alihkan plastik dan papan kek pertama tadi... kek sedia utk d hias.
Kesimpulanya:
a. Kek yg menggunakan lebih tepung dlm pudding, menjadikannya lebih kental berbanding sebelum ni.
b. Tak perlu tunggu lama utk menuang puding atas kek. Pudding tidak akan turun ke bawah kek walaupun masih panas.
c. Yg paling saba suka, ia lebih mudah dihias dgn whip cream sbb krim akan melekat dgn puding. kalo dulu pudingnya lebih agar2, susah sikit nak hias dgn krim.

Gambar kat atas tu simpleje hiasaannya. dah trade mark saba - 'simplecakes'. Harganya pun murah je...sesuaiiiii.......
Lepas ni kalo ada masa nak cuba pulak yam mousse cake. kastadnya dicampur dgn whip cream. mesti sedap....
Terima kasih sudi baca.

Thursday, October 21, 2010

yam pudding layer cake

Ni le ropanya bila kek keladi kena potong. Resepi pudingnya memang aku aku reka sendiri, pakai agar2 jenis tali lagi.. sebab tu namanya puding bukan kastad yg mcm org selalu buat. Rasanya dah tentu agak berbeza tapi setakat ni pelanggan aku suka sangat...


Cara aku buat puding (sapa nak cuba silakan tapi jgn lupa nama aku)

3 peket agar2 tali
6 cwn air
1 1/2 cwn gula pasir (ni utk org jaga kesihatan)
200 gm keladi direbus
200ml santan kotak
6 sudu besar tepung jagung
pewarna ungu

1. Masak agar2 + 6 cwn air.
2. Blend keladi dgn santan + 1 cwn air + tpg jagung
3. masukkan 2 dlm 1 . tambah gula.
4.Tambah pewarna + perisa keladi.
5. Dah masak, bahagi 3 biar suam.

Amik sebiji kek span 9 in bulat/4segi. Potong 3.
Letak 1 kpg pd acuan loose base. Masukkan dlm freezer 5 minit.
Tuang 1 bhgn puding atas kek,ratakan
(AMARAN: [paastikan puding suam, bukan masih panas)
Letak lg 1 kpg kek.biarkan sekejap (nak masuk peti es pun bole)
Tuang lg 1 bhgn puding. letak lapisan kek terakhir. Biar sekejap.
Tuang bhgn terakhir, goyang-goyangkan sikit loyang supaya rata.
Masukkan dlm peti es.
Aku tak suka letak kelapa kering, begitu juga customer aku....

Nampak mcm leceh sikit kerjanya kan.... ni sebenornya aku tak de stok agar2 segera.
Loyang tu masuk dlm freezer skjp tujuannya spy puding cepat beku

Ni resepi kastad yg biasa org guna
Bahan-bahan untuk kastad

1/2 kg keladi di kupas dan direbus (potong kecik2)
4-5 cawan @ 800gm santan
40gm tpg gandum
40 gm tpg jagung
1 cawan gula
2 helai daun pandan
4 biji kuning telur
sedikit garam dan pewarna ungu

ataupun yg ni :
# 1 kg keladi
# 1/2 cawan gula
# 3 biji telur (A)
# 120 gram santan pekat
# 300 ml air
# 1/4 cawan tepung gandum
# 20 gram tepung jagung
# 25 gram gelatin (bole tukar ngan agar2 serbuk)
# Beberapa titik pewarna ungu
# 1/2 sudu teh garam
# Kelapa kering sebagai hiasan

Pilihlah yg mana satu (tapi aku tak pernah cuba kastad pun)
Terima kasih sudi baca.

Friday, June 11, 2010

Yam Layer Cake


Order dari SMK Pekan II utk majlis potluck & perpisahan. Dah beberapa kali mereka oder kek keladi ni, suka sangat nampaknya. Setakat ni belum lg cuba kek jenis lain. Lagi pun kek ni muai, ramai dapat makan & tak berkrim. Sesuai sgt utk cikgu2 yg nak jaga badan. Hehehe.....
Terima kasih sudi baca.

Saturday, January 16, 2010

Oren pudding layer cake


Tahun ni ramai cikgu praktikal di Arshad. Dia org ni pun suka oder kek.
Mereka puashati dgn kek-kek Saba.
Tanx la adik-adik. Entah bila dapat jumpa lagi.

Ni kek oren dilapisi dgn puding oren 3 lapis.
Simple je dekonya.
Terima kasih sudi baca.

Monday, November 16, 2009

kek lapis keladi



Hari ni jamuan perdana di sekolah. Banyak kelas buat jamuan. Ada cikgu2 order kek dari Saba. Ada 3 tempahan pagi Isnin ni, 2 kek coklat dan 1 kek keladi. Minggu lepas dah buat juga utk pelajar 6 Atas. Ganjaran motivasi nak exam. Sedap la cikgu, tak cukup, nak lagi...

saje buat lambat packing pagi ni. Selalunya perhimpunan lambat mula. So, lambat sikit ke sekolah. Alkisahnya, sampai je pintu dah dikunci depan belakang. merahlah punch card kali ni. Lain kali apa2 hal mesti on time. Tengoklah hasil tanganku hari ni...
Terima kasih sudi baca.