Lamanya tak update blog. Dah bersawang namapaknya. Tak de masa nak bersihkan.
Sibuk kerja d sekolah, buat kek, buat blosom, jahit baju... Badan pun dah kurus sikit, hehehe....
Kali ni Saba buat kek yam lagi. Banyak & mcm2 resepi dlm blog org ttg kek ni. ada letak gelatin, agar2, tepung hon kwee, banyak tpg jagung, fresh cream dll. So, kali ni decide nak lihat perbezaan gunakan lebih tepung jagung berbanding resepi saba sebelum ni.
Bahan2 Pudding (gunakan stok apa yg ada kat dapur):
Bahan A
2 peket agar2 tali
1 peket (7 gm) agar2 serbuk warna merah
4 cwn air
(saba gunakan agar2 tali sbb kat KB ni kekadang agar2 serbuk tak de yg plain. kalau ada, guna
Bahan B
250- 300gm keladi rebus
200 gm santan pekat (pakai dlm kotak je)
1 cwn air
6 sudu besar tpg jagung
2 sudu besar tepung gandum
Bahan C
1 cwn gula pasir (utk yg tak suka manis mcm saya) boleh lebihkan ikut suka
perisa keladi
pewarna unggu
Bahan kek:
1 bj kek span saiz 9 in.
150gm whip cream - putar hingga kembang (5 minit)
ceri
bunga utk hiasan
Cara-caranya:
1. Masak bahan A hingga larut.
2. Blend bahan B hingga halus.
3. Masukkan bahan B dlm A. Kacau rata. Api jgn besar.
4. Masukkan C. Sentiasa kacau hingga pekat.
5. matikan api. Bahagi 3 bahagian.
6. ambil kek span dan potong 3.
7. letak 1 keping kek dlm loyang 9 in. Tuang 1 bhgn pudding. ratakan sampai ke celah tepi.
8. letak kepingan kek ke 2. tuang puding ke2.
9. letak kek ke 3. tuang puding ke3. Ratakan sampai ke celah2 tepi. hentakkan loyang.
10. masuk peti es utk 2-3 jam.
11. Oleh kerana loyang yg saba guna bukan loose base, caranya: letak plastik atas kek, tebalikkan kek atas papan kek. Pelan2 angkat loyang. Ambil 1 lg papan kek, tebalikkan sekali lg. alihkan plastik dan papan kek pertama tadi... kek sedia utk d hias.
Kesimpulanya:
a. Kek yg menggunakan lebih tepung dlm pudding, menjadikannya lebih kental berbanding sebelum ni.
b. Tak perlu tunggu lama utk menuang puding atas kek. Pudding tidak akan turun ke bawah kek walaupun masih panas.
c. Yg paling saba suka, ia lebih mudah dihias dgn whip cream sbb krim akan melekat dgn puding. kalo dulu pudingnya lebih agar2, susah sikit nak hias dgn krim.
Gambar kat atas tu simpleje hiasaannya. dah trade mark saba - 'simplecakes'. Harganya pun murah je...sesuaiiiii.......
Lepas ni kalo ada masa nak cuba pulak yam mousse cake. kastadnya dicampur dgn whip cream. mesti sedap....
No comments:
Post a Comment