Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Showing posts with label kuih muih. Show all posts

Sunday, October 21, 2012

kuih kole kacang


Kalau balik Johor mesti cari kuih ni, maknanya setaun sekali baru jumpa. Setakat ni tak pernah jumpa di Sabah. Kesian pulak kat anak pompuan  tu yg nak makan (maknya juga !)... Tak pernah cuba buat sbb ingatkan susah dan leceh.
La... tak delah susah dan lama sangat.... puas hatilah dapat makan... cuma warnanya tak gelap sbb guna gula perang.

Bahan-bahannya:
1 cawan santan pekat di renehkan dan kacau  hingga jadi tahi minyak. keluarkan tahi minyak, biarkan minyaknya dlm periuk (ada la dlm 1 1/2 sudu)

1 cwn gula merah(dark brown) - lupa nak beli, terjumpa brown sugar, bantai jelah.
2 sudu besar gula pasir
1 cawan air.
                 * didihkan hingga gula cair. sejukkan.

1 1/4 cwn tepung kacang hijau }
2 1/2 cwn santan                       } bancuh semua termasuk air gula hingga tak de tpg bergentel2.
secubit garam.                           }

Masukkan dalam periuk berisi minyak tadi. Kacau hingga likat.
Masuk dalam loyang. tabur tahi minyak.
tunggu hingga sejuk baru dipotong.

catatan:
1. kuihnya agak padat, agaknya Saba kacau terlalu lama - tak tau sebenarnya bila patut diangkat.
2. saba guna loyang 6 1/2 x 6 1/2 in. Nampak mcm sikit tapi bila dah makan 2,3 potong.... kenyang suda...
Terima kasih sudi baca.

Friday, November 18, 2011

Vadei Kacang Soya

Okara
Hampas kacang soya dikenali sebagai okara. Ia kaya dengan serat dan boleh dijadikan makanan yang enak seperti jemput-jemput, bergedel, nugget ayam, vadei,biskut dan dicampur dlm masakan lain seperti telur hancur.
Okara juga boleh digunakan sebagai skrup muka dan badan.

Ini salah satu resepi yang Sab dah cuba. Sedap tau...macam vadei kacang dhal. Marbeles.......
Lupalah ambil kat rumah mana.... sorrylah pd tuan punya asal.

Vadei Kacang Soya
400 gm okara (hampas kacang soya) = 4 cawan rata
2 sudu besar tepung kanji
2 sudu besar udang kering – cuci dan tumbuk kasar (Saba guna 4 sudu)
2 tangkai cili kering digunting halus
1 tangkai daun kari digunting halus
½ biji bawang besar dicincang halus
Sedikit garam
1 cmc teh jintan manis ditumbuk kasar (ini Saba tambah)

Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan.
2. Ambil sedikit adunan bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.
3. Goreng dengan minyak banyak dan cukup panasnya.
Menghasilkan + 30 biji saiz kecil.
Tips: Mesti goreng terendam, klu tak cukup tenggelam, pecah atasnya.

Lupa lagi nak snap gambo....
Terima kasih sudi baca.

Biskut Okara

Pada 15hb Nov Saba ada buat bengkel membuat taufufa. Saba study sikit produk2 berasaskan soya. Rupa-rupanya hampas kacang soya pun boleh dijadikan makanan. Saba cuba resepi okara cookies. Ok jugak rasanya. Saba bawak masa bengkel tu. Kawan2 kata sedap.Resepi asal menghasilkan 15 bj je, Saba buat 3x ganda, dapat 50 bj. Check resepinya.

Sumber asal: Maisya.blogspot

Bahan-bahannya:(ni saba dah gandakan 3x drp resepi asal)
150gm tepung gandum
30gm tepung jagung
150gm butter
80gm gula castor (dah kurangkan sikit drp asal)
150gm okara kering

Cara-caranya
1. Sediakan okara kering. Ambil 2 cawan hampas kacang soya (400gm) dan sangan (goreng tanpa minyak) hingga kering. Saba tak sangan tapi masuk dalam oven 20minit suhu 170'C. Warnanya agak perang. Ianya taklah kering betul macam kerisik.Still ada rasa lembap sikit. Beratnya berkurangan sekali ganda. Sukat 150 gm sahaja.
2. Pukul butter dan gula. Masukkan bahan-bahan lain. Uli jangan lama sangat. Cukup tepungnya sekata.
3. Bentukkan doh memanjang dan balut dengan plastik. Simpan dalam peti ais 30 min - 1 jam.
4. Ambil doh tadi, potong nipis-nipis lebih kurang 1cm tebalnya.
5. bakar dalam oven 170'C dalam masa 15 minit.


Ini ialah okara yang telah dikeringkan. Kali pertama buat ikutlah mcm resepi sangan dlm 20 minit. Leceh betul. Melekat kat kuali walaupun guna non-stick. Berpeluh-peluh den.... Kali ke2 terus masuk oven, sesekali kacau dgn sudu supaya sekata keringnya. Tak de melekat langsung. Senang yang amat.

Doh yang dah siap diuli - nak masuk peti es.

Dah nak masuk oven. Tunggu masak....

Dah masak, lupa nak ambik gambar......lol


Terima kasih sudi baca.

Friday, April 9, 2010

Pau


Tak de mood nak makan nasi. Dari semalam diaorang request pau. so, rajin2kan diri ke dapur. Biasa gak buat pau cuma kali ni pakai resepi yg simple je.

500 gm tepung pau + 1 sd teh baking powder
1 sudu besar yis
8 sudu makan gula pasir
1 cwn air (Saba tambah sikit lg.. tidak sampai 1/4 cwn)
1 sd kecil bread softner
2 sudu besar shortening.

campur yis, air dan gula. biar hingga berbuih dlm 5 minit.
masukkan bancuhan dlm tepung + bread softner. Uli 5 minit.
Masukkan shortening. Uli lagi 15 minit.
Rehatkan doh 10 minit.
Uli semula 2-3 minit. buat 20-24 bhgn.
leperkan sebiji, nipiskan keliling tepinya. letak inti kacang merah/kari.
tutup kemas dan letak atas kertas minyak/daun pisang yg dah dipotong bulat kecil2.
Buat hingga habis.
rehatkan doh 30 minit. Semntara tu panaskan kukusan dgn api besar.
Sabar balut penutup kukusan dgn aluminium foil spy air tak menitik.
Kukus 10-12minit.
Buka pelan2 penutupnya.
angkat.
siap
Terima kasih sudi baca.

Saturday, January 16, 2010

Apam Balik


Home made apam balik. Resepinya dpt dari internet & ubahsuai cikit-cikit. Hilmi kata "sedap macam kat kampung Parit Raja". Di Kota Belud ni macam tak de org jual apam balik. Buat 2 adunan... mkn sampai kepetang.
Terima kasih sudi baca.