Kalau balik Johor mesti cari kuih ni, maknanya setaun sekali baru jumpa. Setakat ni tak pernah jumpa di Sabah. Kesian pulak kat anak pompuan tu yg nak makan (maknya juga !)... Tak pernah cuba buat sbb ingatkan susah dan leceh.
La... tak delah susah dan lama sangat.... puas hatilah dapat makan... cuma warnanya tak gelap sbb guna gula perang.
Bahan-bahannya:
1 cawan santan pekat di renehkan dan kacau hingga jadi tahi minyak. keluarkan tahi minyak, biarkan minyaknya dlm periuk (ada la dlm 1 1/2 sudu)
1 cwn gula merah(dark brown) - lupa nak beli, terjumpa brown sugar, bantai jelah.
2 sudu besar gula pasir
1 cawan air.
* didihkan hingga gula cair. sejukkan.
1 1/4 cwn tepung kacang hijau }
2 1/2 cwn santan } bancuh semua termasuk air gula hingga tak de tpg bergentel2.
secubit garam. }
Masukkan dalam periuk berisi minyak tadi. Kacau hingga likat.
Masuk dalam loyang. tabur tahi minyak.
tunggu hingga sejuk baru dipotong.
catatan:
1. kuihnya agak padat, agaknya Saba kacau terlalu lama - tak tau sebenarnya bila patut diangkat.
2. saba guna loyang 6 1/2 x 6 1/2 in. Nampak mcm sikit tapi bila dah makan 2,3 potong.... kenyang suda...
No comments:
Post a Comment