Tugas rutin setiap tahun. Menyelaras merangkap ketua hakim pertandingan memasak.
Konsep masakan ala rimba.
Saba tetapkan konsep 4 jenis hidangan - nasi, telur, ikan, sayur dan satu masakan berdasarkan bahan rahsia yang diberikan 1/2 jam selepas pertandingan bermula (2 biji kentang je...)
Acara sepatutnya bermula jam 8pg. Sampai je di sana, urusetia kata tunda ke petang. Ait... pehal ? Saba dan Jaafar (penyelaras pertandingan pandu arah) argue tak nak ubah. ikut jadual asal... mana boleh ubah2 tanpa persetujuan para hakim... akhirnya mereka mengalah.
So, acara dimulakan juga jam 9.00 - 11.30am. Semua berjalan lancar.
Masak menggunakan kayu api, tanpa periuk dan kuali. Budak-budak ni biasa dengan kerja2 kampung. no hallah masak di bawah panas terik. bambu, kayu api, ikan sungai tak jadi masalah nak diperolehi.
Proses menyediakan bahan. Tumbuk bahan dalam buluh. Inovasi pada tahun ni. Sebelum2 ni tak de... kreatif kan budak2 Asrhad.
Ni nak masak nasi dlm buluh. Buluh kena cuci dulu.
Buat kerabu mangga. Menu kegemaran peserta saban tahun
Apa yang penting, kerjasama.... (ada markah jugak)
Unit KRS - sikitnya kayu api. Unit sebelah tengok je...
Chef popular SMK Arshad. Apa lagi masa nilah nak tunjuk skil...Hadhari
kebersihan perlu diutamakan. cuci bersih-bersih
jangan tabur garam banyak-banyak...
Menyediak tempat menghidang... masuk markah tu..
Ala rimba... ada nenas, labu ? Tempat menghidang ikan tu sangat bagus.. menu baru - kentang bakar dengan sos rasberi kampung
Kreatif tempat menghidang... BSMM juara bertahan... juara lagi tahun ni...1st. paling kemas & bersih. bekas minuman dibalut dgn daun pisang.
Besarnya ikan... 4th
Ketua hakim dah datang...." harap2 oklah masakan kami ni..." manyaknye munga..
Seriusnya muka hakim.. telur di bakar dalam bawang tu sedap...
unit PPIM...2nd
Para hakim sibuk merasa dan bincang..
Markah berdasarkan :
hiasan dan kreativiti 20%
kebersihan 20%
kualiti makanan 30%
keaslian penggunaan bahan 20%
kerjasama 10%
No comments:
Post a Comment