Anak-anak suka sangat makan pancake ni. Dah cuba beberapa resepi pankek, but mostly macam lempeng - anak2 reject. Dah lama simpan resepi ni, tak ingat ambil di mana. Rasanya di rcgn tv (mungkin chef wan). Sangat gebu, lembut and marbeles....
Pankek aka kek kuali aka lempeng mat salleh
Resepi ni Saba dah edit ikut selera tekak sendiri. Jom siasat...
Bahan-bahan:
125gm butter (100gm dah cukup. memang wangi. guna majerin kurang sikit wanginya)
170gm gula (90gm dah ok. 70gm utk yg tak suka manis)
180gm tepung naik sendiri
2 biji telur gred A
1 cmc teh vanilla (tak letak, tak suka baunya)
1/2 cawan susu segar (saya guna 1 1/2 sd besar susu tepung bancuh dgn 1/2 cwn air)
Cara-caranya
1. Pukul butter & Gula. Masuk telur pukul lagi.
2. Masuk tepung. Gaul rata.
3. Masuk susu segar & vanilla. Gaul sekata.
4. Tuang sesenduk dlm kuali nonstick yg dah dipanaskan, tunggu hingga bubble keluar.
5. Balikkan. Ulang lagi hingga habis.
Cara Saba lagi senang:
Masuk semua bahan dalam mixer atau blender. Putar hingga sebati.
Biarkan 10 - 20 minit.
Buatlah macam biasa.
Saba guna senduk kecil - dapat 15 keping.
Tips:
1. Kuali tak perlu disapu minyak. Kalau kuali biasa tak pastilah jadi ke tidak.
2. Jika tiada tepung naik sendiri, guna tepung biasa. 250gm tepung gandum + 1 sudu besar baking powder. ayak 2, 3 kali. sukat 180gm, bakinya simpan.
3. Guna api kecil sahaja.
No comments:
Post a Comment