Tuesday, November 10, 2009

Nasi Lemak Kukus Basmathi & sambal tumis ikan bilis



Minggu lepas Nabila kena appendiks. Mula-mula gi klinik. 3 hari lepas tu gi jumpa doktor di Damai Specialist. Appointment jam 3, doc kata bagus di buang sekarang sebab dah bengkak. Kalau di biar lagi bahaya. Saba taklah terkejut sangat pasal operate ni, tapi tak sangka secepat itu. Beela pun taklah dalam keadaan yg kronik. Jam 7, Beela dlm keadaan tenang masuk bilik pembedahan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Minggu ni Beela dah nampak sihat dan nak ke sekolah ambil periksa walaupu dpt cuti 2 minggu. Sebagai tanda kesyukuran, Saba bawak sikit nasi lemak kukus basmathi ke sekolah. makan dgn kawan-kawan. Sukatan ni untuk 8-10 orang makan. Untuk Linda, diharap dah boleh buat sambal tumis yg sedap bagi Mr kadir makan lepas ni.

Bahan-bahannya:
8 cawan beras basmathi - rendam semalaman @ 4 jam
8.5 cawan santan
4 helai daun pandan
2 batang serai
1/2 biji bawang besar dimayang
2 inci halia dihiris
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
garam
sedikit majerin utk menumis

Cara-caranya:
1. Panaskan periuk pengukus. Di Sabah ni ada jual periuk khas utk kukus nasi. Lubang2nya halus, tak perlu gunakan loyang.
2. Dalam periuk lain, didihkan santan.masukkan daun pandan.
3. Sementara itu, tumiskan kayu manis, bunga lawang, serai dan bawang besar.masukkan dalam santan.
4. Apabila mendidih, masukkan garam dan beras. Biar hingga santan meresap dlm beras (airnya kering)lebih kurang 5-7 minit. Masa ni belum jadi nasi. Matikan api.
5. Tuang beras tadi dalam periuk pengukus, tutup rapat. Kukus 25 minit.
6. Gembur nasi menggunakan garpu.Harumnya nasi memenuhi ruang dapur.


Sambal Tumis Ikan Bilis

bahan-bahannya:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 mangkuk ikan bilis. (Saba guna ikan bilis halus)
30 tangkai cili kering. (Di KB cilinya besar2 tapi tak pedas pun. Saba + dgn 2 sudu besar serbuk cili)
1 batang serai (kalau kecil letak 2) - dititik
2 helai daun pandan disimpul
1/4 cawan gula melaka+gula pasir
1/2 cawan air asam jawa
garam
3/4 cwn minyak masak

Cara-caranya:
1. Cuci ikan bilis dan goreng separuh garing. Angkat & ketepikan.
2. Blander bawang besar dan bawang putih.
3. Cili kering di buang biji, cuci, jerang dlm periuk hingga mendidih, toskan. Lepas tu, Kasi blander sampai lumat. Petuanya letak sesudu minyak masak.
4. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili. Campakkan daun pandan dan serai.
5. Masukkan gula. Kacau.Biar sebentar.
6. Masukkan air asam jawa dan garam. masak hingga terbit minyak.
7. Masukkan ikan bilis. kacau rata.
8. Kecilkan sedikit api, biar merenih 30 minit. Kacau sekali sekala jangan sampai hangus. pastikan rasanya sedap cukup manis, masam dan masinnya.

Tips:
1. Nasi lemak kukus lebih tahan lama drp cara masak biasa, lebih peroi dan wangi.
2. Bawang & halia tu tak tumis pun ok. Campak2 je. Kayu manis + bunga lawang tu ikut suka nak letak atau tak. Tak salah.
3. Sambal yg dimasak lama, boleh tahan seharian tanpa dipanaskan.
4. Gula dimasukkan awal, menjadikan sambal lebih merah.
5. Minyak sambal tu kalau banyak, kaut perlahan2 dan masukkan dlm bekas. Simpan untuk digunakan masak mee goreng ke, udang ke dll.
6. Penggunaan santan asli lebih sedap drp santan kotak. Tapi selalunya saya tak guna banyak kelapa. Ada rasa lemak2 sikit jadilah. Kesihatan kena jaga tau. Cara mudahnya, blender kelapa parut dgn air dan tapis. Bagi saba 1 biji kelapa dah cukup utk 1 kg beras. Bila di blander, kelapa lebih halus dan segala sarinya keluar berbanding perah dgn tangan.
Terima kasih sudi baca.

No comments: