Kuih blossom ni popular di JB. Saba promote kuih ni pd kekawan Sabahan di sekolah. Mereka suka sangat, tapi.... mereka tak berapa gemar inti kelapa yg mcm kita selalu makan tu. Mereka suka inti kacang tanah. Kuih-kuih mereka memang gunakan inti kacang tanah berbeza dgn kita, mcm kuih ketayap, onde-onde... So, cubalah buat tapi intinya tak menjadi. Bila nak di makan, kuih tu tak bercantum sbb inti kacang jadi berderai. Macmana ni ?
Kali ni cuba pulak inti kacang merah. Memang cantik, lawa, gebu, tapi ... manislah pulak. Mereka suka, Saba kureng suka sikit.
Resepi ni daripada biras Saba di Pasir Gudang. Dia banyak ambil tempahan. Harap Kak Gie tak marah saba kongsi resepi ni. Mudah-mudahan rezeki Kak Gie makin bertambah murah. Saba pun dah banyak ambil tempahan ni. Paling banyak dari Kak Ton utk majlis kahwin anak sedara, jiran sebelah.. Hjh kamariah. Utk Hjh., Saba selalu buat warna pink.
Bahan-bahannya: (utk blossom tak pecah)
500gm tepung optima
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
4 biji telur
1 sdt pes pandan
* kalau tak suka guna pes, gunalah daun pandan & blend utk dptkan 1/2 cwn air pandan.
Cara-caranya:
1. Masukkan semua bahan dlm mixer & putar hingga gebu dan ringan.
2. Sediakan mangkuk kertas kecil dan loyang/bekas lompang mcm dlm gambar tu...
3. Letak sedikit adunan. Bubuh inti dan letak lagi adunan.
4. Kukus dgn api kecil (1/4) selama 10 minit.
Tips:
1. Kalau api sederhana (1/2), jadilah blossom mekar. Jgn guna api terlalu besar, tak cantik pecahnya.
2. Tepung gandum digunakan utk mengurangkan manis.
3. Nak dapatkan blossom mekar tu, kurangkan telur kpd 2 biji, air jadi 1 cwn.
4. santan ? Up 2 U lah. Boleh juga....
5. Actually, dah byk resepi dr internet saba cuba, tapi this is the best.
No comments:
Post a Comment