Saturday, April 17, 2010

marble cheese cake



Org kata kek keju sedap. betul ke ? but my family is not a fan of cheese cake. anak2 suka makan keju tapi bila buat kek keju....lambat nak habis. hubby lg lah tak minat. sempena birthday syahmi, saba buat kek ni. anak2 pun kata, oklah umi cuba...
Keknya nampak cantik dan gebu dan dah tentu rasa keju. Pinjam resepi kak Hanieliza.

Bahan A
250 gm Krim Keju
30 gm mentega
30 gm gula kastor
3 biji kuning telur grade A
2 biji limau kasturi..ambil jusnya
1 s/k esen vanilla

Bahan B
3 biji putih telur grade A
30 gm gula kastor
1/2 s/k cream of tartar

1 s/b tepung jagung

1 s/k coklat emulco

Oven setting 140'C
Masa Bakar 1 jam secara steam-bake

Cara:
1. Pukulkan krim keju, mentega, dan gula dalam mangkuk sehingga kembang.
2. Masukkan telur kuning satu persatu.
3. Masukkan perlahan esen vanilla dn jus limau kasturi.
4. Masukkan semua bahan B dalam mangkuk yg lain dan pukul sehingga menjadi ringan dn gebu.
5. Campurkan bahan B kedalam bahan A. Kacau rata.
6. Masukkan tepung jagung kedalam adunan perlahan. Kacau rata.
7. Bahagikan adunan pada 2 mangkuk.
8. 1 bahagian dibiarkan warna asal dan 1 bahgian ndicampurkan coklat emulco.
9. Kacau adunan yg coklat supaya sama rata warnanya.
10. Lapikkan loyang dengan 2 lapis kertas minyak.
11. Masukkan adunan dalam acuan berselang seli warna asal dan coklat.
12. Masukkan acuan ini dalam acauan yg lebih besar dan masukkan air.
13. Bakar sehingga masak.
14. Bila nak potong gunakan pisau pelastik yg telah dicelupkan dalam air panas.
15. Sejukkan betul2 sebelum dipotong dan hidangkan.
Terima kasih sudi baca.

Friday, April 9, 2010

Pau


Tak de mood nak makan nasi. Dari semalam diaorang request pau. so, rajin2kan diri ke dapur. Biasa gak buat pau cuma kali ni pakai resepi yg simple je.

500 gm tepung pau + 1 sd teh baking powder
1 sudu besar yis
8 sudu makan gula pasir
1 cwn air (Saba tambah sikit lg.. tidak sampai 1/4 cwn)
1 sd kecil bread softner
2 sudu besar shortening.

campur yis, air dan gula. biar hingga berbuih dlm 5 minit.
masukkan bancuhan dlm tepung + bread softner. Uli 5 minit.
Masukkan shortening. Uli lagi 15 minit.
Rehatkan doh 10 minit.
Uli semula 2-3 minit. buat 20-24 bhgn.
leperkan sebiji, nipiskan keliling tepinya. letak inti kacang merah/kari.
tutup kemas dan letak atas kertas minyak/daun pisang yg dah dipotong bulat kecil2.
Buat hingga habis.
rehatkan doh 30 minit. Semntara tu panaskan kukusan dgn api besar.
Sabar balut penutup kukusan dgn aluminium foil spy air tak menitik.
Kukus 10-12minit.
Buka pelan2 penutupnya.
angkat.
siap
Terima kasih sudi baca.

Tuesday, April 6, 2010

lagi,lagi kek coklat

Ni semua CMC yg pernah dibuat menggunakan topping choc fudge. Tima kasih kpd pengoder2 setia.







Terima kasih sudi baca.

Saturday, April 3, 2010

Kek Bluberi lagi....4 segi



Bluberry fresh cream, order dari Ann (jiran sebelah) untuk besday hubby dia. Dah 2x dia oder kek ni. Ann pun selalu oder kuih blossom utk majlis keraian.
Terima kasih sudi baca.

Kek Coklat + ganache



Kek coklat dgn ganache. Ganache ialah topping menggunakan coklat masakan + whipping cream. Choc. fudge pulak ialah topping yg dibuat menggunakan serbuk koko + susu cair. Ganache lebih senang disediakan berbanding fudge.
Semalam dpt sms dr kakak ipar Atineh. Saba minta dia decide mana yg lebih sedap samada menggunakan topping fudge atau ganache. Jawapan dia "dua-dua sedap tapi rasanya ingat2 lupa mcm yg dulu lebih sedap". So, walaupun buat fudge agak leceh sikit, tapi bagi Saba memang ia lebih sedap sikit bila digandingkan dgn CMC.

Cara buat cho ganache:
250 gm cooking coklat
1 sudu besar majerin
1/2 cawan fresh cream/whipping cream
Cara:
1. Cairkan cooking coklat secara double-boil.
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan sfresh cream/whipping cream dan majerin dan kacau sehingga sebati.
3. Tuangkan atas kek dan hiaslah mengikut citarasa sendiri.
Terima kasih sudi baca.

Bahulu Gulung



Teringat hari raya di Johor.Mesti ada bahulu gulung inti jem nenas. Sedapnya.... Di Sini tak da kuih tu. Dah teringin sangat nak makan, kenalah buat sendiri. First time buat sendiri...tak cantik macam mak buat zaman dulu2. Tak kiralah janji dpt makan. Dapat 8 gulung.
Resepi ni dari emak

1 mangkuk telur
1/2 mangkuk gula pasir
1/2 kilo tepung gandum
Pewarna kuning jika suka
Jem nenas buatan sendiri

Gula dan gandum di jemur di bawah mentari spy betul2 kering.
Ayak tpg gandum.
Pukul telur dan gula hingga kental dan betul2 kembang. Lamalah jugak

Ambil 2 1/2 senduk adunan + 1 senduk tepung. Part ni yg susah. Konsistensi tak betul, tak jadilah bahulu gulung, jadi bahulu garing. Gaul rata dan bakar dlm acuan tembaga. Sabar guna periuk non-stick dan bakar dlm oven. Tu yg tak cantik hasilnya.
Terima kasih sudi baca.

Kek Lapis Strawberri Pandan


Cikgu Ahsmir pengorder tetap kek hasil tanganku. Utk hari jadi kekawan, utk pelajar atau saja2 nak makan kek, dia mesti cari Sabar. Hai...untung sapa jadi kawan baik dia...dpt kek percuma. Cikgu Ashmir tak pernah tetapkan jenis kek asalkan jangan berkrim mcm di kedai. Kerana dialah Saba dah mencuba pelbagai jenis kek dan kemahiran pun meningkat. So, ini hasilnya kek lapis kukus strawberi pandan. Keknya sedap dan wangi.
Terima kasih sudi baca.

Kek Lapis Buah Kukus



Kek lapis memang sedap tetapi nak membuatnya memerlukan kesabaran dan ketenangan. Saba lebih suka membuat kek lapis kukus kerana sambil mengukus boleh buat kerja lain. Anak nak susu pun taklah terganggu. Kek lapis buah ni antara kek yang digemari oleh guru2 SMK Arshad. Lapis pertama ditabur dengan buah campur,ke-2 letak buah kurma cincang, ke-3 rasberry kering, ke-4 ceri cincang, ke-5 dan seterusnya ulang balik. Tak da ketetapan nak letak buah apa pun, tapi syaratnya mesti buah2an kering (ikut stok brgn didapur- jgn letak cili sudahlah). Setiap lapis dikukus lebih kurang 10 minit - keseluruhannya lebih drp 1 1/2 jam.
Terima kasih sudi baca.