ROTI / BUN MANIS
Hari ni nak buat roti. Dari semalam melayari laman ke laman mencari resepi, petua dan teknik yang betul membuat roti. Semua ni kena study utk mendapatkan hasil yang baik. Bukan study nak lulus exam je. Sebut pasal exam ni, terlepas lagi peluang anjakan gaji; PTK3 cuma dpt A & B je.Frust punya pasal, ni yang nak buat roti.
First of all, nak ucap terima kasih kpd blogger2 yg menyiarkan resepi roti/bun antaranya Mamafami, Mat Gebu, shartiyah d myresepi dan chef2 (sorry lupa nama) yg memberikan teknik dengan jelas di laman masing2. Setelah puas mengkaji inilah bahan yang saya ada dan gunakan. Edit sikit-sikit drp resepi yg ada. Khas untuk rakan sekerja Cik Aslamah, harap resepi ni dapat membantu menghasilkan roti yang lembut.
BASIC BUN
500gm tepung high protein
100gm gula halus (agak manis - nxt time nak kurangkan sikit)
1 sudu teh garam
3 sudu besar susu tepung (resepi asal 20/30gm)
1 sudu teh bread improver (ada yg guna 1/4, 1/2)
1 peket yis = 11grm (saya guna mauripan)
1 biji telur gred B dipukul sebentar
250 ml air = 1 1/4 cwn air (saya guna air suam. ada yg guna air sejuk dr peti ais)
4 sudu besar shortening (resepi asal 40gm butter+40gm shortening)
Cara membuatnya (saba style)
1. Campurkan air suam,yis dan gula dlm mangkuk. Biarkan 5-10 minit hingga berbuih. kalau tak berbuih, sila buang.
2. Masukkan tepung, garam, susu tepung, bread improver dlm mangkuk mixer. gaul rata. Buat lubang ditengah. Masukkan telur dan bancuhan yis. Putar slow speed selama 3-5 minit hingga membentuk doh(saya punya mixer jenama kenwood, yg 1st dulu guna selama 10tahun).
3. masukkan shortening. Putar perlahan 2 minit. Lepas tu putar middle speed 8 minit.
4. Keluarkan. letak di dulang yg telah ditabur tepung. Uli sebentar. Masukkan dlm besen yg telah disapu minyak. Tutup dgn dulang ke, tuala lembap ke, plastik pun boleh. Rehat 45 minit hingga naik 2x ganda.
5. Tumbuk doh utk buang angin dia. Uli 2 minit. Bahagi 20 - 30 biji (saba buat 18 biji - setiap satu 50-60gm).
6. Uli setiap satu. baling-baling atas papan pencanai. Bentukkan.
7. Bun tausa 9 biji - ambil sebiji, leperkan. Nipiskan bahagian tepi. letak inti, tutup. susun dalam loyang 9 inci, jarak sikit.
8. Sosej bun - i) Gelek doh tadi sama panjang dengan sosej. Gulungkan. Guting 6-8 bahagian. Tarik ketepi berselangseli.
ii) sosej roll - canai doh memanjang (macam main skipping). Lilit pada sosej.
9. mini pizza (60gm setiap satu) - gelek semua doh hingga leper. Letak sosej yg dibelah 2. Picitkan sos cili dan mayonis. Bubuh topping - tuna spread, slice cheese, mozarella (anak2 buat sendiri ikut selera masing2).
10. Rehatkan lagi 30-40 minit.
11. Panaskan oven 200 C selama 10 minit.
12. Renjiskan air pd bun tausa. Masuk oven. Bakar 15 minit 180C.
13. Keluarkan. Sapu majerin. Bakar lagi 5 minit. (Ada resepi sapu dgn kuning telur, ok juga tapi membazir telur je)
14. Mini pizza tu saba bakar 12 minit je shu 200c.
15. Roti yg dah sejuk masukkan dlm plastik dan simpan dlm tupperware.
Teknik yg terlupa nak buat:
Selepaskan keluar dari oven, sapu roti dgn majerin/butter cair dan tutup dgn tuala bersih.
Hasilnya mcm di atas tu lah. Rupa tak seberapa, tapi sedap dan lembut.
No comments:
Post a Comment