Tuesday, October 13, 2009

Hari ni baru buat laman blog. Selalu tengok laman blog orang lain, mesti nak buat laman sendiri. Almaklumlah, guru pertengahan servis mcm saya ni bukannya mahir sangat dgn teknologi terkini. Mahu tak mahu kena juga belajar. Jangan nanti dikata ketinggalan zaman.

Siapa saya? Saya seorg guru ting. 6 mengajar subjek eko kertas 1 & pdg ting.4 di SMK Arshad, Kota Belud. Lama dah dok sini, hampir 14 th. Syiok bah tinggal d KB. Actually, asal dr Batu Pahat kawin dgn org Pontian. Ikut la cik abang gi Sabah. Sama-sama cigu la... Diam tak diam dah bertahun kami d sini. "Bila nak balik Johor ?" Soalan yg biasa kami dengar. Yang pasti kami akan balik cuma entah bila..... Tengok keadaan.Mula-mula dtg Sabah pd akhir tahun 1995, terkezut juga dgn suasana di sini. Jalan nak ke KB masyaallah, banyak corner bahaya. Kecut perut bila toleh kiri nampak gaung, toleh kanan nampak gunung. Adventure sungguh. Sampai KB nampak banyak lembu. Kenderaan pun tak banyak. Kul 5 ptg dah lengang pekannya. Gi sekolah naik motor EX5. Maklumlah baru kahwin. Selalu ronda KB tengok pemandangan indah gunung kinabalu, air sungai yg jernih, sawah luas terbentang. Cantik betul masa tu...
Tapi pengalaman yg paling tak kan di lupa bila gi honeymoon naik motor lalu jalan batu gravel menuju ke Kundasang nak mendaki gunung Kinabalu. Bermalam di Chalet, awal pagi mula mendaki. Mak oi penatnya. Sampai di check point sebelah petang. Kena rehat. Sok awal pagi nak ke puncak. Nasib tak baik hujan pulak tu. Mencabar betul bila jalan licin & sejuk bukan main lagi. Sampai d last check point, kami tak digalakkan ke puncak, bahaya. Cik Abang teruskan juga. Saya dah tak tahan kesejukan. Tunggu saje d pondok. Pas tu mulakan perjalanan balik. Bukan main laju lagi saya berjalan & berlari-lari anak. Cuaca pun elok. Naik motor teruskan perjalan ke Ranau. Jumpa sepupu meniaga di Restoran Wak. Warung/restoran yg terkenal di sana masa tu. Lepas tu balik KB. Ikut jln batu gravel lagi. Terhentak-hentak aku dibelakang. Lambat betul nak sampai. Yalah mana boleh bawak laju-laju. Sampai rumah, esoknya demam 2 hari.Gi jumpa doktor. Confirm mengandung 3 minggu. Masyaallah, maha besar kuasamu. Kandunganku tidak mengalami apa-apa masalah. Dah besar pun dia sekarang.

Terima kasih sudi baca.

No comments: