Saturday, October 31, 2009

KUAH KACANG / KUAH SATEY

KUAH KACANG @ KUAH SATEY.

Ini request dari Hjh habibah. Hjh & anaknya dtg beraya dan kata anaknya kuah kacang tu sedap. Berselera betul dia makan kuah kacang dengan lepat masa tu. Resepi kuah kacang lebih kurang je bahannya. Berdasrkan pengalaman, ia bergantung cara masak dan sukatan gula,asam & garamnya. Kebanyak resepi yg saba baca tak letak ketumbar & jintan. Tapi saba suka letak. Kita yang buat dia...ikut suka la nak letak apa. Anyway, ni resepinya, cukup untuk keluarga yang ramai.

Bahan-bahan:
1/2 kg kacang tanah
3 batang serai
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
2 sudu besar ketumbar ]
1/2 sudu besar jintan kasar ]selalunya main agak2 je. tak sukat pun
1/2 sudu besar jintan halus ]
sedikit lengkuas (x letak hari tu, takut nak ambil d blkng rumah mlm2)
1/2 - 3/4 cwn gula melaka/gula perang/gula pasir (saba campur apa yg ada)
1/2 cwn air asam jawa
garam
3/4 cawan minyak masak.

Cara membuatnya:
1. sangai kacang tanah. Hati-hati jgn sampai hangus atau x cukup masak. Angkat biar sejuk sekejap. ramas2 buang kulitnya. Masuk dlm blander, tambah air. Blend secukup rasa, jgn halus sangat.kasar pun tak best gak. sedang-sedang gitu...
2. Sangai ketumbar dan jintan. (kalau malas, tak payahlah.Kalau disangai, lebih wangi).
3. Blend serai, bebawang,cili, lengkuas, ketumbar dan jintan.
4. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak. Masak kuah ni memang guna minyak banyak.
5. Masukkan kacang tanah yang telah di kisar tadi. kacau.
7. masukkan garam, gula, air asam jawa.
8. Renehkan 1/2 jam hingga naik minyak lagi. kalau pekat, tambah air. Memang kena lama sikit masaknya sampai keluar minyak.
9. Suaikan rasanya. Gula memang kena lebih - tapi taklah manis sangat macam pengat. pandai-pandailah adjust bagi sedap.
10. Bila dah masak, kalau nampak minyak tu banyak sangat, ceduk pelan-pelan dan boleh guna utk masak masakan lain. Cara masak yang lama menjadikan kuah tahan lebih lama.
11. Kalau nak letak santan pun boleh. Lebih lemak.
Terima kasih sudi baca.

BUN MANIS




ROTI / BUN MANIS

Hari ni nak buat roti. Dari semalam melayari laman ke laman mencari resepi, petua dan teknik yang betul membuat roti. Semua ni kena study utk mendapatkan hasil yang baik. Bukan study nak lulus exam je. Sebut pasal exam ni, terlepas lagi peluang anjakan gaji; PTK3 cuma dpt A & B je.Frust punya pasal, ni yang nak buat roti.

First of all, nak ucap terima kasih kpd blogger2 yg menyiarkan resepi roti/bun antaranya Mamafami, Mat Gebu, shartiyah d myresepi dan chef2 (sorry lupa nama) yg memberikan teknik dengan jelas di laman masing2. Setelah puas mengkaji inilah bahan yang saya ada dan gunakan. Edit sikit-sikit drp resepi yg ada. Khas untuk rakan sekerja Cik Aslamah, harap resepi ni dapat membantu menghasilkan roti yang lembut.

BASIC BUN
500gm tepung high protein
100gm gula halus (agak manis - nxt time nak kurangkan sikit)
1 sudu teh garam
3 sudu besar susu tepung (resepi asal 20/30gm)
1 sudu teh bread improver (ada yg guna 1/4, 1/2)
1 peket yis = 11grm (saya guna mauripan)
1 biji telur gred B dipukul sebentar
250 ml air = 1 1/4 cwn air (saya guna air suam. ada yg guna air sejuk dr peti ais)
4 sudu besar shortening (resepi asal 40gm butter+40gm shortening)

Cara membuatnya (saba style)
1. Campurkan air suam,yis dan gula dlm mangkuk. Biarkan 5-10 minit hingga berbuih. kalau tak berbuih, sila buang.
2. Masukkan tepung, garam, susu tepung, bread improver dlm mangkuk mixer. gaul rata. Buat lubang ditengah. Masukkan telur dan bancuhan yis. Putar slow speed selama 3-5 minit hingga membentuk doh(saya punya mixer jenama kenwood, yg 1st dulu guna selama 10tahun).
3. masukkan shortening. Putar perlahan 2 minit. Lepas tu putar middle speed 8 minit.
4. Keluarkan. letak di dulang yg telah ditabur tepung. Uli sebentar. Masukkan dlm besen yg telah disapu minyak. Tutup dgn dulang ke, tuala lembap ke, plastik pun boleh. Rehat 45 minit hingga naik 2x ganda.
5. Tumbuk doh utk buang angin dia. Uli 2 minit. Bahagi 20 - 30 biji (saba buat 18 biji - setiap satu 50-60gm).
6. Uli setiap satu. baling-baling atas papan pencanai. Bentukkan.
7. Bun tausa 9 biji - ambil sebiji, leperkan. Nipiskan bahagian tepi. letak inti, tutup. susun dalam loyang 9 inci, jarak sikit.
8. Sosej bun - i) Gelek doh tadi sama panjang dengan sosej. Gulungkan. Guting 6-8 bahagian. Tarik ketepi berselangseli.
ii) sosej roll - canai doh memanjang (macam main skipping). Lilit pada sosej.
9. mini pizza (60gm setiap satu) - gelek semua doh hingga leper. Letak sosej yg dibelah 2. Picitkan sos cili dan mayonis. Bubuh topping - tuna spread, slice cheese, mozarella (anak2 buat sendiri ikut selera masing2).
10. Rehatkan lagi 30-40 minit.
11. Panaskan oven 200 C selama 10 minit.
12. Renjiskan air pd bun tausa. Masuk oven. Bakar 15 minit 180C.
13. Keluarkan. Sapu majerin. Bakar lagi 5 minit. (Ada resepi sapu dgn kuning telur, ok juga tapi membazir telur je)
14. Mini pizza tu saba bakar 12 minit je shu 200c.
15. Roti yg dah sejuk masukkan dlm plastik dan simpan dlm tupperware.
Teknik yg terlupa nak buat:
Selepaskan keluar dari oven, sapu roti dgn majerin/butter cair dan tutup dgn tuala bersih.
Hasilnya mcm di atas tu lah. Rupa tak seberapa, tapi sedap dan lembut.
Terima kasih sudi baca.

Monday, October 26, 2009

Saya suka masak

Saya suka masak. Paling suka bila org puji masakan saya sedap dan saya suka tengok org makan masakan saya. Tunggu saja resepi-resepi kebiasaan saya yang kekawan selalu mintak + gambar sekali. Actually, saya ni bukannya banyak masa sangat nak jengah blog selalu. Sibuk di sekolah & di rumah. I x da pembantu. Everything buat sendiri, start jam 4.30 pg, sediakan sarapan, bekal, urus anak, pendek kata semua urusan dlm rumah settle hinggalah waktu tido.

Mohon pada yang maha Esa, moga terus diberikan kekuatan dan kesihatan untuk mengharungi kehidupan membesarkan anak-anak bersama suami tersayang.
Terima kasih sudi baca.

Saturday, October 24, 2009

Minggu ni agak sibuk sikit. Urus mesy. kurikulum. banyak info baru drp pengetua. Fail2 perlu dikemaskini utk th depan. Minit msyt. perlu siap dlm 3 hari. Peperiksaan kertas mikro dh selesai, sibuk nak menandalah pulak. Nxt wk perdagangan T4.

Balik je drp msyt, bakar kek span 2 biji. Order drp kekawan. Jam 3 pg dah bangun utk buat finishing kek agar2 buah pic. Dr. mlm tadi teringin nak buat pizza. Curi masa skit, uli doh. Jam 5.30 selesai bakar sebiji. Kelam kabut siapkan bekal & urus anak2. Beela (2nd daughter) x suka mkn pizza. K'rin (1st dghtr) kata kurang best sbb umi x pakai mozarella. Nak buat cam mana, di KB memang tak da cheese yg sesuai, so letak jelah slice cheese. Syahmi suka je, kulit nipis & rasa topping lebih.

Mlm ni nak decorate blueberry fresh cream. Tapi perasaan mls tu lagi kuat. Jam 4 pg baru bergegas mula operasi. Minggu ni ada 3 order. Hari Rabu tu, buat swiss roll 16 bj. Tu yang rasa nak rehat je....

Bisnes kek ? Mula-mula dtg KB dulu susah nak cari biskut raya & kek yg sedap-sedap. Kemahiran & minat sejak zaman sekolah utk buat biskut sendiri dah sebati dlm diri. Kekawan suka sangat dan mintak buatkan. So, bermulalah episod tempah menempah sejak tahun 1998. Alhamdulillah, bisnes makin baik tahun ni. Sekarang ni lebih fokus ambil tempahan kek utk harijadi & jamuan. Moga2 rezeki yg diberi mendatangkan keberkatan kpd semua.
Terima kasih sudi baca.

Tuesday, October 13, 2009

Hari ni baru buat laman blog. Selalu tengok laman blog orang lain, mesti nak buat laman sendiri. Almaklumlah, guru pertengahan servis mcm saya ni bukannya mahir sangat dgn teknologi terkini. Mahu tak mahu kena juga belajar. Jangan nanti dikata ketinggalan zaman.

Siapa saya? Saya seorg guru ting. 6 mengajar subjek eko kertas 1 & pdg ting.4 di SMK Arshad, Kota Belud. Lama dah dok sini, hampir 14 th. Syiok bah tinggal d KB. Actually, asal dr Batu Pahat kawin dgn org Pontian. Ikut la cik abang gi Sabah. Sama-sama cigu la... Diam tak diam dah bertahun kami d sini. "Bila nak balik Johor ?" Soalan yg biasa kami dengar. Yang pasti kami akan balik cuma entah bila..... Tengok keadaan.Mula-mula dtg Sabah pd akhir tahun 1995, terkezut juga dgn suasana di sini. Jalan nak ke KB masyaallah, banyak corner bahaya. Kecut perut bila toleh kiri nampak gaung, toleh kanan nampak gunung. Adventure sungguh. Sampai KB nampak banyak lembu. Kenderaan pun tak banyak. Kul 5 ptg dah lengang pekannya. Gi sekolah naik motor EX5. Maklumlah baru kahwin. Selalu ronda KB tengok pemandangan indah gunung kinabalu, air sungai yg jernih, sawah luas terbentang. Cantik betul masa tu...
Tapi pengalaman yg paling tak kan di lupa bila gi honeymoon naik motor lalu jalan batu gravel menuju ke Kundasang nak mendaki gunung Kinabalu. Bermalam di Chalet, awal pagi mula mendaki. Mak oi penatnya. Sampai di check point sebelah petang. Kena rehat. Sok awal pagi nak ke puncak. Nasib tak baik hujan pulak tu. Mencabar betul bila jalan licin & sejuk bukan main lagi. Sampai d last check point, kami tak digalakkan ke puncak, bahaya. Cik Abang teruskan juga. Saya dah tak tahan kesejukan. Tunggu saje d pondok. Pas tu mulakan perjalanan balik. Bukan main laju lagi saya berjalan & berlari-lari anak. Cuaca pun elok. Naik motor teruskan perjalan ke Ranau. Jumpa sepupu meniaga di Restoran Wak. Warung/restoran yg terkenal di sana masa tu. Lepas tu balik KB. Ikut jln batu gravel lagi. Terhentak-hentak aku dibelakang. Lambat betul nak sampai. Yalah mana boleh bawak laju-laju. Sampai rumah, esoknya demam 2 hari.Gi jumpa doktor. Confirm mengandung 3 minggu. Masyaallah, maha besar kuasamu. Kandunganku tidak mengalami apa-apa masalah. Dah besar pun dia sekarang.

Terima kasih sudi baca.