Friday, February 10, 2012

Agar-agar roti


Agar-agar roti ciptaan sendiri. Nak letak nama puding roti, nanti org salah faham sebab puding roti yg biasa org buat tak de agar-agar. Pencuci mulut xpress disediakan untuk anak-anak pulang dr sekolah waktu petang. bahan-bahannya ambil je yg ada di dapur. Anak-anak suka sangat... rasa susu. Kpd yg tak suka susu, tak payahlah cuba resepi ni....

Bahan-bahan:
A
1 peket serbuk agar-agar (7gm kalo tak silap)
4 1/2 cawan air
150 gm gula (tak sukat pun, letak sesedap rasa)
perisa buah-buahan (saya letak mangga)

B
1 cawan penuh susu cair (tak de stok, guna susu tepung: 3sd besar+secwn air)
1/2 cawan susu pekat
7 keping roti (dah nak xpired)

Cara-caranya:
1. Masukkan semua bahan A dlm periuk dan jerang hingga mendidih.
2. Untuk B, carik-carik roti. susu cair+ susu pekat . tuang bancuhan susu dan kacau hingga roti serap susu.
3. Masukkan Bahan A tadi dlm acuan yang sesuai. Tuang adunan B. Kacau rata tapi jangan lama-lama asal sekata je. Sejukkan dan simpan dalam peti ais.
4. Siap.





Terima kasih sudi baca.

No comments: