Saturday, November 19, 2011

Bengkel : Product of Soys - Taufufa, tauhu & Okara

Tarikh: 15 November 2011 (Selasa)
Masa : 8.00 - 10.00 pagi
Tempat : Beranda Surau SMARD
Ustaz2 pun minat nak belajar.  Faham betul2 ustaz...
Ust. Lah, jangan lawan tokey plak lepas ni...

Peserta2 pompuan. Ustz rohani & zura sanggup lewat gi mesyuarat sbb nak belajar ni...
Rugi sapa tak datang.... (perasan bagus jek...)


Gaya seorang cikgu...

Mr. Martin... peserta paling awal datang n paling bersemangat. 

Lagi gambo cikgu beraksi. Bersemangat sungguh....


Terima kasih sudi baca.

Friday, November 18, 2011

Vadei Kacang Soya

Okara
Hampas kacang soya dikenali sebagai okara. Ia kaya dengan serat dan boleh dijadikan makanan yang enak seperti jemput-jemput, bergedel, nugget ayam, vadei,biskut dan dicampur dlm masakan lain seperti telur hancur.
Okara juga boleh digunakan sebagai skrup muka dan badan.

Ini salah satu resepi yang Sab dah cuba. Sedap tau...macam vadei kacang dhal. Marbeles.......
Lupalah ambil kat rumah mana.... sorrylah pd tuan punya asal.

Vadei Kacang Soya
400 gm okara (hampas kacang soya) = 4 cawan rata
2 sudu besar tepung kanji
2 sudu besar udang kering – cuci dan tumbuk kasar (Saba guna 4 sudu)
2 tangkai cili kering digunting halus
1 tangkai daun kari digunting halus
½ biji bawang besar dicincang halus
Sedikit garam
1 cmc teh jintan manis ditumbuk kasar (ini Saba tambah)

Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan.
2. Ambil sedikit adunan bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.
3. Goreng dengan minyak banyak dan cukup panasnya.
Menghasilkan + 30 biji saiz kecil.
Tips: Mesti goreng terendam, klu tak cukup tenggelam, pecah atasnya.

Lupa lagi nak snap gambo....
Terima kasih sudi baca.

Biskut Okara

Pada 15hb Nov Saba ada buat bengkel membuat taufufa. Saba study sikit produk2 berasaskan soya. Rupa-rupanya hampas kacang soya pun boleh dijadikan makanan. Saba cuba resepi okara cookies. Ok jugak rasanya. Saba bawak masa bengkel tu. Kawan2 kata sedap.Resepi asal menghasilkan 15 bj je, Saba buat 3x ganda, dapat 50 bj. Check resepinya.

Sumber asal: Maisya.blogspot

Bahan-bahannya:(ni saba dah gandakan 3x drp resepi asal)
150gm tepung gandum
30gm tepung jagung
150gm butter
80gm gula castor (dah kurangkan sikit drp asal)
150gm okara kering

Cara-caranya
1. Sediakan okara kering. Ambil 2 cawan hampas kacang soya (400gm) dan sangan (goreng tanpa minyak) hingga kering. Saba tak sangan tapi masuk dalam oven 20minit suhu 170'C. Warnanya agak perang. Ianya taklah kering betul macam kerisik.Still ada rasa lembap sikit. Beratnya berkurangan sekali ganda. Sukat 150 gm sahaja.
2. Pukul butter dan gula. Masukkan bahan-bahan lain. Uli jangan lama sangat. Cukup tepungnya sekata.
3. Bentukkan doh memanjang dan balut dengan plastik. Simpan dalam peti ais 30 min - 1 jam.
4. Ambil doh tadi, potong nipis-nipis lebih kurang 1cm tebalnya.
5. bakar dalam oven 170'C dalam masa 15 minit.


Ini ialah okara yang telah dikeringkan. Kali pertama buat ikutlah mcm resepi sangan dlm 20 minit. Leceh betul. Melekat kat kuali walaupun guna non-stick. Berpeluh-peluh den.... Kali ke2 terus masuk oven, sesekali kacau dgn sudu supaya sekata keringnya. Tak de melekat langsung. Senang yang amat.

Doh yang dah siap diuli - nak masuk peti es.

Dah nak masuk oven. Tunggu masak....

Dah masak, lupa nak ambik gambar......lol


Terima kasih sudi baca.

Tauhu goreng (tauhu home made)



Dah pandai buat tauhu ? Saba dapati tauhu buatan sendiri menggunakan GDL agak lembut. Perlu digoreng dengan berhati-hati.. bila tak cukup garing ia mudah pecah. Tadi Saba cuba goreng dengan tepung. Hasilnya superb......
Caranya mudah saje... Salutkan tauhu dengan tepung gandum. Tak perlu bancuh dengan air. Golek rata-rata. Goreng dengan minyak panas. Tak perlu lama-lama, sekejap je dah masak.
Terima kasih sudi baca.