1. Gajet dapur mencukupi.
a. blander - ramai org ada.
b. Oven
c. chopper
d. periuk & kuali non-stick. beli yg berkualiti tahan lama
e. bread maker
f. preasure cooker
g. Mixer
h. Multi purpose cooker
2. Soket mencukupi. Suruh cik abang pasang ext socet yg ada 3 @ 4 mata. Ini utk keselamatan. Gajet yg selalu diguna terus sambung ke soket. Tak payah nak cabut2 tukar ganti plug.
3. Susun atur barang ikut kepentingan. Lebih baik dilabelkan bekas2nya.
4. Jam dinding- bagus yg ada nombor 1- 12. Elakkan jenis digital (Otak kita susah menganggar masa).
5. Stok barang mencukupi. Senaraikan ikut keperluan mingguan & bulanan.
6. Tulis barang yg hendak dibeli. Jgn ingat dlm kepala. Tak pasal2 mcm2 tambahan masuk dalam bakul. makin kempis poket.
7. Chopper sangat membantu saya- kisar bahan tumisan, pes cili, sambal belacan dll dlm masa yg sangat singkat (saya tak suka blend bwg awal2 dan simpan dlm peti sejuk, lain rasa & baunya kecuali pes cili).
8. Gunakan bawang besar warna merah & kuning. Jimat masa berbanding nak kupas bawang kecik.
9. bwng putih lebih baik dipecahkan berbanding di mayang. ambil seulas bwg putih. letak atas papan pemotong. letakkan pisau melintang atasnya. hempukdgn pisau itu sendiri atau dgn tapak tangan. Gunakan kuasa super mom. dah pecah, buang kulitnya.
10. Bekas memasak non-stick memudahkan. Kalo dah calar jgn guna. Saya pakai jenama tefal dah 10 tahun. alhamdulillah masih elok. Berbaloi walaupun mahal. Berbanding jenama murah, 2-5 tahun kena buang. Periuk kaca lebih baik utk kesihatan tapi berat dan perlu berhati2, lagi pun tumisan mudah lekat.leceh nak bersihkan.
11. Multi purpose cooker juga memudahkan. tidak melekat, masak cara sihat, cepat.
12. Preasure cooker mempercepatkan tempoh memasak daging, tulang & kekacang.
13. Niat ikhlas lillahi Taala. Kita buat semua ni kerana diamanahkan oleh Allah utk jaga anak2 & harta suami. Bersyukurlah yg dapat suami suka membantu d rumah. Bersabarlah bg yg dapat suami tak reti langsung nak menghulur bantuan(jgn merungut dgn org lain ttg sikap suami kita..tak de pekdahnya pun, bukannya diaorg boleh tolong) . Insyaallah kalau kita buat kerja dgn hati yg redha, tenang, semua kerja akan jadi mudah...
Pembantu setia Saba - oven, bread maker, 2 mixer
(harap2 oven tu masih boleh bertahan 3 tahun lg...).
Multi purpose cooker Saba dah ko (10 th pakai - ngam2 tempoh jaminan tamat) so, dlm senarai utama perlu diganti.
Ext. 5 mata di belakang tu cik abang yg pasang.
Ini kesayangan saba. Super Chopper. rasanya dah lebih 10 tahun ni... Penutupnya pernah jatuh 1x, retak. tu yg berplaster sampai sekarang. Available lg ke di pasaran?
No comments:
Post a Comment