Saturday, October 29, 2011

Tips memudahkan kerja di dapur - untuk ibu2 bekerja & tiada maid

Through my xperience...

1. Gajet dapur mencukupi.
a. blander - ramai org ada.
b. Oven
c. chopper
d. periuk & kuali non-stick. beli yg berkualiti tahan lama
e. bread maker
f. preasure cooker
g. Mixer
h. Multi purpose cooker
2. Soket mencukupi. Suruh cik abang pasang ext socet yg ada 3 @ 4 mata. Ini utk keselamatan. Gajet yg selalu diguna terus sambung ke soket. Tak payah nak cabut2 tukar ganti plug.
3. Susun atur barang ikut kepentingan. Lebih baik dilabelkan bekas2nya.
4. Jam dinding- bagus yg ada nombor 1- 12. Elakkan jenis digital (Otak kita susah menganggar masa).
5. Stok barang mencukupi. Senaraikan ikut keperluan mingguan & bulanan.
6. Tulis barang yg hendak dibeli. Jgn ingat dlm kepala. Tak pasal2 mcm2 tambahan masuk dalam bakul. makin kempis poket.
7. Chopper sangat membantu saya- kisar bahan tumisan, pes cili, sambal belacan dll dlm masa yg sangat singkat (saya tak suka blend bwg awal2 dan simpan dlm peti sejuk, lain rasa & baunya kecuali pes cili).
8. Gunakan bawang besar warna merah & kuning. Jimat masa berbanding nak kupas bawang kecik.
9. bwng putih lebih baik dipecahkan berbanding di mayang. ambil seulas bwg putih. letak atas papan pemotong. letakkan pisau melintang atasnya. hempukdgn pisau itu sendiri atau dgn tapak tangan. Gunakan kuasa super mom. dah pecah, buang kulitnya.
10. Bekas memasak non-stick memudahkan. Kalo dah calar jgn guna. Saya pakai jenama tefal dah 10 tahun. alhamdulillah masih elok. Berbaloi walaupun mahal. Berbanding jenama murah, 2-5 tahun kena buang. Periuk kaca lebih baik utk kesihatan tapi berat dan perlu berhati2, lagi pun tumisan mudah lekat.leceh nak bersihkan.
11. Multi purpose cooker juga memudahkan. tidak melekat, masak cara sihat, cepat.
12. Preasure cooker mempercepatkan tempoh memasak daging, tulang & kekacang.
13. Niat ikhlas lillahi Taala. Kita buat semua ni kerana diamanahkan oleh Allah utk jaga anak2 & harta suami. Bersyukurlah yg dapat suami suka membantu d rumah. Bersabarlah bg yg dapat suami tak reti langsung nak menghulur bantuan(jgn merungut dgn org lain ttg sikap suami kita..tak de pekdahnya pun, bukannya diaorg boleh tolong) . Insyaallah kalau kita buat kerja dgn hati yg redha, tenang, semua kerja akan jadi mudah...

Pembantu setia Saba - oven, bread maker, 2 mixer
(harap2 oven tu masih boleh bertahan 3 tahun lg...).
Multi purpose cooker Saba dah ko (10 th pakai - ngam2 tempoh jaminan tamat) so, dlm senarai utama perlu diganti.
Ext. 5 mata di belakang tu cik abang yg pasang.

Ini kesayangan saba. Super Chopper. rasanya dah lebih 10 tahun ni... Penutupnya pernah jatuh 1x, retak. tu yg berplaster sampai sekarang. Available lg ke di pasaran?
Terima kasih sudi baca.

Roti John Sempoi - untuk bekal anak sekolah

Nak share idea utk ibu2 yg selalu bawakkan bekal utk anak2. Roti ni pebret anak2, sampai ke petang tak jamah nasi pun tak pe. kenyang katanya...

Bahan2:
200 -250 gm daging kisar (jenama Ramly pilihan saya)
1/2biji bawang besar - cincang halus ]
3 ulas bawang putih - cincang halus ] saba kisar guna chopper
sedikit serbuk lada hitam
2 cmc teh serbuk pati ayam
sayur campur / lobak merah disagat
3 biji telur
garam
3 sudu minyakzaiton /minyak biasa bole je..
5 biji bun burger / roti utk sosej bun / 8-10 kpg roti putih biasa pun boleh
(roti bun saba buat sendiri)

Cara2nya:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang2, masukkan serbuk kari jika suka pedas.
2. masukkan daging. Kacau2 biarkan hingga masak.
3. Masukkan lada serbuk lada hitam, serbuk pati ayam, sayur campur/carrot sagat.
4. Masukkan garam. Dah cukup rasa matikan api.
5. Kacau sikit telur, pas tu masukkan daging ke dlm bancuhan telur. kacau rata.

Ok Sekarang cara nak masak benda ni...

1. Belah 2 roti bun.
2. ratakan sedikit minyak pada kuali leper. Guna non-stick lagi senang, tak de lekat langsung... Panaskan
3. Ambik 2 sudu adunan ratakan atas roti (lebih pun boleh, ikut suka hati - nak tebal ke nipis. anak ramai buat nipis sikit)
4. Tebalikkan roti kat kuali. biarkan hingga masak. gunakan api kecil. cepat je masaknya ni.
Nak lagi faham tengok gambar bawah ni.
5. angkat dan tebalikkan (bhgn roti sebelah bawah) atas redai.
6. Siap. OPs....sblm makan letaklah sos ke, mayonis ke, slice cheese ke, lagi sedap....

Masa penyediaan: 30 minit.

Tips:
1. Dah masak, letak atas redai. Jgn terus letak dipinggan. Wapnya akan menyebabkan roti lembik esp kalo guna roti keping. Dah sejuk baru masuk dlm tuperware anak.
2. Bg anak2 yg tak suka sayur, sagat carrot dgn penyagat halus. Diaorg tak perasan ada sayur dlm tu...
3. Telur mesti cukup. Kalau tak cukup basah, daging tak melekat pada roti. ada yg berterabur kat kuali nanti....
4. Hidangan ringkas, kenyang, diet seimbang.
Terima kasih sudi baca.

Sunday, October 23, 2011

kek ben10


1 lg oder semalam. Cikgu Zura oder utk anak dia yg suka sgt dgn ben10.
Saba beli gambo ni 2 minggu yg lepas, saiz A4. Kek cklt dilapis dgn fresh cream.
sebelum letak edible imej tu, saba sapu dulu belakangnya dgn butter kim nipis2. Tujuannya, bila lama ckit dlm peti sejuk, gambo tu tak de bubble.
Kek yg sebelum ni, saba tak buat teknik tu, memang ada sikit bubble but still ok..
Terima kasih sudi baca.

Home made tauhu



air soya & tauhu bagus utk kesihatan. bila tengok d utube mcmana org buat tauhu (ada yg belengging je!!!) terbantut selera nak beli kat luar. apa bhn yg d guna ? simen plaster ? ada kesan pd kesihatan? better buat sendiri.

bahan buat tauhu

300 gm kcg soya cuci & rendam 4-6 jam
2 liter air
1 cmc teh GDL (diperbuat drp xtract buah-buahan, lebih slmt berbanding saiko: itu yg saba terbaca)
2 sd besar tpg jagung.

blend kcg dgn 2 liter air (buat sikit2 ikut muat blander :jgn tambah air, boleh guna balik yg dah ditapis tu). tapis dgn kain muslin kalo tak de guna penapis teh jenis kain @ kain tudung bawal putih yg bersih.
Jerang atas api hingga mendidih. sementara tu bancuh GDL, tpg jagung dgn 1/4 cwn air. masukkan dlm bekas yg sesuai. Tuang air soya cepat2 & tinggi. Biarkan 15 minit. (JGN GOYANG!!!).

Utk bekasnya Saba gunakan bekas aiskrim saiz 4 segi (jgn besar sangat). tebuk-tebuk lubang di dasar dan tepi guna skrew driver (ala... plastik tu nipis tak susah pun.. pakai pisau pun boleh, korek2 kasi lubang kecik2). Letakkan kain muslin/ cheese cloth.kain kotton tak boleh sbb air susah nak keluar, kain tudung bawal boleh kot,t-shirt pagoda yg baru beli pun bole.. kain tu mesti besar sikit hingga keluar dr bekas.

Tuang taufufa tadi.. then lipat ke dlm lebihan kain yg terkeluar tu. Tindih dgn 1 lg bekas ais krim dan benda berat- lesung batu ke, batu bata ke... apa2 jelah yg berat. Biarkan 1/2 jam atau lebih. nak lg padat tambah la masa... alihkan lesung batu. Saba biarkan ia sejuk pd suhu bilik. then potong dan masukkan dlm tupperware yg berisi air. simpan atau terus goreng pun boleh.
Saba try 1/2 adunan. hasilnya mcm dlm gambar tu.
Terima kasih sudi baca.

Saturday, October 22, 2011

Kek minnie mouse

Percubaan pertama buat kek bentuk kartun minnie mouse. Kira ok lah.... cacat sikit tang reben tu.
Saba bakar 3 bj kek. 2 bj saiz 6 in (satu adunan kek span) dan 1 adunan 9 in. Untuk telinga saba lepa dgn fresh krim warna hitam (jenama chefmaster), tapi tak cukup hitam mcm kelabu sikit. Nak bg lagi happening, ambik biskut sewaktu dgn oreo, buang krim, kisar halus, tabur ckit kat setiap lapis & salutkan kat telinga dia.
lakaran kat muka, syahmi yg buat (dia ni memang terror melukis), harapkan tangan ni.... muka senyum jadi sedih nanti.... saba cuma hias dgn whip cream.

Ptg semalam dpt sms dr hasnah. panjang msg nya. licin selicin2nya tinggal pisau & papan katanya. besday girl pun tak dpt mkn 2 kali, kesiannya....
Terima kasih sudi baca.

Sunday, October 16, 2011

Kek buah kukus

Kek buah kukus yg org tua-tua suka makan. aku pun suka sangat (tapi aku belum tua!!!!!!). Banyak jugalah dpt tempahan raya tempohari. resepi kek kukus ni banyak versi. cari jelah d tnet. semuanya ok bg aku. tengok blog sini .
Tapi ramai kekawan d sekolah kata kenapa diaorg buat buahnya mendak. Yg Sebenarnya Saba dulu pun buat tak jadi2. Utk jual, saba guna resepi kek buah rebus, rebus dulu mix fruit dgn butter, air & biar sejuk. adun dgn bahan2 lain. Confirm tak mendak.

Tahun ni Saba praktis kek buah kukus lak.. study betul2 resepi dan teknik sblm buat.alhamdulillah jadi....
 rupa-rupanya kek buah ni banyak pantangnya.
1. gula+butter tak boleh pukul kembang sangat - setakat gula hancur je. lepas tu masuk telur, kacau-kacau je guna sudip/wisk.masukkn tepung.
2. Then, part yg paling mencabar - Masuk gula hangus panas2. Kacau cepat2 (panas wooo.....must be very careful). setitikair gula kena tangan ke, jari ke, mak oiiii.... sakitnya. tak boleh nak sapu sbb tangan sedang kacau adunan tak boleh stop langsung.
3. dah sekata barulah masuk buah yg dah d gaul dgn sedikit tepung. jangan kacau lama - asal buah sekata dah cukup.
4.  1 lg part yg kena jaga - mengukus. Air kukusan betul2 mendidih (api besar). Masuk adunan dlm loyang. tutuployang rapat2 dgn aluminium foil. kukus 3 jam. Tambah dgn air panas bila air dah kurang.

 1.2 kg Saba jual rm35 (murah kan ????). Punyalah cerewet buat kek macam ni pun ada yg mintak diskaun. Sabo jelah.....

Resepi di atas dpt 2 biji. Saba guna loyang 6x6x3. Pengukus saiz 38 in (agaknyalah...). Sekali kukus boleh masuk 2 loyang. Kalo saiz 7 in tak muat pengukusnya, buang gas nak kukus banyak kali. Saba tak pernah cuba kukus 2 tingkat sekali. Mungkin boleh gaknya....

Terima kasih sudi baca.

Saturday, October 15, 2011

bluberi cis tart

Dah beberapa kalibuat bluberi cheese tartt. memula buat dulu, bluberi letak atas cis, cantik lepas d bakar tapi lepas 1 2 hari, jadi lekuk. tak cantik la pulak. Jenguk kat umah org lain nak tau mcmana lorekan yg cantik. Jumpalah kat satu blog (entah sapa ntah...), senang je nak buat bebunga tu.... ambik 2 sudu bancuhan kirm cis, letak pewarna ungu, masukkan dlm piping beg & guntingciiikit je..picit & buat garis2 keliling mcm kat gambar tu...
Gunakan lidi utk melorek secara bulatan. kalo buat 3 garis & lorek dapatlah mcm setangkai bunga.
Cis yg dah siap d bakar. Dalamnya ada bluberi filling. Entri kali ni utm makan sendiri, Besok besday Hilmi (anak no 4). lebihan krim warna unggu tu letak kat mana yg patut. sayang nak d buang... tu yg penuh dgn warna purple.
Terima kasih sudi baca.

Wednesday, October 12, 2011

Kek Strawberi

kek strawberi. Kek span 3 lapis dgn krim putar dan strawberi filling. Atas sekali saba letak black pitted cerries.
Ini pun permintaan dr Zyaliah. Keluarga dia kata sedap kek tu...
Terima kasih sudi baca.

kek coklat moist

kek coklat yang penuh dengan ceri atas permintaan anak Zyaliah. Hitam merah memang menawan.
kek coklat lg....pengoder setia - gayah.
Terima kasih sudi baca.


Kek nombor 8. Senang je buatnya. bakar 2 bj kek 9 inci. Saba potong 3 lapis. Lepas tu tebuk tengah guna acuan telur goreng. lapis dgn buttercream. sebelum cantum, potong sikit tepi kedua-dua kek, then baru cantum spy cantik temunya. Saiz papan 16 x 16 in.
Terima kasih sudi baca.

resepi rendang daging cili api


pot-luck hari raya (betul2 ari terkahir). Aku bawak bluberry cheese tart, pulut kuning & rendang daging cili api.
Saba tukang masak, kekawan As,gayah, judith sponsor daging. Paling best, pengetua bawak nasi baryani.
Paling seronok tengok ckgu cikgi berebut2 ambil mknn. Saat cam yg sukar dilupakan. Maklumlah Saba dah bercadang nak balik terus Johor tahun depan. Harap2 dapat.

Resepi rendang cili api kak Mon

1 kg daging dihiris nipis dan lebar
20 ulas bwg merah (saba guna 2 bj bawng besar) *
1 buku bwg putih *
1 in halia *
1 in lengkuas *
3 batang serai *
1 genggam cili api (hijau + merah sikit) *
- kisar semua bhn2 *
1 1/2 bj kelapa perah santannya
- leburkan semua dlm periuk ke, kuali ke....... biar hingga kuahnya pekat dan daging empuk.

masukkan kerisik (drp 1/2 bj kelapa)
1/2 cwn gula melaka
2 sd teh garam
2 kpg asam keping
2- 3 helai daun kunyit dihiris halus.
masaklah hingga tahap kepekatan/kering disukai

Pesan kak Mon: pilih daun kunyit atau daun limau purut. jgn letak 2-2 sekali.. nanti berlawan rasanya....
Terima kasih sudi baca.

kek carrot walnut krim keju


Selamathari lahir pengetua Pn Hjh latifah Hj Mustakim. Sambutan mengejut d sekolah. Gembira sungguh pengetua ari tu. Aku happy gak sbb ramai yg suka sesangat kek tu. Ada yg 1st time mkn kek carrot. Berat 3kg ++. Harga rendah drp pasaran, dpt untung sikit2 dah le....tolong kekawan.


Kek carrot yg mewah dgn carrot dan walnut cincang. Tengok serat lobak tu yg merata dan yg gelap2 sikit tu kacang walnut. Memang sedap. Kata cikgu Ashmir "Sedap betullah kek besday pengetua tu, apa dalamnya? Nanti saya naklh."


Ada kawan yg tak makan keju, tapi bila makan kek carrot ni dia tak perasan pun krim tu krim keju... pelik gak aku. Dia kata tak ada bau cis pun... cam mana aku buat ?
Dulu pernah buat kek carrot ni tapi kacangnya rasa lain, mungkin serap lembapan pd kek. Masa tu, saba ingat memang rasa dia mcm tu. maklumlah tak suka beli kek kat kedai. org kata d secret resepi sedap tapi mahal.
Rupa-rupanya teknik buat kek ni tak mcm buat kek biasa. Adunan cuma kacau-kacau je mcm buat kek buah kukus. adunan butter, telur jgn pukul kembang setakat gula hancur je. Ini yg buat parutan lobak dan kekacang merata tak mendak. Rasa kacangnya tetap rangup. Krim cis tu pulak, 1 buku cis campur dgn 1/2 buku butter , gula icing , perahan jug lemon. Bau cisnya tidak memuakkan.
Terima kasih sudi baca.