Tuesday, March 9, 2010
Kek span
Kek yang paling murah harganya. Sponge cake with butter cream. Gunakan teknik wave utk hiasan tepi. 2kg beratnya.
Terima kasih sudi baca.
Monday, March 8, 2010
Blueberry fresh cream
Projek malam tadi. Proses melepa whipping cream. Kek span dipotong 3. Dah banyak kali buat ratalah potongan tu, tak senget benget. Setiap lapis disapu whipping cream, letak bluberi filling letak kek, sapu lagi cream, dan seterusnya. Yg last tu, lepa cream seluruh kek, barulah letak bluberi. Decorate ikut citarasa.
Saturday, March 6, 2010
stack cake
Order dari Cikgu Eva sempena majlis pertunagannya dgn cikgu Bernard. Mak oi besar betul ordernya mcm kek pengantin. Kesilapan Saba di sini ialah menggunakan resepi butter icing dari minah inggeris (ambil d internet). Icing tu saba campur sikit dgn butter. Dah jadi kekuningan sikit tak mcm kek yg saba buat dulu... putih. Padahal resepi butter icing yg biasa Saba guna dah ok. Next time saba akan gunakan resepi yg saba biasa gunakan.
Level bawah kek coklat, tengah - kek oren, atas - kek buah. Berat kek lebih kurang 10 kg. Ditambah lagi dgn 50 bj cuppies, 2 perasa - choc & butter. Saba gubakan butter cream susu utk toppingnya. Alhamudlillah siap on time & dpt pujian. sedap.....
Friday, March 5, 2010
Kek bluberi
Kek bluberi dgn whipping cream ni memang sedap. 3 lapis kek dgn 3 lapis bluberi. Berat kek lebih kurang 1.3kg. Harga RM43.00 tanpa hiasan buah. Kalau di kedai memang mahal sbb penuh dgn hiasan ceri/buah tapi bluberinya nampak sikit. Hari raya lepas, saba sediakan kek ni aje dan bebudak memang sukaaaa sangat....
Blue cuppies
Ni order dari Eva utk majlis tunangnya. Tanx Eva sbb beri kepercayaan pd kak Saba. Harap semua tetamu puashati.Saba gunakan butter cream susu. Rasanya lemak manis. Lecehnya, ia very soft. So, kena jaga betul-betul jgn sampai tersentuh. Susah nak betulkan. Letak sikit bunga gum paste biru.
Kek Pengantin
Cikgu Atineh memang suka sangat makan kek coklat dan selalu order dari saba. Utk wedding adik dia, confident je dia mintak saba buatkan. Banyak juga saba study sebelum dapat menghasilkan kek coklat butter icing ni.
MUla-mula tu risau juga. Boleh ke ? Tapi saba ni jenis suka pada cabaran. Kalau tak buat sekarang, bila lagi kemahiran nak berkembang ? Almaklumlah tak pernah menghadiri apa2 kursus. Just suka-suka & hobi je. Banyak juga modal, masa, tenaga digunakan utk mempelajari buat kek yg orang lain dah mahir ni.
Hasilnya.. not bad lah.
moist choc cake
Keputusan STPM diumumkan. Alhamudillah % lulus eko naik. 4 org pelajar Saba dapat A utk paper 1 yg Saba ajar. Dah janji dgn mereka, sapa dpt A, cikgu bagi sebiji kek sorang satu. Kek coklat disalut dgn cho. ganache utk Yati dan Kek oren disalut choc ganache utk Nordia.
Ni order dari Suraya utk hubby dia. First time hadiahkan kek pd suami.
Subscribe to:
Posts (Atom)