Saturday, January 16, 2010

Blueberry fresh cream


Cikgu2 Edmund suke oder kek bluberry fresh cream ni.
Selalunya ambik 2kg. Puas makan.
Lagi pun Saba letak harga tak mahal...
Kira harga kawan-kawan lah...
Terima kasih sudi baca.

Oren pudding layer cake


Tahun ni ramai cikgu praktikal di Arshad. Dia org ni pun suka oder kek.
Mereka puashati dgn kek-kek Saba.
Tanx la adik-adik. Entah bila dapat jumpa lagi.

Ni kek oren dilapisi dgn puding oren 3 lapis.
Simple je dekonya.
Terima kasih sudi baca.

ke coklat


Oder dari Nanie....org Johor gak. Antara cigu yg rajin di Arshad. Sponsor kek utk anak murid.
Saba pilih tema coklat utk deko...
Nanie cukup puashati. Bawak balik sikit bagi hubby dia. Shahrul kata kek kak Saba memang sedap. Perasanlah sikit...
Tanx nanie.
Terima kasih sudi baca.

Kek coklat ...


Oder dari UBK. Ni pun last minute juga. Cikgu Ku mintak 2 biji tapi tempahan dah penuh.
Mampu buat 1 je...
Cikgu-cikgu ni dah bagi tahu dah. Buat tempahan awal. Boleh la Saba rancang masa nak membuatnya. kalau esok nak, hari ni baru oder... susah juga.

Saba tak puashati dgn deko yg ni. Warna dah ok tapi nampak tak seimbang.
Kek tu jadi nampak senget...kan...
Terima kasih sudi baca.

Moist Chocolate Cake with Chocolate Fudge lagi ...


Kek coklat lagi....
Masih menggunakan resepi sendiri.
Kek coklat paling besar pernah Saba buat untuk sambutan hari lahir guru-guru.
Beratnya 4 kg.
Terima kasih sudi baca.

Moist Chocolate Cake with Chocolate Fudge



Ni oder yg lepas-lepas. Mostly order dr kekawan di SMK Arshad & SK Edmund.
Layan ....
Terima kasih sudi baca.

1st cuppies pertunangan - torquish colour


Linda's order untuk adiknya. Pertama kali buat utk hantaran. Banyak survey resepi, harga, bahan-bahan dll. Tengok internet, beli buku, belek majalah. Ambik masa 2-3 bulan juga. Saba ni bila buat sesuatu mesti bersungguh-sungguh. Sooo... 2-3 kali percubaan. Anak-anak jadi QC.
Inilah hasilnya...
Susah juga nak kenal warna ni....
Ni kira hampir warna temalah..
Linda pula, banyak juga requestnya. Nak 2 perasa, coklat & vanilla.
Terima kasih sudi baca.

Cuppies Pertunangan



Kak Dayang oder lagi .... Tanx kak. Senang bisnes dgn kakak ni..
16 biji cuppies. Last minute oder juga. Stok yg ada cuma buttercream. So, buat coklat cupcakes dgn deko buttercream. Sprinkles sikit dgn gula manik.
Tema hantaran... gold colour.
Corak hiasan ni Saba tiru cikit-cikit dr internet. Sorrylah pd empunya deko asal. mintak maaf ciplak idea...
Susah juga nak main dgn warna ni. 3 kali percubaan baru dpt warna yg ok. Syahmi jadi supervisor warna.
nak cari reben pun satu hal juga. Musim hujan pulak tu... Gi kedai time peak hour.. leceh betul.
Alahai kak Dayang, nilah masalahnya oder saat-saat akhir. Terburu-buru kesana-sini dapatkan bahan yg diperlukan.
Mujur bahan-bahan utama masih ada dlm simpanan. Soufle cup, kotak, creamwell semua tu tak ada di KB cuma ada di KK. Selamat.....
Kira berbaloilah dgn harga yg Saba berikan.
Terima kasih sudi baca.

Birthday Cupcakes



Order dari Kak Dayang lagi.... 50 biji cupcakes utk besday anak sulungnya WAwa. Buat mlm Jumaat.
Paginya bila Khayrin tengok, "umi, 14 tahun lah bukan 13...".
La... nasib baik anak perasan. Wawa ni rakan sekelas Khayrin.
Mcm mana boleh silap ya...

K Dayang ni suka oder last minute. Mujur semua bahan ada.
Tapi yang senangnya dgn dia ni tak banyak cerewet. Bila d tanya pasal warna dan hiasan, senang je jawabnya "Pandai-pandai kaulah Saba. Aku tau kau boleh...."

Siap dgn 4 batang lilin ...
Terima kasih sudi baca.

Strawberi Blossom



Malam tadi punya product...Tempahan dari Kak Dayang Abiba (PK Petang SMK Arshad)utk majlis pertunangan anak sedara dia pagi ni.Order 200 biji. Mcm biasa Saba letak inti kacang merah. Anak-anak Saba suka rasa stoberi...
Terima kasih sudi baca.

Apam Balik


Home made apam balik. Resepinya dpt dari internet & ubahsuai cikit-cikit. Hilmi kata "sedap macam kat kampung Parit Raja". Di Kota Belud ni macam tak de org jual apam balik. Buat 2 adunan... mkn sampai kepetang.
Terima kasih sudi baca.

Saturday, January 9, 2010

Pencuk Nanas


Tak da selera nak makan ? Cuba pencuk ni. Sedap banget makan dgn nasi panas. Tak da lauk lain pun tak pe. Mak mentua lalu sebelah pun tak perasan.

Bahan-bahannya:
Setengah biji nenas
3 ulas bawang merah
3 -5 biji cili api.
belacan sebesar ibu jari - dibakar
1 sudu besar gula
sedikit garam

Cara-caranya:
1. Kupas nenas. Racik-racik sederhana halus.
2. Tumbuk bawang merah, cili api dan belacan.
3. Gaulkan semua bahan.
4. Siap.
Terima kasih sudi baca.

Swiss roll



Tahun 2009 tahun swiss roll buat saya. Sejak mula promosi pd bulan 7 hingga akhir tahun, ada je tempahan. Walaupun tak banyak, kira cukuplah tangan ni membuatnya. Ada juga yg order untuk hantaran. Tanx Linda, Gayah, Kak Dayang yg banyak order.
Tempahan paling banyak blueberry swiss roll.
Keknya yang lembut, dilapisi dgn fluffy butter cream ditambah blueberry filling. Memang sedap.
Coklat & vanilla pun sedap juga. Sapa nak rasa, ctt saya.
Terima kasih sudi baca.