Sunday, October 16, 2011

Kek buah kukus

Kek buah kukus yg org tua-tua suka makan. aku pun suka sangat (tapi aku belum tua!!!!!!). Banyak jugalah dpt tempahan raya tempohari. resepi kek kukus ni banyak versi. cari jelah d tnet. semuanya ok bg aku. tengok blog sini .
Tapi ramai kekawan d sekolah kata kenapa diaorg buat buahnya mendak. Yg Sebenarnya Saba dulu pun buat tak jadi2. Utk jual, saba guna resepi kek buah rebus, rebus dulu mix fruit dgn butter, air & biar sejuk. adun dgn bahan2 lain. Confirm tak mendak.

Tahun ni Saba praktis kek buah kukus lak.. study betul2 resepi dan teknik sblm buat.alhamdulillah jadi....
 rupa-rupanya kek buah ni banyak pantangnya.
1. gula+butter tak boleh pukul kembang sangat - setakat gula hancur je. lepas tu masuk telur, kacau-kacau je guna sudip/wisk.masukkn tepung.
2. Then, part yg paling mencabar - Masuk gula hangus panas2. Kacau cepat2 (panas wooo.....must be very careful). setitikair gula kena tangan ke, jari ke, mak oiiii.... sakitnya. tak boleh nak sapu sbb tangan sedang kacau adunan tak boleh stop langsung.
3. dah sekata barulah masuk buah yg dah d gaul dgn sedikit tepung. jangan kacau lama - asal buah sekata dah cukup.
4.  1 lg part yg kena jaga - mengukus. Air kukusan betul2 mendidih (api besar). Masuk adunan dlm loyang. tutuployang rapat2 dgn aluminium foil. kukus 3 jam. Tambah dgn air panas bila air dah kurang.

 1.2 kg Saba jual rm35 (murah kan ????). Punyalah cerewet buat kek macam ni pun ada yg mintak diskaun. Sabo jelah.....

Resepi di atas dpt 2 biji. Saba guna loyang 6x6x3. Pengukus saiz 38 in (agaknyalah...). Sekali kukus boleh masuk 2 loyang. Kalo saiz 7 in tak muat pengukusnya, buang gas nak kukus banyak kali. Saba tak pernah cuba kukus 2 tingkat sekali. Mungkin boleh gaknya....

Terima kasih sudi baca.

No comments: