Sunday, October 23, 2011

Home made tauhu



air soya & tauhu bagus utk kesihatan. bila tengok d utube mcmana org buat tauhu (ada yg belengging je!!!) terbantut selera nak beli kat luar. apa bhn yg d guna ? simen plaster ? ada kesan pd kesihatan? better buat sendiri.

bahan buat tauhu

300 gm kcg soya cuci & rendam 4-6 jam
2 liter air
1 cmc teh GDL (diperbuat drp xtract buah-buahan, lebih slmt berbanding saiko: itu yg saba terbaca)
2 sd besar tpg jagung.

blend kcg dgn 2 liter air (buat sikit2 ikut muat blander :jgn tambah air, boleh guna balik yg dah ditapis tu). tapis dgn kain muslin kalo tak de guna penapis teh jenis kain @ kain tudung bawal putih yg bersih.
Jerang atas api hingga mendidih. sementara tu bancuh GDL, tpg jagung dgn 1/4 cwn air. masukkan dlm bekas yg sesuai. Tuang air soya cepat2 & tinggi. Biarkan 15 minit. (JGN GOYANG!!!).

Utk bekasnya Saba gunakan bekas aiskrim saiz 4 segi (jgn besar sangat). tebuk-tebuk lubang di dasar dan tepi guna skrew driver (ala... plastik tu nipis tak susah pun.. pakai pisau pun boleh, korek2 kasi lubang kecik2). Letakkan kain muslin/ cheese cloth.kain kotton tak boleh sbb air susah nak keluar, kain tudung bawal boleh kot,t-shirt pagoda yg baru beli pun bole.. kain tu mesti besar sikit hingga keluar dr bekas.

Tuang taufufa tadi.. then lipat ke dlm lebihan kain yg terkeluar tu. Tindih dgn 1 lg bekas ais krim dan benda berat- lesung batu ke, batu bata ke... apa2 jelah yg berat. Biarkan 1/2 jam atau lebih. nak lg padat tambah la masa... alihkan lesung batu. Saba biarkan ia sejuk pd suhu bilik. then potong dan masukkan dlm tupperware yg berisi air. simpan atau terus goreng pun boleh.
Saba try 1/2 adunan. hasilnya mcm dlm gambar tu.
Terima kasih sudi baca.

No comments: