Friday, November 18, 2011

Biskut Okara

Pada 15hb Nov Saba ada buat bengkel membuat taufufa. Saba study sikit produk2 berasaskan soya. Rupa-rupanya hampas kacang soya pun boleh dijadikan makanan. Saba cuba resepi okara cookies. Ok jugak rasanya. Saba bawak masa bengkel tu. Kawan2 kata sedap.Resepi asal menghasilkan 15 bj je, Saba buat 3x ganda, dapat 50 bj. Check resepinya.

Sumber asal: Maisya.blogspot

Bahan-bahannya:(ni saba dah gandakan 3x drp resepi asal)
150gm tepung gandum
30gm tepung jagung
150gm butter
80gm gula castor (dah kurangkan sikit drp asal)
150gm okara kering

Cara-caranya
1. Sediakan okara kering. Ambil 2 cawan hampas kacang soya (400gm) dan sangan (goreng tanpa minyak) hingga kering. Saba tak sangan tapi masuk dalam oven 20minit suhu 170'C. Warnanya agak perang. Ianya taklah kering betul macam kerisik.Still ada rasa lembap sikit. Beratnya berkurangan sekali ganda. Sukat 150 gm sahaja.
2. Pukul butter dan gula. Masukkan bahan-bahan lain. Uli jangan lama sangat. Cukup tepungnya sekata.
3. Bentukkan doh memanjang dan balut dengan plastik. Simpan dalam peti ais 30 min - 1 jam.
4. Ambil doh tadi, potong nipis-nipis lebih kurang 1cm tebalnya.
5. bakar dalam oven 170'C dalam masa 15 minit.


Ini ialah okara yang telah dikeringkan. Kali pertama buat ikutlah mcm resepi sangan dlm 20 minit. Leceh betul. Melekat kat kuali walaupun guna non-stick. Berpeluh-peluh den.... Kali ke2 terus masuk oven, sesekali kacau dgn sudu supaya sekata keringnya. Tak de melekat langsung. Senang yang amat.

Doh yang dah siap diuli - nak masuk peti es.

Dah nak masuk oven. Tunggu masak....

Dah masak, lupa nak ambik gambar......lol


Terima kasih sudi baca.

No comments: