Saturday, April 3, 2010

Kek Lapis Buah Kukus



Kek lapis memang sedap tetapi nak membuatnya memerlukan kesabaran dan ketenangan. Saba lebih suka membuat kek lapis kukus kerana sambil mengukus boleh buat kerja lain. Anak nak susu pun taklah terganggu. Kek lapis buah ni antara kek yang digemari oleh guru2 SMK Arshad. Lapis pertama ditabur dengan buah campur,ke-2 letak buah kurma cincang, ke-3 rasberry kering, ke-4 ceri cincang, ke-5 dan seterusnya ulang balik. Tak da ketetapan nak letak buah apa pun, tapi syaratnya mesti buah2an kering (ikut stok brgn didapur- jgn letak cili sudahlah). Setiap lapis dikukus lebih kurang 10 minit - keseluruhannya lebih drp 1 1/2 jam.
Terima kasih sudi baca.

No comments: