Monday, November 16, 2009

Karipap Simple




Dah lama tak buat karipap. Nak buat ni kena ada mood & kerajinan. Kali ni buat inti keledek. Bagi yg dah biasa buat tu, no hallah bab uli menguli ni. Bagi yg pertama kali mungkin penin juga nak menghasilkan kulit yg bagus. Sukatan kali ni cukup untuk sekali sarapan 6 beranak.Anggaran 24 biji saiz sederhana.

Inti karipap:
2 biji keledek anggaran 300gm - buang kulit, potong dadu kecil2.
1/2 biji bawang besar -kisar/tumbuk
2 ulas bawang putih - kisar/tumbuk
segenggam ikan bilis yg dah dibersihkan - kisar/tumbuk
3 sudu besar rempah kari ikan dibancuh dgn sedikit air
(+ 1 sudu besar cili kisar jika suka pedas)
sedikit air
2 sudu gula pasir
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak dlm kuali (minyak jgn byk sgt). Tumiskan bebawang hingga layu, masukkan ikan bilis, masukkan rempah kari yg dah dibancuh, tumis hingga terbit minyak dan garing.
2. Masukkan keledek, gula, garam dan air. Masak hingga empuk dan kering.

Kulit Karipap

Bahan-bahannya :
300gm tepung gandum
3 sudu besar majerin (mak saya suka guna minyak panas)
1 sdt garam
1/2 cwn air (lebihkan sikit, ikut tepung)

Cara2nya:
1. Gaul rata tepung, majerin dan garam. ramas2 sampai jadi peroi.
2. Buat lubang ditengah, tuang air. Uli, uli, dan uli sampai tak melekat ditangan dan ditepi besen tu semua licin. Semasa menguli tu, kalau masih berderai, tambah air sikit hingga terasa lembut adunannya. Kalau kurang air, nanti liat kulitnya bila dimakan. Uli tak delah lama sangat mcm menguli roti.
(Tips Anggaran air: 1/2kg tepung = 1 cwn air - pandai2 adjust ikut berat tepung).
3. Bila doh dah lembut, boleh buat proses berikutnya - mencanai. Ambil sedikit adunan, gelekkan dia hingga nipis (jgn nipis mcm kertas pulak), letak atas acuan, masuk inti, sapu sikit air di bahagian yg akan bercantum. Ni utk pastikan ia tak ternganga bila digoreng.Sapu bancuhan tepung gandum pun ok. Tutup rapat. Letak atas dulang yg telah disapu minyak. Buat hingga habis.
4. tak de acuan ? No hallah. Ambil gelas dan tekap atas doh yg nipis tadi. lepas tu kelim. Mcmana nak kelim ? Cantuman kulit tu, picit2 kasi rapat. pas tu mulakan dari hujung,picit 1 kali dan tolak guna tepi ibu jari, picit lagi dan tolak dan seterusnya hingga ke hujung satu lagi. Ni kena praktis selalu baru jadi cantik dan halus. Susahlah nak cakap. Beli jelah acuan tu, murah je... Oh, ya. Dua keping kulit bila dicantum akan jadi karipap bulat. Cantik tau.
5. Masa untuk menggoreng. Panaskan minyak banyak dalam kuali. Bila minyak dah agak panas, matikan api @ kecilkan api ketahap minima, masukkan karipap secukupnya dlm kuali. Biarkan sebentar sehingga karipap tu boleh dibalikkan. Besarkan api ke tahap sederhana. Gorenglah hingga kekuningan. Untuk gorengan berikutnya, sama juga. Kecilkan @ matikan api bila nak masukkan karipap.

Tips:
tujuan api kecil ialah utk mengelakkan kulit karipap meggerutu mcm katak puru. Cuba lihat perbezaan dlm gamabr tu. Yg menggerutu belah kiri tu sebab sentiasa gunakan minyak betul2 panas. Yg halus sikit sebelah kanan tu guna teknik di atas.

SELAMAT MENCUBA!!!
Terima kasih sudi baca.

No comments: