Friday, August 12, 2011

butter cupcakes


vanilla butter cupcakes ni utk kak faridah sempena hari jadi anak dia.


Lupa la pulak sapa yg oder ni...

Resepi yg pernah Saba cuba:
resepi 1

200gm butter
200gm gula castor
1 sudu besar ovelette

4 biji telur

1 1/2 sudu teh baking powder ]
270 gm tepung superfine ] ayak

3 sudu besar susu pekat ]
3 sudu besar susu cair ] bancuh

cara-caranya:
1. putar 3 bahan pertama hingga gebu.
2. masukkan telur satu persatu.
3. masukkan tepung.
4. masukkan bancuhan susu.
5. masukkan dlmcupcakes. Nak senang gunakan skoop aiskrim yg kecil. utk casing saiz M - 1 skoop penuh.
6. Bakar di rak tengah, gunakan api atas bawah. suhu 175c (ikut oven la..) lebih kurang 15-20 minit.


resepi 2

250 butter
5 biji telur gred B
200 gm gula castor
210gm tepung naik sendiri
1 sudu teh esen vanilla.

cara-caranya sama mcm resepi 1.
Terima kasih sudi baca.