Sunday, May 30, 2010

Kek Edible Image





Order dari cikgu Juditah sempena birthday anak2nya. Buat sekali je majlis utk semua anak-anak dia. Ada superman, princess and barby. Budak2 memang suka sangat kek bergambar ni.
Terima kasih sudi baca.

Saturday, May 29, 2010

RESEPI CUPCAKES

For Vna request. Sorry lah lambat reply. Ni beberapa resepi yg biasa Saba gunakan:

Chocolate cupcakes

Bahan2:
A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat -ayak semua ni

B
4 biji telur
2 cwn gula halus

C
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak jagung

D
1 1/2 cwn air panas

Cara-caranya:
1. Pukul B high speed.
2. Masukkan C - putar dgn low speed
3. Masukkan A. Kacau rata
4. Last sekali masukkan D. Adunan ni cair but don't be khuatir.
5. Masukkan dlm acuan 1/2 penuh @ 3/4.
6. Bakar lebih kurang 15 minit dgn suhu 175C.


Vanilla Cupcakes
bahan-bahan:
1 1/2 cwn selfraising flour
1 1/4 cwn tepung all purpose/gandum/ superfine
1 cwn butter
2 cwn gula
4 biji telur
1 cwn susu segar
1 sudu teh serbuk vanilla (jgn guna jenis cecair :ada campuran alkohol)

cara-caranya:
1. Buat mcm mengadun kek biasa.
2. Masukkan dlm acuan 1/2 penuh.

Utk first time buat, bakar sikit dulu. try test & tengok banyak mana nak isi dlm acuan. Saba selalu masukkan 1/2 penuh je. kalau 3/4 terlalu penuh naiknya & kena trim bagi kemas sebelum sapu cream....wasting time & cakes.


Butter Cream:
200 gm creamwell
100 gm butter
90 gm gula icing (diayak)
3 sudu besar susu pekat

Pukul creamwell& butter hingga kembang. Masukkan gula icing & susu.
Putar dgn kelajuan sederhana lebih kurang 10 minit hingga gebu.
Tambah perisa kegemaran.
Bubuh pewarna. kacau rata.
Hias pada kek.
Terima kasih sudi baca.

Thursday, May 20, 2010

Kek Keju Bluberry first order



Selamat Hari Guru kepada semua yg telah memberikan ilmu kepadaku. masih lg dalam suasana sambutan hari guru. Kali ni order dr SK St Edmund. Biasa mereka order blueberry fresh cream tapi kali ni nak blueberry cheese cake. Hari isnin test new receipe & bawak ckit ke skolah utk test market. Aslamah kata sedap lebih sedap dr secret receipe tapi base biskut tak berapa ok. Dia cadangkan gunakan kek & letak warna purple. Good idea tu...So, semalam buat kek span letak bluberri filling sikit + warna purple. Cikgu Tailun order 2 kg, tapi memandangkan ni first time buat & bimbang tak jadi, Saba buat 2 biji. Kira ok lah tu. harap2 mereka suka.
Yg di belakang tu kek keju blm kena makeup.Base kek span bluberri nampak lebih tebal berbanding jika guna biskut chipsmore.Berat kek 1.2kg dgn harga RM50.00 je.
Terima kasih sudi baca.

Wednesday, May 19, 2010

another CMC



Terima kasih sudi baca.

Kek Keju Bluberri


Ada permintaan untuk kek keju. Hari ni cuba try test resepi kek keju. Alamak tak de stok biskut sedap lak, cuma ada biskut cracker tapi tak cukup 200 gm. Hah ada setin nestum. So, utk base Saba gunakan biskut kracker + nestum dikisar halus. Saba biasa guna telur gred B, tapi ikut resepi tu 3 bj gred A. Saba tukar kpd 4 bj telur gred B.Limau kasturi ? betul ke ? itu yg terfikir di kepala sbb biasanya guna lemon. OK gak hasilnya.

Full receipe seperti berikut:
Bahan-bahan
Bahan A [Crust]
200 gm biskut chipsmore
80 gm butter

Bahan B [Filling ]
250 gm Krim Keju
30 gm mentega
30 gm gula kastor
3 biji kuning telur grade A
2 biji limau kasturi..ambil jusnya
1 s/k esen vanilla

Bahan C
3 biji putih telur grade A
30 gm gula kastor
1/2 s/k cream of tartar
2 s/b tepung jagung
Hiasan
strawberry filling /bluberry filling
fresh cream
Cara Memasak
Bahan A [Crust]
1. Biskut dihancurkan.
2. Gaulkan dengan butter sehinga boleh dikepal.
3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat.
4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 160′C selama 10 minit.
1. Pukulkan krim keju, mentega, dan gula dalam mangkuk sehingga kembang.
2. Masukkan telur kuning satu persatu.
3. Masukkan perlahan esen vanilla dn jus limau kasturi.
4. Masukkan semua bahan C dalam mangkuk yg lain dan pukul sehingga menjadi ringan dn gebu.
5. Campurkan bahan C kedalam bahan B. Kacau rata.
6. Masukkan tepung jagung kedalam adunan perlahan. Kacau rata.
7. Masukkan adunan dalam acuan yg sedia ada Bahan A tadi.
8. Bakar pada suhu 150′C selama 70 minit.
10. Biarkan kek dalam oven beberapa jam.
11. Hiaskan dengan fresh cream dan strawberry filling.
12. Masukkan dalam petisejuk untuk semalaman.
13. Potong gunakan pisau yg telah dipanaskan atas api.
Terima kasih sudi baca.

Tuesday, May 4, 2010

RED VELVET CAKE



First time buat kek red velvet. Cari dr tenet. baca ulasan diaorg mcm sedap je kek ni.so last weekend tried lah. not so bad. kek saba ni agak kering cikit. utk topping saba guna butter cream lemon. sepatutnya guna cream cheese frosting. tapi sebab anak2 tak suka cis kek, so tukar butter cream lah.

resepinya:
Bahan-bahan ( 1 biji )
• 2 1/2 cup tepung kek/tepung naik sendiri diayak
• 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
• 2 sudu besar serbuk koko
• 2 oz pewarna merah (saba guna 1 sudu besar. nak ltk 2 sd mcm bnyk sgt)
• 1/2 cup butter
• 1 1/2 cup gula (saba kasi kurang lg 1/4cwn - jadi tak manis )
• 2 biji telur pada suhu bilik
• 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
• 1 cup buttermilk pada suhu bilik.
• 1 sudu kecil cuka putih
• 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda

• Buttermilk
• 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
• sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon

• Cream cheese frosting
• 2 buku cream cheese, dilembutkan
• 1/2 cup butter dilembutkan
• 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
• 2 cup gila icing, diayak.


Saba guna butter cream:
400 gm creamwell
100 gm butter
200 gm icing sugar
1 sd teh perisa lemon
Putar semua bahan pd kelajuan sederhana hingga gebu

Cara-cara
1. BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.
2. KEK: sapukan butter loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun loyang 4 segi bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
3. Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
4. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
5. Bakar hingga masak
Terima kasih sudi baca.